Tular satu rakaman sajat di Lapangan Terbang, Warganet pertikaikan tentang video itu

Viral

Umum lagi memang kita ketahui dengan usahawan sensasi ini sebelum ini, murai ada melaporkan mengenai berita kesihatan bapa kepada usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kini berada dalam keadaan tenat. Warganet Persoalkan Kepulangan Sajat, dengan berita tersebut, ramai yang bertanyakan Sajat adakah dia akan pulang ke Malaysia apabila mengetahui keadaan ayahnya yang sedang tenat. Menurutnya, dia memutuskan untuk tidak pulang ke Malaysia disebabkan beberapa faktor.

Muat Naik Gambar Di Lapangan Terbang

Terbaru di Instagram miliknya, Sajat memuat naik satu video dia yang kini berada di lapangan terbang. Dalam perkongsian tersebut, dia menunjukkan persediannya untuk berlepas ke sesuatu tempat dengan menyatakan “bersedia untuk terbang”. Pulang Malaysia Atau Bercuti. Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet dan ramai yang bertanyakan adakah Sajat akan pulang ke Malaysia menziarahi bapanya. Walaupun persoalan tersebut tidak dijawab oleh Sajat, tetapi ada juga yang berpendapat bahawa Sajat sedang merancang untuk pergi bercuti kerana terdapatnya tanda pagar #moodtravelgirls pada hantaran tersebut. Sumber, murai

Balik Pun Takkan Boleh Lawat Bapa Sakit, Ramai Yang Tumpang Sedih Dengan Luahan Sebak Sajat. Beberapa hari lalu, kesihatan bapa usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berada dalam keadaan tenat. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh adik Nur Sajat, Mustika menerusi perkongsian di Instagram Storynya. Malah, ia disahkan oleh Sajat sendiri dalam satu hantaran di Instagramnya bahawa kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas lagi.

Susulan itu, ramai yang bertanyakan sama ada Sajat akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi bapanya ataupun tidak. Terbaru, Sajat tampil memperjelaskan segala persoalan berkenaan. Menurutnya, dia memutuskan untuk tidak pulang ke Malaysia disebabkan beberapa faktor. Jelasnya, dia ketika ini hanya mengambil pendekatan untuk memantau kesihatan bapanya dari semasa ke semasa. Saya tak balik, hanya tengok daripada sini je. Kalau saya balik pun tak boleh tengok. Sebab apa? Sebab i dekat ‘dalam’ nanti, sebab tu tak balik,” katanya.

Susulan daripada kenyataan itu, ramai yang bersimpati dengan nasib usahawan berkenaan. Malah, kebanyakan warganet memohon supaya Sajat mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalahnya dengan pihak berkuasa Malaysia. Terdahulu, Sajad mencetuskan kontroversi apabila diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan. Semuanya gara-gara tindakannya yang gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. Selepas itu pula, Sajad didkwa didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.