Gara gara nasi arab Chef Ammar, warganet terkejut pelanggan sanggup beratur tengah hujan

Viral

Nama Chef Ammar sering disebut-sebut sepanjang bulan puasa ini. Antara cerita viral yang melibatkan Chef Ammar adalah isu harga makanan yang dijual, isu beratur panjang sehinggalah isu reseller Nasi Arab Lamb Shank di Bazar Ramadan Shah Alam.

Selain dari isu-isu di atas, ada juga isu sanggup beratur tengah hujan sebab nak beli nasi arab. Sebenarnya min tak pasti betul-betul ini memang gerai Chef Ammar atau gerai lain, tapi menurut @mnmuhammadfaridz gerai Chef Ammar lah. Korang tengok video kat bawah ni sendiri.

Beratur level lain ni

Menerusi akaun TikTok @mnmuhammadfaridz, video itu telah dimuatnaik beberapa hari yang lalu, iaitu sekitar seminggu sebelum artikel ini ditulis. Namun, netizen memang sebenarnya terkejut dengan keadaan itu dan ramai yang memberikan reaksi dan pendapat masing-masing.

Lain macam ni, sanggup beratur time hujan. Min pun pelik dan terkejut gak dengan orang Malaysia yang sanggup beratur time hujan.  Min tak adanya nak beratur tak kira panas ke hujan ke apa. Kalau nampak line panjang atau cuaca tak mengizinkan, carilah tempat lain. Kita sebagai pengguna kena jadi bijak, jangan seksa diri. Kalau betul ni di gerai Chef Ammar, min tak tahu nak cakap apa dah. Sebenarnya Chef Ammar ni bukak je kedai dia setiap hari kecuali bulan puasa. Daripada nak beratur hujan panas, baik bersabar, benda boleh makan selain bulan puasa.

Harap yang beratur tu tak ada lah nak ambil kesempatan minum air disebalik mask ye. Masing-masing dah besar kan, boleh tahu perkara yang membatalkan puasa. Kalau korang lah kan, korang sanggup ke nak beratur tengah hujan macam tu? Sumber, Lobak Merah

Berjaya Kenalpasti Sesuatu, Rupanya Ini Yang Chef Ammar Buat Bila Tengah Ramai Orang Beratur

Dulu kena kritik harga ‘Tel Aviv’, sekarang nasi Arab Chef Ammar laku teruk sampai terpaksa buat peraturan ketat pada pelanggan. Selepas tular nasi beriani Chef Ammar Ali yang dikritik mahal seperti ‘Tel Aviv’, tak sangka pula kini makin ramai pelanggan yang beratur untuk mendapatkan menu nasi Arab lamb shank air tangan chef Ammar.

Bagaimanapun timbul pula isu baru apabila tular di media sosial satu video pembeli yang merungut tidak dapat membeli Nasi Arab susulan ia habis lebih awal walaupun ada yang telah beratur hampir 3 jam demi mendapatkan juadah tersebut untuk berbuka puasa. Justeru itu, tukang masak asal Palestin itu memaklumkan bermula hari ini, setiap orang dihadkan untuk membeli 4 set sahaja.

“Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15, 20, 25 pax. Saya faham ada yang beli untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat. Kami juga telah bercakap dengan pihak yang berwajib mengenai isu ini, dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana perkara ini di luar kawalan saya. Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk membeli dua pax kambing dan dua pax ayam… iaitu maksima empat pax. Ini peraturan dari kami demi berlaku adil kepada pelanggan,” katanya. Menurut Chef Ammar, pihaknya akan letak kain rentang di bazar sebagai pemberitahuan kepada para pelangan mengenai ketetapan baharu itu.

Walaupun Sibuk Tetapi Solat Tetap Diutamakan

Satu video yang tular di sosial media tiktok dimana seorang individu ini telah pergi kebelakang gerai Nasi Arab Chef Ammar di Stadium Shah Alam. Disaat dia sampai ke belakang, kelihatan Chef Ammar sedang menunaikan solat fardhu. Perkara ini mendapat pujian warganet kerana walaupun sibuk Chef Ammar tetap tidak lupa tunaikan kewajiban. Ada didalam komen dimana warganet pula mempersoalkan pelanggan yang beratur lamanya adakah mereka solat? Sumber, iwanchannel05

Pemuda Ni Datang Tegur Chef Ammar Di Bazaar Stadium Shah Alam, Sekali Rupanya Ada Sesuatu Yang Dia Mintak

Bulan puasa tahun ini jika anda perasan seperti biasa sebelum kita diperkenalkan dengan PKP. Jumlah pengunjung yang datang untuk membeli juadah berbuka puasa sangat ramai. Tidak kira di bazaar ramadan mana, memang ramai yang datang. Alhamdullilah, setelah 2 tahun peniaga kurang pendapatan tetapi tahun ini mereka dapat merasa pendapatan seperti dulu.

Tetapi satu nama yang tular sejak dari awal ramadan dan ianya tentang Chef Ammar dan nasi arabnya. Tular di media sosial baru baru ini tentang satu video dimana Chef Ammar naik angin apabila ada orang labelkan makanan dia mahal seperti harga TelAviv. Ramai yang menyokong kenyataan tersebut tetapi ramai juga yang menyokong Chef Ammar kerana produk makanan yang dikeluarkan adalah berkualiti dan bahan bahan adalah mahal premium.

“Saya tidak paksa sesiapa untuk beli. Berbelanjalah ikut kemampuan, tapi apa yang buat saya sedih dan sakit hati ialah bila mereka cakap orang Palestin jual makanan harga Tel Aviv (mahal).” Demikian luahan hati Chef Ammar Al-Ali atau dikenali sebagai Chef Ammar yang tersinggung dengan kata-kata warganet yang melabel warga Plst.1n tersebut menjual makanan Tel Aviv atau dimaksudkan sebagai terlampau mahal di Malaysia.

Ammar berkata, harga salah satu hidangan popularnya iaitu Nasi Arab lauk betis kambing (lamb shank) naik sebanyak seringgit menjadi RM50 berbanding harga RM49 pada tahun lalu. “Kita nak jual makanan, cuma lebihkan seringgit sahaja selepas ia dikurangkan daripada harga asal iaitu RM53. Selebihnya saya terpaksa tanggung (kos) kerana semua barang naik harga sebab saya nak beri semua orang merasa.” Sumber, Awattsyeikhnetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published.