Anak dedah keadaan terkini Aripah Damanhuri, rupanya kini berada di HKL

Viral

Pelakon veteran Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tengah malam tadi selepas paras oksigen menurun dan terpaksa di tidurkan. Anaknya yang dikenali sebagai Boy memaklum kan berita itu menerusi kumpulan WhatsApp HijrahArtis.

“Assalam wbt semua. Saya Boy, anak Mak Aripah Damanhuri, nak beritahu yang mak sekarang ini sedang diintubate / ditidurkan di kecemasan HKL. D0ktor ‘suspek’ (syak) jangkitan kvman di paru-paru. Pohon doa semua ye agar urusan mak dipermudahkan Insya-Allah,” katanya. Boy ketika dihubungi berkata, ibunya bukanla menghidap sakit yang terlalu teruk cuma dia ada dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh awal bukan ini akibat g0ut. Namun, selepas dibenarkan keluar, emak mula hilang selera makan dan minum tapi keadaannya masih okey. Bagaimanapun, baru-baru ini emak agak teruk apabila dia tak nak makan langsung dan sebagainya sehinggalah petang semalam dia tak respon semua.

“Kami terus panggil ambulans bawa ke HKL. Doktor buat pemeriksaan dan mendapati bacaan oksigennya menurun kepada 80 peratus dan bacaan darah pun rendah,” katanya. Menurutnya, doktor membuat keputusan menidur kan ibunya dan memaklumkan empat organnya terjejas tetapi bukannya rosak. Sekarang doktor memastikan emak bergantung kepada bantuan pernafasan dan beberapa peralatan penting. Kami sedang tunggu perkembangan lanjut. Doakan kesembuhan emak. Apapun kami bersedia dengan segala kemungkinan dan berdoa agar urusannya dipermudahkan,” katanya.

Aripah yang juga kakak kepada pelakon Normah Damanhuri banyak membintangi drama sejak 1980-an. “Emak sudah lima tahun bersara dari lakonan. Masanya banyak diisi dengan mengikuti program santai bersama kawan-kawan artis,” katanya. Sumber, Hmetro

“Jangan Libatkan Keluarga Kami” – Kakak Normah Damanhuri Tak Nak Terbabit

Rentetan isu video persembahan semasa majlis perkahwinan anak Normah Damanhuri, kakaknya iaitu Aripah Damanhuri yang juga merupakan pelakon tampil di ruangan Facebook miliknya untuk tidak mengaitkan keluarga mereka dalam hal yang memaIukan itu. Aksi kurang sopan yang dipamerkan ketika majlis mendapat liputan dan kritikan dari warganet kerana aksi sebegitu tidak sewajarnya diadakan untuk meraikan detik yang indah seperti itu. Menurut Aripah Damanhuri dia berasa lega apabila anaknya mengambil tindakan untuk tidak melibatkan diri dengan hal terbabit.

Warganet turut menyatakan simpati dan memberikan semangat berterusan kepada keluarga Aripah Damanhuri. Tindakan ini memang sewajarnya oleh keluarga Aripah Damanhuri, mereka dah pun memberikan nasihat dan terpulang kepada Normah Damanhuri untuk menerima atau sebaliknya. Sumber, Erinsakura

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.