Takut terjadi lagi, kali ni Mak Wan tampil dedahkan apa rancangannya dia selepas ni

Viral

Pelakon veteran, Mak Wan mengakui berada dalam fasa gembira buat masa ini, sungguhpun pelbagai cakap-cakap nakal dalam kalangan warganet bertebaran apabila dia berpisah hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. “Saya sekarang happy, macam lapan tahun dahulu. I’m back to normal. Sekarang ni saya sedang menunggu tawaran kerja. “Rutin bekerja pun sama seperti sebelum-sebelum ini, tetapi lebih fokus pada seni, dunia dan akhirat,” katanya. Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka hatinya kepada orang lain setakat ini.

“Tak kut… janji tidak, tapi Allah punya kuasa… Buat masa ini, taklah kut. Takut pisang berbuah empat kali. “Tapi saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, diberikan tenaga untuk bekerja sendiri. Daripada saya mengharapkan orang, baik saya hidup atas kaki sendiri,” katanya lagi. Dalam pada itu, Mak Wan turut memberi komen mengenai ulasan-ulasan yang dibuat oleh warganet mengenai dirinya di alam maya. “Buat masa ni, dalam bulan puasa tak nak jawab apa-apa. Tak nak aibkan siapa-siapa. Nabi Muhammad yang baik pun orang ftnah, apatah kita manusia biasa. Saya diam, biar Allah yang tentukan segalanya. Saya reda, sebab bulan puasa kita nak cari pahala,” tuturnya.

Terdahulu, perkahwinan antara Mak Wan dan bekas suami, Husain Dolah sampai ke penghujung apabila Husain melafazkan talak terhadap dirinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu. Untuk rekod, Lafaz talak dilakukan Husain, 74, terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Biundin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis. Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plaintif hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.

Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu. Menurut Husna pihak mereka memfailkan permohonan perpisahan tersebut pada 24 Mac lalu. “Kes perpisahan di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama. “Pihak kami telah memfailkannya kes perpisahan ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April. “Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Mak Wan yang dihubungi media pada awalnya mematikan panggilan dibuat, bagaimanapun seorang wanita dipercayai pembantunya kurang senang dengan pertanyaan berhubung isu itu. Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Majlis resepsi mereka diadakan seminggu kemudian di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Ia merupakah perkahwinan ketiga buat Mak Wan selepas tujuh tahun hidup bersendirian. Sumber, gempak dan mstar

Tular Mak Wan Latah Berpisah, Kini Bekas Suami Tampil Dedahkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku Antara Mereka

Tiga bulan melayari bahtera perkahwinan bersama pelakon veteran Mak Wan merupakan suatu episod hitam buat diri Husain Dolah. Husain, 74, mendakwa dia berada dalam tekanan disebabkan sikap Mak Wan yang disifatkan keterlaluan sehingga tidak menghormatinya sebagai suami.

“Saya dah banyak bersabar, Alhamdulillah perkara ini akhirnya selesai. Saya dah rasa lega dan tiada lagi tekanan. Selama tiga bulan berkahwin, saya sangat tertekan daripada awal (perkahwinan) sampailah ia berakhir di mahkamah. Apa yang dia cakap dia tidak berfikir secara rasional, saya sebagai suami yang mendengar terasa hati,” katanya.

Husain Dolah lafazkan cerai talak satu terhadap Mak Wan.

Terdahulu, media melaporkan Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’adiah Mohd Daud, 61, dipisahkan suaminya, Husain Dolah dengan talak satu. Lafaz pisah dilakukan Husain terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.

Apa yang dia cakap dia tidak berfikir secara rasional, saya sebagai suami yang mendengar terasa hati

Dalam pada itu, Husain juga mendkwa pelakon tersebut tidak mempunyai personaliti dan akhlak yang baik. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung tindakan yang dilakukan aktres berkenaan sehingga hubungan rumah tangga yang menggores hatinya.

Zaiton anak tunggal Husain juga terkejut dengan sikap Mak Wan.

“Saya terkejut dengan perilaku dia sebab bila tengok dengan personaliti dia yang manis. Orang suka tengok dengan telatah dia tapi dia punya akhlak kurang baik. Tapi kita sebagai orang Islam kalau kita tiada akhlak, tiada prinsip hidup, tak jaga status kita akan rosakkan diri kita sendiri selama-lamanya,” ujarnya.

Sementara itu, anak tunggal Husian iaitu Zaiton sedih dengan perkara yang berlaku dan menganggap perpisahan yang berlaku adalah jalan yang terbaik untuk bapanya. Zaiton yang kesal dengan kelakuan Mak Wan mendakwa pelakon itu tidak menghormati bapanya sepanjang perkahwinan terbabit.

Husain Dolah dan Mak Wan berkahwin pada 22 Januari lalu.

“Saya rasa lebih bagus ayah berpisah dengan cara yang betul. Saya mohon maaf kepada keluarga Mak Wan kerana kami terpaksa buat macam ni sebab tak boleh terima apa yang berlaku. Pada usia bapa saya yang 70 tahun ini sepatutnya dapat pengganti yang bagus untuk jaga dia. Tapi tak sangka Allah nak bagi dugaan macam ini. Pada awalnya saya ingat dia baik sama macam berlakon dalam TV, tapi belum sampai tiga bulan dah nampak perangai sebenar dia,” ujarnya.

Tambah Zaiton, dia juga sudah membuat laporan polis terhadap dramatis itu yang didakwa memfitnah mereka. “Mak Wan hantar mesej tidak sepatutnya kepada ayah saya yang berbaur ugvtan, dia ftnah saya dan ayah. Sekarang sudah jadi kes polis biarlah polis tentukan,” ujarnya. Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.