Redha perkahwinan tak tahan lama, kali ni Mak Wan pulak tampil dedahkan sesuatu

Viral

Mak Wan enggan ulas kes perpisahan dengan bekas suami. Ikatan perkahwinan cuma bertahan selama tiga bulan, pelakon veteran Mak Wan Latah berkata dia reda dengan segala ketentuan yang telah berlaku. Enggan mengulas lanjut punca perpisahan itu, Mak Wan atau nama sebenrnyaa Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, berkata dia tidak mahu membuka aib mana-mana pihak dan menerima takdir yang sudah tertulis ini. “Saya tidak mahu menjawab kerana tak nak aibkan sesiapa. Saya tidak mahu aibkan keluarga di sebelah sana (bekas suami). Biarlah Allah sahaja yang menghkvm dan tentukan segalanya,” katanya. Mak Wan berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook pada malam Khamis. Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini

Mak bersama keluarga bekas suami ketika majlis persandingan pada Januari lalu.

Ikatan perkahwinan akhirnya terlerai apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pagi Khamis, 21 April. Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu. Dalam pada itu, Mak Wan juga berharap supaya tiada mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan bercerita perkara tidak benar berhubung perpisahannya itu. “Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini. Allah sudah tetapkan ini hikmahnya buat saya,” ujarnya. Sumber, Mstar

Hanya Bertahan 3 Bulan Digelar Pengantin Baru, Kini Mak Wan Latah Dipisahkan Dengan Tlk 1

Harapkan panas sehingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Begitulah perumpamaan yang dapat disimpulkan terhadap nasib yang menimpa pelakon veteran Mak Wan Latah selepas suaminya, Husain Dolah melafazkan talak satu selepas tiga bulan berkahwin. Lafaz pisah dilakukan Husain, 74, terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis. Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plaintif hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.

Gambar perkahwinan Mak Wan dengan Husain Dolah.

Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu. Menurut Husna pihak mereka memfailkan permohonan perceraian tersebut pada 24 Mac lalu.

Pihak kami telah memfailkannya kes perpisahan ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.

“Kes perpisahan di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama. Pihak kami telah memfailkannya kes perpisahan ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April. Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah,” katanya.

Peguam Husna Hamdan mewakili Husain Dolah.

Sementara itu, Mak Wan pada awalnya mematikan panggilan dibuat, bagaimanapun seorang wanita dipercayai pembantunya kurang senang dengan pertanyaan berhubung isu itu. Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Majlis resepsi mereka diadakan seminggu kemudian di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.