Nurse tampil dedah keadaan sebenar Bella saat dalam wad, sekali ini yang dia cakap buat ramai sebak

Viral

Kisah akan seorang remaja sindrom down Bella, yang didkwa did.3ra oleh pengasas Rumah Bonda pastinya sangat menyentuh hati ramai. Sejak hari pertama kes tersebut terbongkar sehinggalah hari perbicaraan menjadi perhatian ramai yang rata-rata mahukan keadilan buat insan istimewa itu.

Nurse kongsi ketika Bella di wad

Terbaru, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Miss Syaza memuat naik rakaman semasa Bella berada di jagaannya selepas dapat membebaskan diri dari rumah yang dianggap ‘n.3raka’ itu. Dalam video tersebut dapat dilihat beberapa rutin yang dikongsikan oleh Miss Syaza yang merupakan jururawat menjaga Bella pada ketika itu. Menurut Miss Syaza, Bella seorang yang baik namun kadang kala dia agak takut-takut malah tidak boleh dengar bunyi bising. Bukan itu sahaja Bella juga akan menjerit setiap malam dan tidak dapat tidur dengan lena.

Bella juga dikatakan seorang yang suka membantu malah perhatian lebih sepanjang berada di wad berkenaan. Malah, Miss Syaza juga mendoakan agar ada keadilan buat insan istimewa itu malah sentiasa akan mendoakannya. Difahamkan, rakaman tersebut diambil sewaktu Bella berada dia bawah jagaannya malah merupakan video yang telah lama disimpan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat perkongsian tersebut. Mereka juga berharap ada keadilan buat adik Bella. Sumber, Redaksi

Baru Ja YAM Che Puan Besar Khaleeda Mahu Bela Nasib Bela, Kini TMJ Tampil Terus Ambil Tindakan

Baru baru ini tular media sosial tentang kes pend3raan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom down yang dikenali sebagai Bella terus ‘hangat’ diperkatakan.Kalini, kes tersebut telah pun mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief). Perkara itu diumumkan Tunku Ismail sendiri menerusi satu posting di Facebooknya. Menurut Tunku Ismail, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran berkenaan.

Katanya lagi “Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes pend3raan Bella. “Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya.Jelas Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.

Terdahulu isteri Tunku Ismail YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam berazam akan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk membela nasib remaja Sindrom Down, Bella. Menerusi laman sosial Instagram, Che Puan Khaleeda berkongsi luahan rasanya terhadap malang yang menimpa Bella untuk tatapan umum. Jelas beliau, tindakan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dianggap pengecut kerana merasakan dirinya boleh terlepas daripada perbuatan keji yang telah dilakukan. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.