Ingatkan duit KWSP dapat hari ni tapi tiada, sekali ini cara untuk tahu tarikh sebenar duit KWSP masuk

Amalan Uncategorized

Selepas Menteri Kewangan membuat kenyataan berkenaan bayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan lebih awal berbanding jadual asal 20 April seperti diumumkan sebelum ini. Ramai yang menantikan duit mereka untuk masuk ke dalam akaun. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan mengkreditkan bayaran itu lebih awal dibuat kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan.

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini. Bagi mereka yang telah memohon pada awal bulan April bolehlah mula check akaun masing-masing esok. Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau, insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram pada Ahad malam.

Hari Ini Ramai Yang Tunggu Tapi Tiada

Hari ini penuh di media sosial dimana ramai yang menyatakan menunggu duit KWSP masuk tetapi sampai sekarang tiada dalam akaun bank. Walaupun mereka telah membuat permohonan awal untuk pengeluaran khas KWSP ini tetapi masih tiada dalam akaun bank mereka. Rupanya ada cara untuk lihat bila tarikh sebenar akaun mereka akan terima duit KWSP. Bayaran akan dikreditkan secara berperingkat. Login I-Akaun, Klik Pengeluaran. Klik Sejarah Pengeluaran. Pilih Pengeluaran Khas. Klik perkataan Pengeluaran Khas. Baru nampak tarikh pembayaran. Semoga maklumat ini dapat membantu anda semua. Sumber, AwatttSyeikhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published.