Baru je balik dari kerja tapi dapat tahu ibu telah pergi selamanya, ini luahan Achey buat ramai sebak

Viral

Ibu kepada pelawak Achey, Ngaisah Hassan, 74, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.46 pagi, Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Berita duka tersebut diterima Achey ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas tamat bekerja di sebuah acara. Achey sempat memuat naik hantaran video di laman sosial Instagram (IG), ketika dia memberhentikan motor di tepi jalan dan menangis teresak-esak.

“Innalillahiwainnaillahirojiun…Mak baik, mak pergi pada bulan yang baik. Kami reda, Ya Allah,” katanya menahan sebak sambil menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ibu tercinta. Difahamkan, keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak awal bulan lalu dan kritikal sejak malam Ahad. Allahyarham Ngaisah mengidap masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu namun enggan menjalani operasi awal. Disebabkan itu, keadaan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan bahagian perut membengkak kerana saluran hempedu dan hati tersumbat. Salam takziah kepada keluarga Achey. Innallilah Sumber, GEMPAK

Malang tak berbau, Achey cdra patah tangan

Pelawak dan penyanyi, Achey Bocey, 35, mengalami patah tangan kiri dan retak tangan kanan selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan akibat hilang kawalan di kebun buah ketika mencari durian, awal pagi semalam. Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah dihubungi berkata dia baharu selesai menjalani pembedahan memasukkan besi di tangan kiri yang patah, manakala tangan kanannya pula disimen.

“Sekarang ini, ujian saya apabila kedua-dua belah tangan mengalami kecdraan. Saya pun tak sangka jadi sampai macam ini disebabkan impak kuat dari kejadian yang dialami itu. Saya tunggang motosikal macam biasa dan tak laju pun sebab dalam kawasan kebun buah. Tapi, itulah dugaannya perkara dah nak jadi apabila motosikal ditunggang hilang kawalan, terbabas dan saya jatuh,” katanya. Menurut Achey, dia ke kebun itu untuk mencari dan mengumpulkan buah durian kerana mahu menjualnya bersama-sama seorang rakan sebagai usaha mencari pendapatan tambahan mereka.

“Apabila mlng tak berbau dan keadaan saya pun dah jadi macam ini, nampaknya rakan itu yang kena berniaga sendiri. Apapun, saya bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang baik dan suka membantu. Achey yang masih dirawat di sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor, berkata dia juga bersyukur kerana isteri, Nur Hassanah Yahya atau Anne ada di sisi menemaninya di hospital sejak semalam.

“Walaupun kena bebel juga dengan Anne, tapi dia tetap jaga dan temankan saya di sini. Saya juga nak ucap terima kasih kepada semua orang yang mengikuti saya di media sosial dan peminat yang sentiasa mendoakan kesihatan saya,” katanya. Bercerita ringkas mengenai kejadian itu, Achey berkata ia berlaku di lereng bukit dan motosikalnya hilang kawalan serta terbabas hingga masuk ke dalam parit. Sumber, HMetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.