Tular spekulasi hubungan Azira Shafinaz dan Sharnaaz Ahmad, kali ni tuan badan dedah sesuatu

Viral

Berkesempatan bertemu dengan Azira baru-baru ini, anggota kumpulan De Fam itu menegaskan yang dia dan Sharnaaz tidak menjalinkan sebarang hubungan. Sebaliknya, mereka hanyalah kawan semata-mata.

“Saya tiada benda nak cerita sebab kami memang tiada apa-apa. Kita kawan dan mungkin juga orang luar suka kenen-kenenkan. Tapi betul, kami kawan je, tidak lebih. Kalau sahih dan keluar daripada mulut saya, maknanya ya (ada hubungan). Kalau tiada keluar apa-apa, maknanya tiada apa. Lagipun saya tak boleh nak tutup mulut orang. Terpulanglah… Berkenaan kenapa dia selalu komen gambar dia, kena tanya dialah…” katanya sambil tertawa.

Ditanya adakah Sharnaaz memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, Azira berkata: “One thing, bagi saya, untuk mencari pasangan, saya mahukan yang memahami, yang mampu tolak ansur dan boleh jaga saya sebaiknya. “Selain itu, umur atau status tidak penting. Apa yang mustahak adalah dia dapat terima saya seadanya, baik buruk saya serta keluarga saya,” katanya lagi.

Selain itu, Azira turut mengakui yang dirinya seorang yang sangat private apabila berbicara soal jodoh dan pasangan. “Saya seorang yang sangat private. Kalau boleh, tak nak hebohkan benda yang tak pasti. Kalau dah pasti ke pelaminan, mungkin saya akan kongsi. Tetapi kalau setakat kawan biasa, masih kenal-kenal… tidak kot. Apa pun saya serahkan pada Allah SWT, sebab jodoh di tangan-Nya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Azira bakal muncul menerusi sebuah filem berjudul Bunga Dan Kayu. Filem ini mengisahkan tentang seorang selebriti popular, Noah (MK) yang sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu bahawa Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Selain MK K-Clique dan Azira Shafinaz, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage 2022, Yazmin Aziz. Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. Sumber, Gempak

Ramai Yang Rasa Teruja, Azira Shafinaz Tampil Kongsi Hubungan Terkini Dengan Sharnaaz Ahmad

Sejak aktor Sharnaaz Ahmad berpisah dan duda ‘terhangat Malaya’, ada sahaja usik-usik belakang tabir yang cuba mendekatkan bekas suami Noor Nabila, itu dengan beberapa artis wanita tempatan. Bagaimanapun, nama yang melekat di minda kebanyakan peminat dan pengikutnya adalah pelakon cantik yang juga anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz. Usikan itu tidak cuma berlaku di kalangan warganet sahaja dek ada yang dapat menghidu bauan kemesraan kedua-dua selebriti popular ini.

Hal itu juga turut menjadi bahan usikan sesama rakan artis yang mengenali Sharnaaz dan Azira, sekali gus menguatkan lagi tekaan ramai bahawa kedua-dua mereka kini sedang dalam fasa bercinta. Namun, dalam satu kenyataan, Sharnaaz pernah memberitahu bahawa dia sememangnya sedang berkawan rapat dengan Azira namun belum mendedahkan sejauh mana hubungan itu sedang berlangsung. Lalu, bagaimana pula dengan Azira? Berikut adalah temubual bersama penyanyi ini. Dalam satu temu bual dengan Sharnaaz baru-baru ini, dia mengaku pada rakan media bahawa kini sedang berteman rapat dengan Azira. Katanya juga sudah berjumpa dengan keluarga awak, betulkah?

Dia cakap dah jumpa keluarga? Aduhai…Macam mana saya nak cakap ya? Iyalah, saya mengaku kami berdua memang berkawan. Maksud saya, tak salah bukan kalau kita berkawan? Tetapi, tak semestinya dalam berkawan itu maka ia adalah hubungan yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘ada sesuatu’. Bagi saya doakan sajalah yang terbaik. Tetapi, bukan sahaja warganet, rakan-rakan terdekat juga jelas memberikan usikan-usikan buat awak berdua, membuatkan ramai yang percaya memang Azira dan Sharnaaz sedang bercinta. Bagaimana pula itu? Saya hormati telahan dan pandangan masing-masing. Tapi jangan mudah juga terus berkata iya. Saya akui, memang berkawan baik dengan dia kebelakangan ini. Cuma, untuk saya berkata berlebih-lebihan itu tidaklah. Rasanya tak manis juga untuk saya bercakap panjang akan hal ini. Cukuplah orang tahu saya dengan dia kawan baik dan rapat.

Kalaulah memang ditakdirkan Azira berkahwin dengan Sharnaaz, apa yang boleh Azira katakan?
Hal jodoh, rezeki dan ajal maut ini, semua orang tahu, ia adalah urusan Tuhan. Dia yang Maha Mengetahui. Saya hanya manusia biasa dan tidak tahu apa takdir saya di kemudian hari. Jodoh dengan sesiapa pun, saya tak akan tahu sebab itu adalah ketentuan-Nya. Secara peribadi, adakah Azira sendiri sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang? Macam mana nak cakap ya, tentang komitmen bagi saya, kita sebagai manusia ini tidak akan tahu bilakah masanya untuk kita rasa bersedia atau tidak. Bagi saya, kalau ada, saya terima. Maksudnya, kalau ada, adalah.Saya pun terbuka. Cuma, tak adalah sampai kirnak akhiri kehidupan sebagai seorang wanita bujang itu sekarang. Tapi, kalau betul jodoh itu sudah sampai, maka siapalah saya untuk menghalang bukan?

Tapi ramai yang dah mula bercakap bau nasi minyak awak dengan Sharnaaz ini macam dah dekat-dekat. Macam mana pula itu? Saya tak boleh cakap…. Sekali lagi saya tekankan. Soal jodoh itu di tangan Allah SWT. Kalau saya cakap ini, kedengarannya agak klise. Tapi memang betul, saya nak fokus pada diri sendiri dahulu dan kerjaya. Banyak lagi perkara dalam hidup yang belum saya capai. Ada lagi impian yang belum dikecapi. Azira sebelum ini juga pernah ada kekasih yang bertahun-tahun lamanya bercinta, namun tidak pula mengumumkan status sama ada sudah single atau tidak selepas ura-ura sudah putus sebelum ini. Komen? Apa yang boleh saya katakan, mungkin persahabatan saya dengan si dia yang lalu itu cuma setakat itu sahaja. Sebab itulah saya cakap, sekarang nak fokus pada diri sendiri dulu dan kerjaya. Adakah bila Azira rasa dah capai semua impian kerjaya itu kemudian barunak fikir soal kahwin? Terus-terang, kalau dah sampai jodoh itu saya okey saja. Tak ada nak katakan tak nak atau apa. Kalau ada, ada. Saya ini dah sampai tahap begini dah nak cakap pasal kahwin. Logiknya, saya sudah meningkat usia, tentulah saya pun ada terfikir nak kahwin. Tahun ini umur saya dah masuk ke angka 31 tau. Sumber, Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.