Kerajaan akan umumkan tentang satu lagi kelonggaran sop, tapi sop ni boleh buat menantu Ds Isamail Sabri pening kepala

Viral

Kerajaan dijangka mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) berhubung pandemik Covid-19. Difahamkan ia berkaitan dengan arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang diwajibkan sejak 1 Ogos 2020. Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sebelum sidang akhbar pada Jumaat memberi bayangan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan tetapi adalah pilihan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. “Saya boleh buka ‘mask’ kan? Tak apalah, selepas raya pun dah optional (pilihan),” katanya sebelum memulakan sidang akhbar Jelajah Agrikomoditi Antarabangsa di kementeriannya dekat sini.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditemui pada majlis pelancaran program mQUIT masjid di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin meminta pihak media menunggu pengumuman minggu hadapan. “Tunggu minggu depan,” jawabnya ringkas. Sementara itu dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Projek Institut Endokrin di Hospital Putrajaya, Khairy berkata, pengurusan pandemik menunjukkan kejayaan apabila kes p0sitif C0 vid-19 dilihat semakin terkawal dan kemasukan pesakit ke hospital menurun. Menurutnya, kadar pemergian covid-19 terus menurun dan kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi juga menurun. “Faktor ini telah meyakinkan kerajaan untuk memberi segala kelonggaran termasuklah sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya ingin mengingatkan semua bahawa kita masih berada di dalam fasa peralihan dan perlu sentiasa mematuhi segala SOP dan langkah-langkah kesihatan awam sepertimana kita jalani selama dua tahun,” katanya. Beliau juga turut mengingatkan semua pihak agar tidak leka dan mengambil iktibar daripada negara lain. “Ada negara anggap bahawa mereka sudah mencapai kemenangan dan segala sekatan serta langkah pencegahan di buang. Akhirnya mereka berdepan gelombang demi gelombang jangkitan baharu.

“Biarlah kita lambat sedikit asalkan kita selamat dan janganlah kita mengulangi kesil4pan dari negara lain,” katanya. Isnin lalu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengumumkan sesuatu berkaitan SOP pada minggu hadapan. Dalam pada itu ada warganet perli menantu kepada PM, Jovian susulan isu sebelum ini tentang kenyataan dia mengenai penjualan pelitup muka ‘hauk’ di pasaran sebelum ini “Kesian menantu PM kita nanti stok mask dia tak habis jual..tunggu stok mask dia habis dulu la baru mansuhkan” komen Sabri Stafar

“Ehhhhh….Stok face mask masih banyak digudang ,Menantu PM kata stok sehingga tahun 2025…hehehe semua audit baru tukar tali.heheh” komen Noriah Kamarudin “Aduh PM punya menantu baru upgrade tali Face Mask dia…. dah nak mansuh, nanti tak habis…. Bagi la stok dia habis dulu” komen Muezza. SEJAK isu pelitup muka perlu mendapatkan perakuan dan penandaan MS Sirim heboh diperkatakan, pengusaha barang keperluan itu mula mencipta pelbagai strategi pemasaran termasuk ‘mengangkat’ kelebihan jenama sendiri. Namun, tindakan mengkritik dan mengutuk produk keluaran pengusaha lain bukanlah tindakan tepat. Maka tidak hairanlah pereka fesyen terkena, Datuk Jovian Mandagie dikritik warganet selepas kenyataannya berkaitan isu pelitup muka perlu perakuan Sirim tular.

Ini kerana, dia menggunakan perkataan ‘hauk’ bagi menggambarkan tahap kualiti rendah pelitup muka jenama lain dalam pasaran. Ekoran itu, usahawan yang juga menantu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri itu tampil menjelaskan isu berkaitan. Jovian berharap orang ramai menjaga tutur kata dan tidak memftnah perniagaannya.“Saya nak jelaskan sikit fasal pelitup muka ‘hauk’ tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yang saya maksudkan itu ialah pelitup muka Jovian Mask tiruan yang berleluasa di pasaran.

“Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih dua tahun pelitup muka tiruan yang menggunakan jenama saya berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna,” ujarnya menerusi Instagram. Jelas Jovian lagi, istilah ‘hauk’ yang digunakannya sebelum ini ditujukan kepada ‘penciplak’ terbabit yang disifatkan mengambil keuntungan atas angin menerusi hasil syarikatnya. “Saya rasa sesuai la gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan kenyataan saya, tak ada niat nak guris hati anda.

Antara koleksi yang diperkenalkan Jovian. “Isu Sirim bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. Apabila ia dilaksanakan, kosnya akan ditanggung oleh penjual. Daripada mana pula saya akan untung lebih. Dalam pada itu, Jovian mengingatkan orang ramai supaya menjaga tutur kata dan mengelakkan diri daripada mengeluarkan perkataan cacian mahupun menabur ftnh terhadap perniagaannya. Katanya lagi, jenama Jovian sudah berada di pasaran sejak 15 tahun lalu dan semakin berkembang atas reputasi serta kualiti, bukan sebaliknya. “Saya harap isu ini habis di sini. Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu. Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat,” tambahnya.

Buat live pun mask putus. Macam mana. Boleh cakap kualiti ‘hauk’ tak. Sungguhpun penerangan dan penjelasan panjang lebar diberikan berhubung isu berkenaan, namun masih ada warganet yang tidak berpuas hati malah menyifatkan Jovian sengaja ‘putar belit’ kenyataan. “Biasa lah dah buat damage pandai twist. Orang kaya begitulah. “Buat live pun mask putus. Macam mana, Boleh cakap kualiti ‘hauk’ tak. “Kenyataan ‘hauk’ sebelum ini tidak spesifik. Seperti menujukan kepada semua pengeluar pelitup muka, lain kali adalah lebih baik berfikir dahulu sebelum membuat hantaran di media sosial, keadaan sekarang ramai yang amat terkesan dengan isu-isu kewangan,” ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan warganet yang menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kualiti pelitup muka Jovian yang dikatakan mudah berbulu. Segelintir warganet masih menyuarakan rasa tidak puas hati. “Maaf awak punya yang original pun hauk juga. Ikhlas ni daripada hati, baru basuh dua kali (dah) berbulu-bulu. “Saya beli dua (kotak) pelitup muka kanak-kanak jenis kain yang boleh dibasuh. Cepatnya berbulu, kesian budak-budak tak selesa. Tapi lembut cuma cepat sangat berbulu… terus tak pakai. “Dah tak elok tak akan simpan, mestilah buang. Sama macam saya… suami cakap ‘kata elok tapi berbulu’, saya jadi rimas. Saya memang pakai pelitup muka Jovian tapi kena cakap perkara betul la,” luah sekumpulan peminat jenama Jovian. Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS Sirim bagi pelitup muka bukan perubatan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan. kredit, mstar, sinar harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.