Akui tiada dokumen namun bersedia jumpa JPN, tapi ini yang Myra Natasha rasa

Viral

Halim dan Myra sedia terima tawaran JPN. Susulan tawaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin membantu dalam menyelesaikan masalah nama bapa Myra Natasya yang berbintikan Abdullah, pengacara Halim Othman terbuka bertemu pihak tersebut bagi mendapatkan pandangan. Halim berkata, dia tidak mempunyai sebarang dokumen untuk ditunjukkan namun berharap bantuan tersebut dapat memberi satu jalan penyelesaian.

“Saya memang tiada dokumen berkaitan kerana bernikah di Thailand. Saya reda dengan apa yang telah terjadi dan sudah tiba masanya untuk move on. Jadi saya terbuka untuk bertemu JPN bagi mendapatkan pandangan mereka,” katanya. Halim diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh yang bersedia memberi khidmat nasihat berkenaan nama anak pengacara itu yang berbintikan Abdullah.

Halim anggap apa yang berlaku adalah satu hikmah.

Myra merupakan anak Halim dengan bekas isterinya yang lahir pada tahun 1995 selepas setahun mendirikan rumah tangga di Thailand. Menerusi temubual sebelum ini, Myra bersyukur bapanya bersetuju untuk mendedahkan hubungan sebenar mereka selepas 27 tahun menyimpan rahsia. Sementara itu, di sebalik kontroversi yang melanda, Halim memberitahu ia bagaikan satu rahmat kerana dapat pulihkan hubungan dengan bekas isteri walau mereka kini sedikit tertekan berhadapan pertanyaan banyak pihak.

Namun ada rahmat di sebalik yang berlaku. Saya dapat berhubung dan pulihkan semula hubungan dengan ibu Myra

“Saya cuba lalui semua ini dengan penuh tenang dan memberi kenyataan yang tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. Namun ada rahmat di sebalik yang berlaku. Saya dapat berhubung dan pulihkan semula hubungan dengan ibu Myra. Saya harap dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan baik dan inilah masanya untuk memohon maaf dan memaafkan,” ujarnya.

Myra tidak mahu susahkan mana-mana pihak.

Sementara itu, Myra berkata, dia enggan menyusahkan mana-mana pihak dalam menyelesaikan isu tersebut. Bagaimanapun, kata pengacara DidikTV ini, dia menghargai usaha dan terharu dengan bantuan yang mahu dihulurkan pihak JPN. “Saya terharu dan hargai kerana JPN melihat situasi ini. Namun saya tidak merasakan ia satu proses yang mudah. Pasti ia akan memakan masa yang panjang dan menyusahkan semua pihak. Itulah yang saya tidak mahu terutamanya jika ia menjadi beban kepada ibu. Rasanya tidak perlu tukar nama sebab banyak dokumen peribadi saya binti Abdullah. Ini adalah takdir saya dan saya terima sebab sudah 27 tahun. Bagaimanapun saya dan ayah akan pergi ke JPN dan mendengar apa sahaja yang mereka boleh bantu,” ujarnya. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.