Salah seorang bayi kembar pergi buat selamanya, Cristiano Ronaldo tampil dedahkan satu berita duka

Viral

Pesohor bola sepak Cristiano Ronaldo menyampai khabar duka. Dia dan pasangannya, Georgina Rodriguez telah kehilangan salah seorang anak kembar mereka yang baru dilahirkan. Ronaldo membuat pengumuman bayi lelakinya telah pergi buat selamanya melalui akaun media sosialnya.

“Dengan rasa berat hati dan sedih kami terpaksa mengumumkan bayi lelaki kami telah pergi buat selamanya. Ini adalah kelukaan terdalam yang dirasakan oleh para ibu bapa,” tulis pemain Manchester United dan Portugal ini. “Anak lelakiku, anda adalah malaikat kami. Kami menyayangimu,” tambahnya lagi.

Beliau kemudian mengatakan kelukaan dan kesedihan yang dialami mereka berdua sedikit disembuhkan dengan kehadiran bayi perempuan yang merupakan kembar yang selamat. “Kelahiran bayi perempuan kami memberi cahaya, kekuatan dan harapan serta kebahagiaan buat kami,” katanya lagi. Sambil berterima kasih kepada semua pihak termasuk barisan doktor, Ronaldo mengatakan mereka memerlukan privasi untuk melewati waktu sukar yang sedang dialami. “Kami sangat berdukacita atas kehilangan kami. Kami meminta semua pihak memahami dan memberi kami ruang serta privasi untuk melalui detik sukar ini,” pintanya.

Pada Oktober lalu, pasangan ini mengumumkan sedang menantikan kelahiran sepasang kembar. Kemudian pada bulan Disember, mereka memaklumkan akan menyambut bayi kembar lelaki dan perempuan.Untuk rekod, anak sulung Ronaldo, Alana Martina dilahirkan pada tahun 2017. Beliau juga sudah memiliki sepasang anak kembar iaitu Eva dan Mateo yang dilahirkan melalui proses ibu tumpang pada tahun sama.Beliau juga mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 11 tahun, Cristiano Jr. namun identiti wanita yang menjadi pasangan Ronaldo sebelum ini tidak pernah diumumkan. Sumber, Gempak

Ronaldo mahu tinggalkan Old Trafford lebih awal?

Cristiano Ronaldo mungkin memendekkan kepulangan keduanya di Manchester United selepas dilaporkan semakin kecewa dengan keadaan semasa di Old Trafford. Bintang Portugal itu membuat kepulangan sensasi ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 12 Ogos lalu selepas tinggalkan United untuk menyertai Real Madrid menerusi perpindahan bernilai 80 juta pound (RM455 juta) ketika itu.

Penampilan semula pemain berusia 37 tahun itu bermula baik apabila dia meledak lima gol dalam empat perlawanan pertama, namun United bergelut dengan prestasi menyebabkan keterujaan Ronaldo untuk kekal semakin hilang. Menurut akhbar, pemilik lima gelaran Ballon d’Or itu serius mahu tinggalkan kelab buat kali kedua sebelum kontrak dua tahunnya berakhir musim panas 2023.

Ronaldo dikatakan terkesan dengan kemerosotan prestasi United, yang menyaksikan mereka ketinggalan di belakang Manchester City, Liverpool dan Chelsea sejak sedekad lalu. Red Devils juga sudah lapan tahun tidak menjulang trofi Liga Perdana dan musim ini mereka sudah pun terkeluar daripada kedua-dua piala domestik – Piala FA dan Piala Liga, selain 21 mata ditinggalkan City dalam Liga Perdana.

Sementara itu, pengendali sementara United, Ralf Rangnick enggan bersemuka dengan Ronaldo yang dikatakan ‘merajuk’ selepas tidak diletakkan dalam kesebelasan ketika seri 1-1 menentang Burnley, Rabu lalu. Ronaldo terus meluru ke terowong sejurus tamat permainan selepa gagal memberi impak apabila masuk pada suku terakhir permainan. “Seperti yang kita semua tahu, Ronaldo sudah berusia 37 tahun. Saya rasa dia sendiri tahu apa yang patut atau tidak patut dilakukan, dan apa yang perlu dibuat. Fokus kami adalah kepada perkara yang boleh kita kawal,” kata Rangnick. Sumber, AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published.