Mengadu tak puas hati baju melayu Wak Doyok, kini Wak Doyok sendiri tampil balas balik

Viral

Baru-baru ini, viral sebuah video yang memaparkan seorang pelanggan lelaki meng.4muk dengan pelakon dan pempengaruh, Wak Doyok selepas menerima warna dan saiz baju melayu yang salah. Menurut Wak Doyok, 42, dia ‘aware’ dengan rakaman ketidakpuasaan hati yang dimuat naik di media sosial. Bagaimanapun, dia menyifatkan ‘sikap suka viral’ ini keterlaluan kerana kesalahan bukan sepenuhnya dari pihak ‘headquarters’ atau ibu pejabat.

Kata pemilik nama Mohd Azwan Md Nor, pelanggan seharusnya bijak dalam membeli dan berurusniaga agar tidak timbul isu kemudian hari. Kadang-kadang customer ni, minta baju yang dia pun tak tahu ukur badan dia. Saya dah bagi measurement, tapi dia tak ukur dan mungkin dia ingat baju Melayu sama dengan ukuran baju kemeja. Bila dia ambil yang body fitted sikit, itu yang jadi macam tu. Bila dia hubungi HQ, kena tunggu turn sebab terlalu banyak mesej yang masuk.

Kalau dia tak puas hati dan datang sendiri ke HQ, bawalah jangan nak viralkan. Daripada sudut positifnya, kedua-dua parti ada keuntungan, sales naik, WhatsApp masuk tak henti-henti macam meter air! Bulan baik settle betul-betul. Sekarang ni platform nak bergaduh semua guna media sosial. Wak Doyok ditemui di butik vendor popular Starvilion Shah Alam yang hadir untuk mempromosikan happy hour ‘Baju Melayu Wak Doyok’ pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, ikon fesyen Malaysia bersyukur kerana tahun ini dapat menjual secara ‘all out’ tanpa kerisauan dan dijamin harga tak ‘cek.1k drh’. Tahun lepas memang terkesan sangat sebab kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama untuk peniaga yang tidak meniaga secara atas talian (online). Kesian la modal dah keluar, tapi tak boleh nak jual. Video, klik link

Tapi tahun ini memang ‘all out’ dari awal hingga akhir Ramadan. Bukan saja saya meniaga baju melayu koleksi tahun ini, ada juga penghabisan stok tahun lepas yang dijual dengan harga diskaun. Koleksi baju raya saya memang tak mahal, pelanggan tak akan rasa terbeban untuk beli dengan situasi sekarang. Sumber, Video Marcell Angkong & OH BULAN

Aisar Khaled Kali Ni Teruk Dikritik Oleh Warganet Lepas Muat Naik Content Tayang Duit, Sekali Komen Wak Doyok Paling Win

Sebut saja nama Aisar Khaled, pasti ramai mengenali influencer kontroversi itu. Apa saja konten yang dibuat pemuda itu pasti akan menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini, Aisar ada memuat naik content terbaru di akaun Tiktok miliknya memaparkan kehidupan sebagai orang bujang. Bagaimanapun, Aisar sekali lagi dikritik oleh wargaet yang kurang senang dengan konten tersebut. Mana tidaknya, menerusi video itu Aisar seolah sedang mengeluh ketika membuat peti sejuk di rumahnya dan ada sebiji telur. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila peti sejuknya itu dipenuhi dengan bungkusan duit RM1. Bukan itu saja, dia kemudian mahu mengambil kasut dan membancuh teh, namun memaparkan banyak longgokan duit.

Perkongsian Aisar itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang mengkritik tindakan pemuda itu seolah menunjuk-nunjuk. Video itu turut dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan menulis kapsyen menyindir Aisar bahawa pemuda itu akan membuat permohonan maaf seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini. Dalam pada itu, ada segelintir warganet tidak faham apa sebenarnya motif di sebalik video itu. Malah, ada yang menegur tindakannya itu boleh mengundang bahaya lebih-lebih lagi jika ada individu yang berniat jahat. Dalam pada itu, Wak Doyoh ada tinggalkan satu komen seolah menyindir “Kena kritik mintak maaf, tunjuk solat. Pastu buat lagi mintak maaf tunjuk solat. Begitulah seterus nya sampai abg jamil mmps..” tulis Wak Doyoh. Apa kata anda, Kongsikan bersama kami.

Aisar Khaled mohon maaf terlajak perbuatan. Pelakon dan pempengaruh, Aisar Khaled tampil memohon maaf selepas tindakannya menjadikan pemergian Siti Sarah sebagai kandungan dalam video YouTube. Permohonan maaf itu susulan warganet mempertikai serta mengkritik kerana tidak memikirkan sensitiviti serta kesedihan yang ditanggung keluarga arwah. Dia juga akhirnya memadam video terbabit. Dalam kenyataannya, dia mengakui sangat menyesali tindakan itu kerana tidak berfikir panjang mengenainya.

“Saya sudah pun padam video terbabit. Saya minta maaf sangat-sangat atas tidak berfikiran jauh sebelum memuat naik video terbabit. “Oleh hal demikian, saya tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Minta maaf lagi sekali, sedar kesilapan saya,” katanya. Menerusi videonya itu, Aisar dilihat turun dari kereta dinaikinya dan meluru ke arah pagar pusara tempat Siti Sarah diuruskan . Namun, dia kemudian berpatah balik berjalan ke kereta semula. Penularan video terbabit sekali gus mencetuskan kemarahan ramai. Rata-rata warganet menyifatkan tindakannya itu sangat biadap serta menangguk di air keruh. Video berkenaan juga meraih jumlah tontonan lebih 90,000 selepas empat jam dimuat naik. Ia juga mendapat lebih 10,000 tanda suka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.