Teruk dikritik warganet kerana berpelukan dengan bukan mahram, Sekali ini respon berani dari Nora Danish buat ramai terkejut

artis

Baru baru ini timbul kontroversi berkenaan pelakon cantik Nora Danish. Pelakon terkenal, Nora Danish mengakui enggan melayan komen daripada warganet yang mengkritik dirinya terutama berkaitan video berpelukan bersama pelakon lelaki sitkom Puteri yang dikongsinya baru-baru ini.Katanya, ‘Itu cara saya tunjuk kasih sayang’. Nora, 39 tahun berkata, aksi dia memeluk pelakon, Beego dan pengarah terkenal, Aziz M.Osman itu tidak seharusnya dijadikan satu isu yang besar kerana dia telah menganggap kedua-dua lelaki tersebut seperti keluarganya sendiri. Jika nak cakap tentang foto saya memeluk Beego dan Aziz, perkara tersebut tidak seharunya dijadikan isu kerana saya sudah menganggap mereka seperti abang dan bapa sendiri. Video, klik link

Saya peluk pun tiada n4fsu, jika mereka melihat foto tersebut dengan pandangan lain, merekalah yang bernafsu sebenarnya. Pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif itu juga berkata dia lebih selesa untuk membiarkan sahaja segala kata-kata negatif, terutama daripada individu yang tidak mengenali dirinya secara peribadi. Warganet tidak tahu hubungan kami macam mana. Itu mungkin cara saya menunjukkan kasih sayang terhadap mereka. Jadi, saya memang tidak kisah sangat dengan segala kritikan yang dilemparkan. Siapkan m3ntal sebelum muat naik kandungan. Tambah Nora lagi, dia yang pernah membintangi drama Bougainvillea itu kini sudah mempersiapkan dirinya terutama daripada aspek mental sebelum memuat baik sebarang kandungan media sosial.

Apa sahaja yang dikongsi dalam media sosial, memang saya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang risiko. Namun, jika saya ada terlepas pandang sesuatu perkara, saya terbuka untuk menerima teguran daripada suami dan ahli keluarga lain. Terdahulu, video Nora berpelukan bersama Beego dan Aziz di akaun Instagram miliknya meraih kritikan daripada umum. Rata-rata warganet menegur agar Nora menjaga batas dalam hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Berikut Sedikit Info Dan Biodata Nora Danish. Nama penuhnya, Nora binti Mohd Danish Hanif, dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, kediamannya terletak di Kuala Lumpur, berusia 40 tahun, berketinggian 1.50 meter. Anak kepada pasangan Mohd Danish Hanif (bapa) dan Salimah Talib (ibu). Anak bongsu daripada empat adik-beradik yang mana kesemuanya perempuan.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang, Selangor. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bergelar pelakon, pengacara dan model. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2005. Antara flem dibintanginya seperti Gila-Gila Pengantin Popular, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Polis EVO, Surga yang Tak Dirindukan 2 dan Bukan Cinta Malaikat. Pembabitan di kaca televisyen, antaranya menerusi drama Puteri, Gadis Cuci (Musim 1), Khurafat The Series, Mak Cun dan Bahagia Bukan Bidaan. Termasuk telefilem Celak Pak Andam, Cikgu Timah Sekolah Bandar, Lampu Merah, Kuntom dan Hingga Jumpa Lagi. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan single Ini Lagi Boom (bersama W.A.R.I.S) dan Bersama Together (bersama Iz Sulaini).

Mendirikan rumah tangga dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang juga anak sulung kepada bekas Speaker Parlimen Malaysia, Tan Sri Ramli Ngah Talib, pada 20 Jun 2006. Perkahwinan itu diserikan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Mereka bagaimanapun memutuskan untuk bercerai pada awal Julai 2008. Pada 30 Mac 2017, Nora bergelar isteri kepada Nedim Nazri, anak bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Mohamed Nazri Abdul Aziz. Mereka dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018. Beliau yang dilaporkan mempunyai krisis dengan pelakon Fasha Sandha selama lapan tahun itu akhirnya menamatkan ‘perang’ berkenaan apabila memilih untuk berdamai pada penghujung Mei 2018. Sehingga kini laman sosial Instagramnya mencecah 5.9 juta pengikut. Sumber: Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published.