Belum lagi berhijab, Daiyan Trisha akui ini tujuannya pakai turban sempena bulan Ramadhan

Viral

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha yang kini tampil dengan imej berturban memaklumkan tujuannya adalah bersempena menghormati bulan Ramadan.Menurut Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, dia mahu menutup aurat apabila sudah benar-benar bersedia dan bukannya dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebenarnya pemakaian turban ini bersempena bulan Ramadan. Lagipun saya baru balik dari umrah, jadi lebih baik saya tutup. Tapi buat masa sekarang ni memang untuk Ramadan sebab sebelum pergi umrah pun Daiyan dan mula menutup aurat sikit. Daiyan cuba untuk istiqamah tapi buat masa sekarang memang tak rancang lagi. Niat tutup memang untuk menghormati bulan Ramadan. Daiyan taknak la bila balik umrah terus pakai tudung lepas tu buka. Itu memang saya tak suka. Bila saya dah betul bersedia, betul-betul ikhlas nak menutup aurat, saya akan buat untuk Allah dan diri sendiri,” jelas Daiyan.

Daiyan ditemui pada majlis berbuka puasa dan screening raya Astro yang diadakan di Connexion, Kuala Lumpur pada Jumaat. Tambah pelantun lagu Penat ini lagi, dia bersyukur mempunyai peminat yang sentiasa positif tidak menghakimi dalam apa jua tindak-tanduknya. “Daiyan sangat happy bila ada fans yang sangat menyokong dan pada masa yang sama mereka faham dan tidak menggesa saya untuk bertudung. “Masa balik dari umrah, saya perlu memuat naik beberapa keping foto free hair dan pada mulanya saya risau kalau orang marah. Tapi bila dah post, takde siapa cakap apa-apa. Insyallah peminat-peminat saya sangat positif dan mereka akan terus mendoakan saya agar saya istiqamah,” katanya lagi. Sumber, Gempak

Ramai Terharu Dengan Pemakaian Daiyan Trisha, Sampai Ada Yang Persoalkan Kenapa Naim Daniel Tersipu Malu

Pelakon, Daiyan Trisha dikhabarkan sedang menjalani ibadah umrah di Tanah Suci Mekkah bersama ahli keluarganya. Mereka sekeluarga dipercayai bertolak dari Malaysia sejak sehari yang lalu. Di media sosial, rata-rata warganet kagum melihat penampilan Daiyan Trisha sewaktu mengejarkan ibadah umrah. Menurut warganet, Daiyan Trisha sangat cantik apabila memakai tudung dan jubah!

Doa selamat pergi dan balik

Assalamualaikum semua. Saya dan keluarga akan melakukan ibadah umrah. Saya mohon doa daripada semua agar kami selamat pergi dan selamat balik, Amin. Saya nak minta maaf sekiranya ada salah silap. Semoga semua sentiasa dalam lindungan-Nya dan semoga doa kalian dimakbulkan jua InshaAllah. Di Instagram, Daiyan Trisha sempat memohon maaf kepada semua dan berharap urusan mereka sekeluarga sewaktu menjalani ibadah umrah dipermudahkan. Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet memberitahu Diayan Trisha kelihatan sangat cantik sewaktu mereka ternampak di lapangan terbang.

Cantik macam bidadari

Penyanyi, Naim Daniel turut berkongsi foto dirinya bersama Daiyan Trisha. Kedua-dua mereka bertemu sewaktu mengejarkan ibadah umrah. Menerusi foto tersebut mereka kelihatan tersenyum dan Naim dilihat tersipu malu sewaktu bertemu pelakon tersebut.

Sumber: Daiyan Trisha

Tunai Umrah Bersama Keluarga, Kini Daiyan Trisha Akui Rindu Walaupun Tak Pernah Jejak

Daiyan Trisha memaklumkan yang dia kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya. Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Daiyan meluahkan perasaan, berkongsi rasa yang sedang mengalir dalam dirinya sejak kerajaan membenarkan rakyat untuk terbang ke luar negara pada 1 April lalu.

“Bagi mereka yang sudah lama mengikuti saya mungkin sedar yang saya pernah berada di kota yang berbeza setiap minggu, mengejar pesawat setiap hari sebelum datangnya CVDI9. Saya akan ke Los Angeles lima hingga enam kali setahun, saya akan ke Marrakech dan seterusnya Seoul dan Tokyo selang seminggu. Saya berada di luar negara lebih lama berbanding saya di Malaysia. Hal itu yang sering saya nanti-nantikan,” tulisnya di Instagram.

Daiyan menambah, apabila wabak CVDI9 melanda, dia tidak terbang ke luar negara selama dua tahun dan sepanjang itu juga dia berasa rindu untuk meneroka dan mengembara seperti waktu dahulu. “Saya rindu untuk terbang. Tetapi, apabila sempadan dibuka, dan peluang melancong datang, tiba-tiba saya berasa tak sedia. Seperti ada sesuatu yang menghalang saya. Sama ada saya terlalu sibuk atau saya mempunyai banyak perancangan.

Saya tidak rasa mahu pergi (ke luar negara) lagi. Ada satu perasaan dalam diri saya yang meminta saya untuk sesuatu yang istimewa dan berharga untuk saya ke luar negara.“Dan ini dia, Tanah Suci. Tempat paling indah untuk didatangi. Sepatutnya saya sudah tahu… Tempat yang saya tak pernah pergi, tetapi saya terlalu rindukannya. Tak pernah saya rindukan untuk berada di sesuatu tempat sehingga seperti sekarang ini. “Ya Allah Ya tuhanku, terima kasih kerana menerimaku sebagai tetamu Mu dalam bulan yang mulia ini. Terima kasih kerana menjemput ku pada masa yang paling aku perlukan Mu. Nampaknya aku telah menunggu saat ini, kerana saya aku seperti Mu telah menungguku,” tulisnya lagi. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.