Alhamdulillah tahniah, Syafiq Farhain tampil umum sudah pun berkahwin

Viral

Syafiq Farhain akhirnya mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan pengurusnya. Syafiq Farhain akhirnya mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan pengurusnyaBagaimanapun Syafiq tidak mendedahkan tarikh perkahwinannya. Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain, dia tidak pernah merahsiakan berita pernikahan mereka.

“Ya saya sudah berkahwin… Saya tidak merahsiakan tetapi siapa yang tahu dia tahulah. Kalau ada yang tanya kepada saya mengenai status saya, saya akan jawab dengan jujur sudah berkahwin,” katanya. Syafiq ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan MVM dan RUSA MUSIC bertempat di Puchong sebentar tadi. Ditanya mengenai isterinya, Syafiq memberitahu mereka adalah kawan sekampung.

“Kami sebenarnya kawan sekampung. Kami berkenalan antara satu sama lain sebelum saya bergelar artis lagi. Secara jujurnya saya tak fikir mengenai populariti merudum tetapi sedikit sebanyak perkara itu memberikan kesan kepada kerjaya. Saya sebenarnya merancang untuk mengumumkan perkahwinan saya di dalam satu majlis namun nampaknya tidak berjaya,” katanya. Terdahulu, Syafiq mencetuskan tanda tanya selepas desas-desus mengenai status perkahwinannya dihidu warganet. Sumber, Gempak

Ada Kud1s Dimuka, Dikatakan Ada Peny4kit Kelam1n. Syafiq Farhain Tampil Jelaskan Apa Sebenar Yang Berlaku

Penyanyi, Syafiq Farhain, 27, mengakui dia sudah diserang kudis herpes atau jangkitan oral Herpes Simplex jenis 1 (HSV-1) yang dihidapinya kini sejak kanak-kanak lagi. Syafiq atau nama sebenar Nursyafiq Farhain A M Salim ketika dihubungi berkata, ia bukan sakit keturunan tetapi berpunca dari serangan virus yang sudah ada di dalam badannya akibat antibodi lemah.

“Dalam keluarga, saya dan seorang kakak mengalami penyakit ini, cuma ia tidak selalu menyerang jika makan ubat antibiotik yang dibekalkan doktor hingga habis serta mengelakkan tekanan (stress). Kadang-kadang ia menyerang dua atau lima tahun sekali. Untuk masalah saya ini, beberapa hari lalu saya demam dan tetap bersukan walaupun badan kurang sihat. Jadi, disebabkan antibodi badan lemah saya mula diserang penyakit ini di kawasan bibir yang membengkak, Ahad lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak menafikan ia penyakit berjangkit, Syafiq menjelaskan jangkitan HSV-1 dialaminya tidak membabitkan penyakit kelamin. “Virus herpes ini ada dua jenis iaitu HSV-1 dan HSV-2, tapi yang saya kena adalah jenis satu hanya di kawasan bibir. Manakala, HSV-2 itu yang agak bahaya kerana menyerang alat kelamin. Apapun, dengan masalah dihadapi ini saya disarankan oleh doktor supaya berehat dan tidak boleh keluar rumah, termasuk berkongsi barang seperti tuala dengan orang lain untuk elak jangkitan,” katanya.

Syafiq yang juga anak kepada penyanyi Iklim, Allahyarham Saleem berkata, bulan lalu dia turut mengalami sakit berkenaan di bibir, namun kudis itu tidak tumbuh banyak seperti dialami sekarang. Katanya, akibat jangkitan itu, dia sukar untuk makan, bercakap dan menyanyi. Mengakui dia juga harus menanggung sakit itu seumur hidup, Syafiq berkata, apabila bahagian bibir diserang biasanya akan membengkak dan gatal-gatal.

Jadi, dia perlu menjaga pemakanan dan elak mengambil makanan laut. Jangkitan oral HSV-1 biasanya membabitkan bahagian mulut yang membentuk ulser dan menyebabkan kesakitan serta kesukaran untuk makan dan minum. Justeru, ubatan perlu diambil ialah antibiotik, ubat sapu dan ubat gatal. Terdahulu, Syafiq berkongsi masalah kesakitan dialami itu di Instagram Story dengan memuat naik gambar serta rentetan keadaan kesihatannya yang diserang sakit itu. Sumber, HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.