Rindu isteri punya pajeri nenas, rupanya ini jadi punca Shuib boleh hilang 8kg berat badan

artis

Setiap kali menjelang Ramadhan atau sambutan hari raya, air tangan isteri merupakan sesuatu yang paling dirindui oleh suami dan anak-anak. Juadah kegemaran yang dihidangkan oleh isteri kita mungkin tidak sama dengan air tangan orang lain. Begitulah apa yang dirasai oleh Pelawak Shuib yang terpaksa menjalani Ramadhan pertama tanpa bidadari di sisi. Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memberitahu hal berkaitan makanan antara yang paling membuatkan dia sering terkenang akan isterinya.

“Pernah juga ibu mentua masakkan pajeri nenas baru-baru ini, saya tak boleh makan sebab teringatkan. Itulah yang selalu dia masakkan untuk kami sekeluarga,” Dalam pada itu, Shuib berkata, selera makan yang masih tidak menentu menyebabkan berat badannya semakin menurun dari 68 kilogram kepada 59 kilogram sekarang ini. “Saya jumpa pajeri nanas masakannya… Apabila ternampak saya jadi sebak, 10 tahun saya makan masakan itu”. Selain itu, Shuib turut berkongsi rasa sebak apabila terjumpa pajeri nenas kesukaan yang dibuat oleh Allahyarhamah ketika membersihkan peti sejuk beberapa bulan lalu. Menurutnya lagi, dia tidak menyangka tidak dapat merasai lagi juadah tersebut selepas 10 tahun bersama.

Namun, demi anak-anak, Shuib berkata, dia cuba memaksa diri untuk makan agar kesihatannya tidak terjejas. “Keluarga saya selalu pesan supaya makan agar tidak sakit demi anak-anak. Saya paksa diri makan tetapi tidaklah terlalu berselera. Memetik temubual Portal Murai.my kepada Siti Sarah ketika hayatnya, bekas penyanyi itu memberitahu menu kegemaran suaminya semasa di bulan Ramadhan. ”Suami Sarah ni agak demanding sikit jadi ada specifik lauk yang dia nak especially Pajeri Nenas. Sama ada beli atau masak sendiri menu tersebut mesti ada di bulan Ramadan. Untuk anak-anak pula, Sarah akan pastikan ada ganjaran untuk mereka seperti bertanyakan menu yang mereka inginkan sebagai ganjaran buat mereka” Sumber, Mstar

Status Rumah Tangga Masih Lagi Belum Terjawab, Tular Dah Kahwin Lain Tapi Ini Jawapan Shuk Sahar. Shuk akui hubungannya dengan Rossa Sera masih tergantung. Konflik rumah tangga Shuk Sahar masih belum berkesudahan apabila pelawak itu kali kini didakwa sudah berkahwin dengan kekasihnya iaitu Fara Salleh. Tampil menjelaskan dakwaan tersebut, Shuk, 36, berkata, dia perlu menyelesaikan hal rumah tangganya dahulu jika mahu berkahwin lain.

“Belum berkahwin. Pada saya, kalau nak buat apa pun (kahwin lain) saya perlu selesaikan satu persatu isu yang ada dahulu. Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana. Jadi, saya sedang aturkan yang terbaik. Bukan untuk kehidupan saya, tetapi untuk semua pihak, daripada semua sudut, keluarga dan anak-anak. Doakanlah yang terbaik sebab saya pun dah penat nak cakap itu dan ini,” kata Shuk. Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu ditemui di gerai minuman Semooth sempena Fiesta Ramadan di Aeon Big, Seksyen 23, Shah Alam pada Ahad. Sebelum ini, timbul dakwaan Shuk sudah berkahwin dengan Farah selepas wanita itu berkongsi video kemesraan mereka di TikTok. Malah, isteri kepada Shuk juga pernah memuat naik video dia berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada Mac lalu yang menimbulkan spekulasi mengenai perpisahan mereka.

Dalam pada itu, Shuk memberitahu dia sudah serik untuk memberi penjelasan setiap kali isu mengenai dirinya tular di media sosial. “Bila saya cakap begini, orang kata saya nak berlakon jadi mangsa. Bila saya mengaku salah, orang kata saya bangga pula dengan kesalahan yang dibuat. Jadi saya nak jawab macam mana lagi? Itu sebab saya cuma minta semua orang doakan yang terbaik saja. Tapi pasal kahwin itu, memang betul saya belum berkahwin lagi. Kalau dah kahwin, saya akan jemput. Benda baik kenapa tak jemput. Tapi buat masa sekarang, saya punya perancangan hidup itu lebih kepada nak fokus bisnes. Tak fikir pun dasal hal lain,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai hubungannya dengan anak-anak, kata Shuk, dia tidak pernah melupakan kedua anaknya iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2 meskipun mereka kini berada di Sabah. “Saya memang kisah tentang mereka. Saya pun ada berhubung cuma yela, masa saya dengan anak-anak memang kurang la sebab salah satunya mereka kini berada di Sabah. Kebanyakkan masa pun anak-anak dengan Sera. Dari segi kebajikan anak-anak memang Sera jaga anak-anak dengan cukup baik,” ujarnya. Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan dua anak perempuan. Sumber, Mstar

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.