Balik pun takkan boleh lawat bapa sakit, ramai yang tumpang sedih dengan luahan sebak Sajat

Viral

Beberapa hari lalu, kesihatan bapa usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berada dalam keadaan tenat. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh adik Nur Sajat, Mustika menerusi perkongsian di Instagram Storynya. Malah, ia disahkan oleh Sajat sendiri dalam satu hantaran di Instagramnya bahawa kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas lagi.

Susulan itu, ramai yang bertanyakan sama ada Sajat akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi bapanya ataupun tidak. Terbaru, Sajat tampil memperjelaskan segala persoalan berkenaan. Menurutnya, dia memutuskan untuk tidak pulang ke Malaysia disebabkan beberapa faktor. Jelasnya, dia ketika ini hanya mengambil pendekatan untuk memantau kesihatan bapanya dari semasa ke semasa. Saya tak balik, hanya tengok daripada sini je. Kalau saya balik pun tak boleh tengok. Sebab apa? Sebab i dekat ‘dalam’ nanti, sebab tu tak balik,” katanya.

Susulan daripada kenyataan itu, ramai yang bersimpati dengan nasib usahawan berkenaan. Malah, kebanyakan warganet memohon supaya Sajat mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalahnya dengan pihak berkuasa Malaysia. Terdahulu, Sajad mencetuskan kontroversi apabila diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan. Semuanya gara-gara tindakannya yang gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. Selepas itu pula, Sajad didkwa didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan. Sumber, Gempak

Ingatkan Menunjuk Dah Dapat Passport Di Negara Lain, Sekali Warganet Perasan Rupanya Bukannya Passport Yang Sajat Dapat

Kelmarin, kecoh di laman sosial apabila usahawan kontroversi, Nur Sajat memberitahu yang bapanya kini sedang sakit tenat.Sungguhpun mengakui yang dia kini sudah menerima ‘pasport’ di Australia, namun Sajat berkata dia tidak boleh kembali ke Malaysia untuk melawat orang tuanya.

Apa yang mampu dilakukan adalah mengirimkan wang dan berhubung serta bertanya khabar menerusi panggilan video. Selain itu, Sajat juga mengakui tidak sabar untuk kembali terbang bagi menguruskan bisnesnya yang sedang mekar di bumi kangaru itu.Namun, keterujaan Sajat menarik perhatian netizen apabila ada yang mendakwa, dokumen yang diterima Sajat hanyalah sekadar pas pelarian, bukan pasport.“Boleh tengok di Google pasport awak tu ada palang-palang di tepi passport, itu hanyalah pas documents perjalanan untuk Status Refugee. Kalau passport citizens lain Jat, jangan lah nak perbodoh kan orang,” tulis seorang warganet.

Begitupun, ada seorang warganet mengesahkan yang Sajat memang seorang pelarian dan sama seperti Malaysia, pelarian di Australia juga dilayan dengan layanan yang sama.“Memang dia refugee pun. Sama juga macam orang orang luar yang dibantu Malaysia. Siap ada IC merah. Takda isu apa pun pasal kerakyatan ni,” katanya. Terdahulu, Sajat kini menetap di Australia sejak tahun lalu setelah didkwa mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa. Sumber, Gempak

Bapa Tengah Sakit Tnat Di Malaysia, Sajat Dedah Kenapa Dia Tak Boleh Balik Malaysia Dan Ini Yang Dia Minta

Bapa usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kini berada dalam keadaan tenat. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh adik Nur Sajat, Mustika menerusi perkongsian di Instagram Storynya hari ini. “Minta semua doakan ayah saya, ayah dah makin tenat,” tulisnya ringkas. Sementara itu, Nur Sajat dalam satu hantaran di Instagramnya mengesahkan bahawa kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas lagi.

“Minggu lepas lagi ayah tak sihat, Sajat kat sini ‘video call’ dan dapat kirimkan duit belanja untuk keluarga.“Apa-apa pun, Kak Long dan Mak selalu ‘update’ pasal hal ayah saya. Doakan baik-baik untuk keluarga saya. Harap semunya okey,” tambahnya. Dalam pada itu, dia memaklumkan tidak boleh balik ke Malaysia walaupun sudah menerima passport untuk terbang keluar daripada Australia. “Terima kasih kerajaan Australia. Akhirnya dapat passport saya. OMG gembira dapat terbang ke awan biru, now Sajat bolehlah terbang business trip dalam masa terdekat ni. Kalau nak balik Malaysia tu, memang tak boleh,” ujarnya. Terdahulu, Nur Sajat kini menetap di Australia sejak tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.