Banyak dugaan yang diterima, kini Mak Wan tampil jawab isu laporan polis

Viral

Mak Wan anggap segala yang terjadi sebagai ujian. Ketika terpalit isu dipisahkan talak satu selepas tiga bulan berkahwin, kini timbul pula episod baharu terhadap pelakon Mak Wan Latah apabila tular laporan polis terhadapnya atas tdvhan kerana l.ngg.4r kontrak. Menurut laporan tular itu, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, ddkwa telah mel.ngg.4r perjanjian dan menipu sebuah syarikat pengeluar produk makanan iaitu Tishas Food Manufacturing dengan kerugian RM2,500.

Dia dikatakan telah bersetuju untuk terlibat dalam sebuah iklan syarikat tersebut namun tidak hadir ketika hari penggambaran atas alasan terkena jangkitan CvdI9. Laporan bertarikh 8 April 2022 itu menyebut kedua-dua pihak telah menandatangi perjanjian kerja yang dibuat pada 30 Mac 2022 dan bayaran wang 50 peratus sebelum kerja dilaksanakan.

Mak Wan didakwa tidak hadir penggambaran.

“Selepas perbincangan, pelakon tersebut telah bersetuju dengan semua syarat. Pada 30 Mac 2022 semasa di pejabat, pelakon itu telah menandatangi perjanjian kerja. Pada 29 Mac pihak syarikat telah membuat bayaran 50 peratus secara atas talian. Pada 1 April pihak syarikat telah membuat pembayaran kali kedua,” tulis laporan tersebut.

Bagaimanapun ketika hari penggambaran iaitu 2 April 2022, Mak Wan memaklumkan dia terkena jangikitan CvdI9 dan menghantar bukti ujian saliva. Pihak Tishah kemudian meminta supaya Mak Wan memulangkan semula wang perjanjian kerja tersebut namun tidak menerima sebarang bayaran sehingga tarikh laporan dibuat.

Sehingga sekarang pihak syarikat tidak menerima apa-apa bayaran dari pelakon itu

“Sehingga sekarang pihak syarikat tidak menerima apa-apa bayaran daripada pelakon itu. Pihak syarikat juga mendapat tahu daripada bekas pembantu peribadi (PA) pelakon itu bahawa wang tersebut telah digunakan,” menurut laporan itu. Dalam satu hantaran di laman Twitter atas nama Tuo Bunkle, pelakon tersebut dikatakan sengaja memberi alasan sedangkan dia sebenarnya terlibat dengan sebuah penggambaran lain. “Dah tandatangan kontrak. Hari kejadian buat alasan kena CvdI9. Rupa-rupanya tengah shooting di negeri lain. Bila call block semua nombor,” seperti ditulis dalam laporan itu.

Hantaran Twitter dakwan Mak Wan langgar kontrak.

Sementara itu, ditanya tentang hal tersebut dalam satu sesi live di laman TikTok miliknya, Mak Wan enggan mengulas lanjut dan menganggap ia sebagai ujian. “Saya tidak tahu nak cakap apa. Kebalakangan ini banyak ujian. Nak buat macam mana? Allah nak berikan kepada saya. Saya cuba jadi kuat tapi kadang-kadang ada juga menangis sebab saya ni wanita biasa” ujarnya. Untuk rekod, Mak Wan berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari 2022 di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Husain telah melafazkan pisah pada 21 April 2022 dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.