Baru je tular dah pisah dengan suami, kali ni kecoh laporan polis terhadap mak Wan Latah

Viral

Mak Wan dikatakan belum memulangkan wang perjanjian kontrak. Ketika terpalit isu dipisahkan talak satu selepas tiga bulan berkahwin, kini timbul pula episod baharu terhadap pelakon Mak Wan Latah apabila tular laporan polis terhadapnya kerana lnggr kontrak. Menurut laporan tular itu, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, didakwa telah melnggr perjanjian dan menipu sebuah syarikat pengeluar produk makanan iaitu Tishas Food Manufacturing sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM2,500.

Dia dikatakan telah bersetuju untuk terlibat dalam sebuah iklan syarikat tersebut namun tidak hadir ketika hari penggambaran atas alasan terkena jangkitan CvdI9. Laporan bertarikh 8 April itu menyebut kedua-dua pihak telah menandatangi perjanjian kerja yang dibuat pada 30 Mac 2022 dan bayaran wang 50 peratus sebelum mula bekerja telah dibuat.

Mak Wan didakwa menipu tidak hadir penggambaran.

“Selepas perbincangan, pelakon tersebut telah bersetuju dengan semua syarat. Pada 30 Mac 2022 semasa di pejabat, pelakon itu telah menandatangi perjanjian kerja. Pada 29 Mac pihak syarikat telah membuat bayaran 50 peratus secara atas talian. Pada 1 April pihak syarikat telah membuat pembayaran kali kedua,” tulis laporan tersebut.

Bagaimanapun ketika hari penggambaran iaitu 2 April lalu, Mak Wan memaklumkan dia terkena jangikitan CvdI9 dan menghantar bukti ujian saliva. Pihak Tishah kemudian meminta supaya Mak Wan memulangkan semula wang perjanjian kerja tersebut namun tidak menerima sebarang bayaran sehingga tarikh laporan dibuat.

Sehingga sekarang pihak syarikat tidak menerima apa-apa bayaran dari pelakon itu

“Sehingga sekarang pihak syarikat tidak menerima apa-apa bayaran dari pelakon itu. Pihak syarikat juga mendapat tahu dari bekas pembantu peribadi (PA) pelakon itu bahawa wang tersebut telah digunakan,” menurut laporan itu. Dalam satu hantaran di laman Twitter atas nama Tuo Bunkle, pelakon tersebut dikatakan sengaja memberi alasan sedangkan dia sebenarnya terlibat dengan sebuah penggambaran lain. “Dah tandatangan kontrak. Hari kejadian buat alasan kena CvdI9. Rupa-rupanya tengah shooting di negeri lain. Bila call block semua nombor,” seperti ditulis dalam laporan itu.

Hantaran Twitter dakwan Mak Wan lngg.4r kontrak.

Media cuba menghubungi Mak Wan menerui panggilan telefon dan aplikasi Whatsapp namun tidak berjawab. Untuk rekod, Mak Wan berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Husain telah melefazkan lafaz pisah pada 21 April dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sumber, Mstar

Takut Terjadi Lagi, Kali Ni Mak Wan Tampil Dedahkan Apa Rancangannya Dia Selepas Ni

Pelakon veteran, Mak Wan mengakui berada dalam fasa gembira buat masa ini, sungguhpun pelbagai cakap-cakap nakal dalam kalangan warganet bertebaran apabila dia berpisah hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. “Saya sekarang happy, macam lapan tahun dahulu. I’m back to normal. Sekarang ni saya sedang menunggu tawaran kerja. “Rutin bekerja pun sama seperti sebelum-sebelum ini, tetapi lebih fokus pada seni, dunia dan akhirat,” katanya. Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka hatinya kepada orang lain setakat ini.

“Tak kut… janji tidak, tapi Allah punya kuasa… Buat masa ini, taklah kut. Takut pisang berbuah empat kali. “Tapi saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, diberikan tenaga untuk bekerja sendiri. Daripada saya mengharapkan orang, baik saya hidup atas kaki sendiri,” katanya lagi. Dalam pada itu, Mak Wan turut memberi komen mengenai ulasan-ulasan yang dibuat oleh warganet mengenai dirinya di alam maya. “Buat masa ni, dalam bulan puasa tak nak jawab apa-apa. Tak nak aibkan siapa-siapa. Nabi Muhammad yang baik pun orang ftnah, apatah kita manusia biasa. Saya diam, biar Allah yang tentukan segalanya. Saya reda, sebab bulan puasa kita nak cari pahala,” tuturnya.

Terdahulu, perkahwinan antara Mak Wan dan bekas suami, Husain Dolah sampai ke penghujung apabila Husain melafazkan talak terhadap dirinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu. Untuk rekod, Lafaz talak dilakukan Husain, 74, terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Biundin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis. Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plaintif hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.

Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu. Menurut Husna pihak mereka memfailkan permohonan perpisahan tersebut pada 24 Mac lalu. “Kes perpisahan di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama. “Pihak kami telah memfailkannya kes perpisahan ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April. “Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Mak Wan yang dihubungi media pada awalnya mematikan panggilan dibuat, bagaimanapun seorang wanita dipercayai pembantunya kurang senang dengan pertanyaan berhubung isu itu. Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Majlis resepsi mereka diadakan seminggu kemudian di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Ia merupakah perkahwinan ketiga buat Mak Wan selepas tujuh tahun hidup bersendirian. Sumber, gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.