Kali ni ramai puji Chef Wan, rupanya ini yang dia luahkan tentang anak menantunya

Viral

Kedatangan bulan Ramadan penuh berkat membuka lembaran baharu buat Datuk Chef Wan dan anaknya, Serina. Biarpun seakan-akan bergeser pandangan sebelum ini, Chef Wan dalam hantaran terbaharu di Instagram berkongsi kisah terbaharu anak dan menantunya itu. Kata Chef Wan, biarpun tidak dapat memenuhi undangan berbuka puasa bersama-sama namun beliau tidak lokek untuk membantu meringankan beban anak menantunya yang baru berpindah rumah baharu.

“Anak perempuan dan menantu saya berbula puasa di The Linc (restoran Chef Wan). Saya tak dapat bersama mereka kerana tuntutan kerja namun sempat meluangkan masa bersama Serina di mahkamah pagi itu. Mereka baru saja membeli sebuah rumah di Perlis dan sekarang sedang diubah suai. Saya telah memberikan sejumlah wang untuk membantu menyiapkan dapur dan mahu membelikan satu set sofa untuk ruang tamu,” kongsinya.

Dalam pada itu, Chef Wan turut memuji sikap berbudi bahasa menantunya itu yang disifatkan tidak angkuh. “Menantu kali ini tak ‘b*ngs.4t’ senang diajak berbicara. Bukan sombong atau orang putih kata a d*ck head! Mana saya nak bantu saya bantulah, lagipun anak dan menantu sendiri. Saya tak boleh tahan dengan orang yang ego salah tempat. Saya jenis yang suka memberi dan bermurah hati. Tapi tegas dan jangan kurang ajar dan biadab. Nanti saya tahu nak ajar manusia-manusia macam tu,” tambah Chef Wan lagi.

Perkongsian Chef Wan itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang turut tersentuh dengan kemuliaan hati beliau.”Kamu bapa dan mentua yang ramai mahukan. Kaya, popular tapi masih membumi.”Tengok tu, Chef Wan walaupun marah pada awalnya pada Serina dan menantu akhirnya dia jugalah yang datang membantu. Ini sifat ayah yang baik. “Syukur Serina bertemu jodoh yang baik. Kasih sayang seorang ayah. Takkan serik kan. Dia buat yang terbaik kalau bab anak-anaknya,” demikian coret beberapa pengguna di ruang komen. Sumber, Gempak

“Berani buat berani tanggung!” – Rupa-rupanya dari awal Chef Wan dah ‘warning’ suami Serina cakap jujur tentang status perkahwinan

Chef Wan berharap menantunya, Aidid bersikap jujur supaya tidak menimbulkan prasangka buruk. Pengakuan suami kepada Serina Redzuawan, Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin mengenai perkahwinan mereka tidak diketahui bekas isterinya mendapat perhatian bapa aktres itu iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Chef Wan yang juga cef selebriti terkenal berkata, Aidid sepatutnya lebih awal berterus terang mengenai situasi sebenar agar tidak menimbulkan prasangka buruk seperti yang sedang berlaku sekarang.


Chef Wan berkongsi paparan skrin artikel mStar pada Isnin.

“Akhirnya bekas suami buka mulut beritahu kebenaran. Sebab itu dari awal saya dah nasihat jangan bermain api depan-depan dia di rumah saya. Saya akan tahu semua ini secepat yang anda fikirkan. Saya lihat wajah dia dan berkata ‘tolong jangan tipu saya jika anda sudah bercerai atau tidak dengan isteri pertama’. Kalau anda tidak gembira dan tiba masa untuk teruskan hidup, saya faham tapi saya tidak mahu terlalu fikirkan masa lalu anda sebab ia bukan urusan saya untuk buat andaian atau bersangka buruk seperti orang di luar sedang lakukan,” tulisnya di Instagram pada Selasa.

Chef Wan turut memuat naik paparan skrin artikel mStar pada Isnin berhubung pengakuan Aidid mengenai status sebenarnya ketika berkahwin dengan Serina. Menerusi artikel tersebut, Aidid mengaku berkahwin dengan aktres tersebut ketika masih bergelar suami orang, namun menafikan dakwaan bahawa Serina menjadi punca perceraiannya dengan bekas isteri pertama Nur Hamizah Shaffee, 34.

Sangat menarik bila terlalu ramai orang bodoh yang hanya pandai berkata-kata.

Sebaliknya, kata Aidid hubungan perkahwinan yang dibina dengan wanita itu sudah lama retak menunggu belah dan dia juga sudah tawar hati dengan bekas isterinya itu. Dalam pada itu, cef terkenal berusia 63 tahun ini berharap apa yang terjadi kepada keluarganya itu dapat memberi pengajaran kepada orang ramai.



Hamizah (kiri) sempat bermadu dengan Serina sebelum diceraikan oleh Aidid pada 9 Mac lalu.

“Itu sebab Allah suruh jadi bapa dan ibu kena bertanggungjawab fasal anak kita. Biarpun buat silap tetap kita mengaku silap! Pengajaran untuk semua! Tidak perlu sikit-sikit aibkan keluarga bapa mereka la. Sedangkan saya la mangsanya di sini dimakikan orang. Ya, saya cakap memang kasar! Untuk orang yang layak menerimanya. Berani buat berani tanggunglah. Biarlah berlaku jujur dan jika salah mohon sahaja maaf. Sangat menarik bila terlalu ramai orang bodoh yang hanya pandai berkata-kata. Tak kena batang hidung anak masing-masing senanglah cakap! Padahal berapa kali kita dengar cerita yang sama berulang kali mengenai lelaki yang nak kahwin isteri kedua atau ketiga pun sama cerita atau penipuan yang lebih kurang sama pada akhirnya memalukan kita sebagai ibu bapa,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Serina menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan dia sudah bernikah dengan Aidid namun pengumuman tersebut mengejutkan bapanya, Chef Wan yang tidak mengetahui perkara. Kemudian, seorang wanita bernama Nur Hamizah muncul membuat pendedahan secara eksklusif kepada mStar pada Ahad lalu mengatakan dia dipisahkan pada 9 Mac lalu dan Aidid masih bergelar suaminya yang sah ketika berkahwin dengan Serina. Susulan itu, pada Isnin, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata polis sudah membuka kertas siasatan yang diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan Aidid sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.