Ada yang jual nasi arab siap tumpang nama Chef Ammar, kali ni Chef Ammar sendiri yang tampil beri komen

Viral

Perniagaan nasi arab Chef Ammar nampaknya menerima sambutan sangat menggalakkan dari orang ramai di bulan Ramadan kali ini. Mana taknya, ramai yang sanggup beratur berjam jam meredah hujan panas demi merasai air tangan chef terkenal itu. Walaubagaimanapun, tular satu video menunjuk kan ada individu yang menggunakan ‘brand’ Chef Ammar demi keuntungan perniagaan nya.

“Wow nasi Chef Ammar, kat Kedah pon ada”

Perk0ngsian @Alice Amoi di Tiktok mendapat kritikan ramai yang menyifatkan ‘marketing’ yang dibuat adalah semata-mata untuk ‘menguntungkan’ perniagaan sendiri dengan menggunakan ‘brand’ Chef Ammar yang kini menjadi kegila an ramai.

“This is not Chef Ammar food, pleaselah jangan guna nama saya”

Walau bagai mana pun, ternyata empunya perniagaan telah ‘datang’ sendiri ke video ini dan memberitahu umum bahawa nasi arab yang dijual bukan miliknya dan berpesan untuk tidak menggunakan nama nya sebagai stau strategi ‘marketing’.

“Alamak kan Chef Ammar dah komen”

Menjengah ke ruangan komen, rata rata warganet turut tak bersetuju dengan tindakan empunya video yang ‘menumpang’ nama Chef Ammar untuk menaikkan perniagaan ini. Walau bagaimanapun, mereka menegur empunya video untuk menukar kapsyen dan menjelas kan keadaan sebenar agar tidak berterusan dihentam warganet.

LAGI DUGAAN CHEF AMMAR, KALI INI RAMAI PEGAWAI KESIHATAN DATANG KE GERAI BAZAAR STADIUM SHAH ALAM

Sejak awal Ramadan lalu, nama Chef Ammar Ali menjadi popular kerana tular pelbagai kejadian yang berlaku di kedai Nasi Arab Bazar Ramadan Stadium Shah Alam. Antaranya dia telah menghadkan pembelian setiap seorang dan memberikan nombor supaya mereka tidak beratur terlalu lama namun gagal mendapatkan juadah.

Malah ada pelanggan yang bergaduh gara-gara tidak berpuas hati insiden potong giliran dan menjual semula menu itu dengan harga tinggi. Ada netizen juga berpendapat kenapa pelanggan sanggup beratur berjam-jam di bulan Ramadan sedangkan gerai Chef Ammar dibuka 11 bulan lagi di Subang.

Apa pun, sambutan yang luar biasa terhadap nasi Arab itu pastinya memberi keuntungan yang berlipat kali ganda untuk tukang masak asal Plst.1n itu memandangkan kedainya menjual dua menu dengan harga RM25 dan RM50. Hari ini tular di media sosial satu video dimana Chef Ammar memberitahu gerai di Bazaar Ramadhan USJ 4 terpaksa ditutup kerana telah dishr. Pengakuan Chef Ammar itu menyebabkan para pengguna media sosial meluahkan rasa simpati dengan apa yang berlaku.

Ini kerana mereka mengikuti kisah Chef Ammar pasti tahu perjuangannya dalam menjadi tukang masak sehingga sanggup berhenti kerja dan memberikan fokus kepada perniagaan sendiri demi memastikan semua orang dapat merasai juadah yang berkualiti. Mereka juga turut berasa geram dengan sesetengah pihak yang masih mempercayai perkara-perkara khurafat ini hanya kerana dengki dengan kejayaan orang lain.

Gerai Stadium Shah Alam Disaman?

Lagi dugaan Chef Ammar di bulan Ramadhan. Hari ini tular satu video yang dikongsikan oleh pengguna Tkt0k bernama @muhammadfaridabas. Menurut video tersebut kelihatan beberapa orang yang memakai jaket dari Jabatan Kesihatan berjumpa dengan Chef Ammar. Dikatakan Chef Ammar telah dikompaun tetapi atas sebab apa tidak dinyatakan dalam video. SUMBER: Redaksi

Leave a Reply

Your email address will not be published.