Siti Bainun datang temubual di WHI, sekali ini jawapan Uyaina lepas tular rakaman tersebut

Viral

“Sedih bila kenang balik m.oment’ ini. Meny.esal pun ada,”. Demikian komen pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad di video siaran program Wanita Hari Ini WHI siaran 30 Julai 2020 yang dimuat naik pengguna TikTok di platform itu. Komen Uyaina itu mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada warganet.

“Awak cuma buat kerja awak. Jangan risau. Kita tak tahu benda nak jadi,” tulis satu warganet membalas komen Uyaina. Dalam video itu, Uyaina yang bertindak sebagai pengacara program WHI menemubual pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang hadir sebagai tetamu jemputan di episod yang membincangkan topik Berkorban Apa Saja itu. Antara soalan yang diajukan adalah bagaimana Bainun mengenepikan segala t.ohmahan yang dilemparkan kepadanya.

“Tetapi, untuk kekal istiqomah, kekal konsisten melakukan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan sekarang ini sebab bisikan sy.aitan itu nyata. Tapi, bagaimana sebenarnya Bainun mengenepikan segala tohmahan, kata-kata negatif dan buruk yang dilemparkan kepada Bainun?. Dan untuk memastikan yang anak-anak jagaan Bainun ini juga masyarakat yang mendapat kebaikan daripada perbuatan Bainun ini terus dapat dijaga?” katanya.

Bainun kemudiannya menjawab pertanyaan itu dan memaklumkan bahawa ramai yang menyokongnya. “Kalau ada tohmahan, mesti ada orang yang sokong. Ramai orang yang sokong saya, yang sokong apa yang saya buat. Jadi, kenapa saya nak kena fikir apa yang orang cakap. Kekuatan saya, anak-anak saya. Anak-anak saya yang Orang Kurang Upaya, setiap kali bangun pagi, senyum. Nak tidur, senyum. Takkanlah saya nak s.edih. Pagi-pagi saya bangun, saya cari dia. Tidur dengan saya. Itu kekuatan saya pagi, petang, siang, malam. Kalau saya tak tengok muka dia, tak boleh,” katanya. Pada ketika itu, Bainun juga menjelaskan mengenai tiga anak-anak Orang Kurang Upaya di bawah jagaannya termasuklah remaja perempuan Si.ndr.0m D.0wn, Bella yang disahkan sebagai m.gsa d.era. “Bella, Tulus, Jiwa. Bella saya baru ambil tiga minggu lepas,” katanya. Sumber, Online Malaya

Isteri Meronta Ronta Tahan Sakit, Raja Syahiran Sebak Sampaikan Rasa Diri Tak Berguna

Syahiran tidak dapat menahan sedih melihat isteri dalam keadaan sakit. Sedih melihat isteri, Uyaina Arshad menahan sakit selepas pembedahan apendiks dan keradangan pada rahim, penyanyi Raja Syahiran juga merasakan seperti dirinya tidak berguna. Menurut Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 29, dia berharap kesakitan yang ditanggung Uyaina itu dapat dipindahkan kepadanya. “Memang sedih apabila melihat isteri meronta-ronta tahan sakit, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk bantu. Hanya mampu berdoa sahaja. Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung. Saya rasa diri macam tak berguna kerana tidak boleh membantu,” katanya.

Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung

Uyaina menjalani operasi apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Isnin lepas. Bagaimanapun dia terpaksa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami keradangan pada rahim. Uyaina yang kini sedang hamil anak pertama sudah dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan berehat selama dua minggu.

Usia kandungan Uyaina hampir memasuki empat bulan.

“Syukur isteri dan kandunganya sihat dalam keadaan baik sekarang ini dan doktor nasihatkan supaya berehat selama dua minggu. Selepas melihat keadaan isteri barulah saya faham bagaimana perasaan seseorang yang kita sayang dalam keadaan sakit namun tidak boleh berbuat apa-apa,” ujarnya. Untuk rekod, Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu. Minggu lalu Uyaina berkongsi berita gembira dirinya dirinya sedang hamil dan meluahkan rasa teruja menyambut Ramadan pertama sebagai pasangan suami isteri. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.