Dah agak Qush takkan lama jadi PA, sekali Iqbal tampil beri nasihat buat DSV

Viral

Iqbal nasihat Qush untuk hargai Vida. Apa yang berlaku kepada pembantu peribadi (PA) baharu Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Qush yang mendakwa tidak mendapat surat perjanjian sememangnya sudah dijangka bekas PA yang juga usahawan Iqbal Zulkefli. Menurut Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, dia juga sebelum ini pernah bekerja bersama Vida dan ramai kakitangan lain tiada surat tawaran namun masih melakukan tugas mereka seperti biasa.

“Tekaan saya 100 peratus tepat. Sebagai majikan juga, saya tidak suka DSV berjanji kosong RM10,000 kepada masyarakat di saat pandemik. Ramai yang berharap untuk bekerja ketika itu. Saya tidak hairan tiada surat perjanjian kerana sebelum ini pun semua staf elok sahaja bekerja tanpa surat tawaran. Gaji tetap diberi dengan baik namun tidaklah seperti yang dihebahkan. Sudah pun saya sampaikan kepada DSV, kalau mahu selamat asah staf yang bertahun lama berkhidmat dan tahu membaca rentak,” ujarnya.

Jangan lupa kebaikan DSV kepada anda

Sebelum ini, Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar mendedahkan hanya berlakon menjadi PA kepada usahawan itu dan tidak menerima sebarang surat tawaran kerja sejak bermula pada Februari lalu. Vida dalam kenyataan bersama mStar menganggap Qush sengaja mencari perhatian demi menaikkan jumlah pengikut di media sosial.

Iqbal pernah bekerja dengan Vida dan hampir mendirikan rumah tangga bersama.

Dalam pada itu, Iqbal melihat Vida sudah jauh tersasar dari landasan perniagaan dan menganggap anak-anak kepada usahawan itu penat melayan kerenah ibunya dengan cerita sebegini. “Kembalilah seperti dahulu. Gosip dengan saya sebelum ini sekurang-kurangnya dapat juga naikkan jualan berjuta-juta. Jangan leka, banyak lagi tanggungjawab penting. Anak-anak pun penat melayan kerenah ibunya yang sering begini. Mereka yang sering jaga hati kononnya untuk kemajuan perniagaan,” jelasnya.

Melihat konflik tersebut, Iqbal turut menasihatkan Qush supaya berani berdepan dan menghargai segala kebaikan yang pernah diberikan oleh Vida terhadapnya. “Kepada PA (Qush), jangan lari dari media kerana itu dianggap sombong. Media pernah mengangkat nama anda. Harus berani ke depan dengan jawapan terbaik. Jangan lupa kebaikan DSV kepada anda. Saya dan beratus staf lain dahulu berkali ganda lagi cabaran. Berbaiklah selagi boleh,” katanya. Sumber, Mstar

Akui Selalu Berangan Dikatakan Punca Berjaya Masuk Industri Seni, Sekali Ini Yang Iqbal Dedahkan

Memang tak asing lagi kita dengan ushawan sensasi kita ini. Kalini iqbal membuat satu perkongsian di laman instagramnya. Setiap kejayaan bermula dengan angan-angan, Itu yang dilalui usahawan dan penyanyi Ahmad Iqbal apabila dia menyimpan impian untuk menjadi seorang majikan dan artis sejak di bangku sekolah. Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli menganggap kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada usaha keras untuk mencapai angan-angannya itu. “2013… Setiap orang bermula dengan acah-acah sebelum berjaya. Saya lalui semua ini. Dalam tidak sedar, dulu saya acah-acah seperti seorang majikan, kadang posing acah-acah artis. Jangan ada rasa malu.

Iqbal kongsi perkara itu di Instastory.

Menurut Iqbal “Memang begitu prosesnya. Kita semua lalui sebelum naik tangga ke satu tangga di atas. Jangan rasa rendah diri dan tutup minda bahawa suatu hari kita akan berjaya seperti dalam fikiran hari ini,” katanya. Usahawan kontroversi berusia 27 tahun itu turut memuat naik foto dirinya ketika di usia 19 tahun di laman Instastory pada Isnin. Iqbal bermula dengan menjadi pembantu peribadi usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dan kini memiliki perniagaan sendiri selain mempunyai single berjudul Hujan pada tahun lalu. Malah, video muzik (MV) lagu tersebut yang mendapat lebih 400,000 tontonan selepas dimuat naik di YouTube dalam tempoh 15 jam melayakkan dia untuk menyertai program Big Stage 2022.

Tiada pendirian! Saya paling pantang lakukan perkara kerana ikut orang

Dalam pada itu, Iqbal yang menjadi peserta pertama Big Stage 2022 tersingkir berkata, pendapat orang sekeliling memainkan peranan penting dalam mencorak kejayaan seseorang. “Satu perkara besar membantut kejayaan kita adalah kerana terlalu banyak ambil using pendapat kawan, keluarga. Nampak kecil, kesannya besar. Kita bertanya, bolehkah aku buat begini “Padahal kita sendiri sudah tahu apa yang kita mahu buat itu mendatangkan kejayaan. Tempuhi sahaja perkara sedikit payah atau sedikit menjatuhkan standard. Jangan tanya orang lagi. “Ada perkara kita perlu bertanya dan dapatkan jawapan biar jelas sebelum lakukan. Ada hal, buat saja, ini masa depan kita,” nasihat Iqbal.

Iqbal beri tips untuk berjaya.

Sementara itu, Iqbal yang kini menceburi bidang lakonan turut memberi tip untuk seseorang itu berjaya dengan mengetahui kelemahan dan kebolehan yang ada dalam diri sendiri. “Budaya selepas tamat persekolahan, mohon universiti, bidang yang sama dengan kawan kerana terlalu sayangkan kawan. Tiada pendirian! Saya paling pantang lakukan perkara kerana ikut orang. “Kita harus kaji diri sendiri. Usia 17 tahun seharusnya kita sudah tahu apa kelemahan dan apa kebolehan yang ada pada diri. Apa hobi yang paling kita suka, tukarkan menjadi sebuah pekerjaan. “Jika belum berjaya capai cita-cita usia 30, tidak mengapalah. Peluang dan rezeki ini, dalam tiga bulan pun boleh tiba-tiba datang. Jadi tak perlu takut dengan usia,” katanya. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.