Peguam teruk kena kritik, kali ni giliran Nabilaa Huda pula mula tampil bongkarkan satu cerita pasal peguam tu

artis

Kes mahkamah yang melibatkan anak istimewa kurang upaya bernama Bella dengan orang kena tuduh iaitu Siti Bainun mendapat perhatian ramai. Ianya turut meraih perhatian para selebriti tanah air dan ini termasuklah pelakon dan pengacara terkenal Nabila Huda. Melalui satu hantaran, Nabil Huda meluahkan rasa kurang senangnya dengan para peguam yang sanggup bergambar dengan anak guam. Bukan itu saja, ada yang buat tanda peace dan juga mini love. “Wow, boleh mereka (peguam) tu ambil gambar dan buat tanda tangan peace serta mini love.” Selain itu, di satu hantaran Instagram dengan akaun Jabatan Warganet negara, Nabila Huda telah menulis komen yang agak pedas kepada peguam yang mewakili Siti Bainun.

Anak kepada Amy Search ini secara terbuka melabel peguam berkenaan sebagai sukaka glamour dan dah bta tak nampak yang betul dan yang mana tak betul. “Gil4 glam. Mana kes viral, dia akan muncul, dan akan mencuba nasib. Sampaikan matanya dah menjadi bta untuk nampak mana satu betul atau salah. Memang kelas bawahan.” “Semoga kita semua dijauhilah daripada perangai bvruk seperti ini. Doakan untuk Bella. Harap mereka yang terlibat akan kena bal4san.” Selain itu, didapati juga, pengacara popular iaitu Awal Ashaari turut menulis komen yang hampir serupa. Ini tulis Awal Ashaari: “Gla glam, memang legit dan certified.” Baca komen penuh dari Nabila Huda dan juga dari Awal Ashaari di Instagram Jabatan warganet negara. Rata-rata para warganet menulis sokongan ke atas apa yang di komen oleh Nabila Huda dan juga Awal Ashaari.

Peguam tersebut juga telah menjadi salah seorang wakil kepada Orang Kena Tuduh (OKT) sehingga mendapat kecaman ramai lebih-lebih lagi tindakannya mengeluarkan beberapa kenyataan di media sosial serta dipercayai ‘koyak’ setelah dikrtik oleh warganet. Disebabkan wajahnya kerap ‘lalu lalang’ di hampir semua media sosial ketika ini, selebriti terkenal, Nabila Huda Suhaimi atau lebih mesra disapa Abil telah membuka cerita perihal dirinya yang pernah mempunyai ‘urusan’ dengan peguam wanita terbabit.

Dalam luahannya di Twitter, pengacara Melodi itu mendakwa peguam tersebut adalah individu yang mahu menyamannya sehingga mencecah RM900,000 beberapa bulan lepas. Dalam perkembangan terkini, kerabat Di Raja Johor iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isterinya iaitu Che Puan Khaleeda telah memberi sokongan padu kepada kanak-kanak bernama Bella itu. melihat posting yang mana seramai 10 peguam mewakili Siti Bainun, Tunku Mahkota Johor telah menawarkan khidmat peguam secara percuma untuk mewakili Bella. Tak tahu kena saman, tapi media dah tahu. Rupa-rupanya…

Tambah Abil lagi, ketika itu dia sama sekali tidak mengenali peguam berkenaan dan tidak tahu dirinya akan disaman kerana kenyataan tersebut hanya diketahui menerusi media. Menurutnya, dia pelik mengapa pihak media mengetahui terlebih dahulu berbanding dirinya kerana dia adalah individu yang ingin disaman.Rupanya, peguam berkenaan dipercayai menghantar kenyataan bahawa selebriti itu akan disaman kepada media terlebih dahulu daripada mengirimkan surat saman itu kepadanya. Anak kepada rocker terkenal Amy Search itu juga turut mendedahkan bukti mesej yang dikirim kepada pihak media untuk mengetahui siapakah yang memberikan kenyataan berhubung isu saman menyaman ini kerana dia sendiri tidak mengetahui perkara berkenaan.

Bukan nak burukkan keadaan, cuma rimas balik2 muka dia. Walau bagaimanapun, Abil sama sekali tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan namun sekadar meluahkan rasa ‘rimas’ apabila wajah peguam tersebut kerap kali muncul di timeline media sosialnya. Tambahnya, dia berasa trauma dengan episod hitam yang dilalui tempoh hari kerana merasakan individu tersebut cuba menabur pasir ke periuk nasinya serta mahu ‘mermpak’ hasil kerja kerasnya dengan melayangkan sam4n secara tiba-tiba. Justeru itu, Nabila Huda sempat menitipkan pesan supaya berhentilah mencari populariti dengan cara murah kerana menjadi terkenal bukan sesuatu yang mudah. Dia turut menegaskan sekali lagi yang pendedahan tersebut bukan berniat untuk menambah beban ke atas peguam tersebut tetapi memintanya untuk muhasabah diri supaya tidak mengejar hidup mewah dengan cara mudah.

Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet mengakui perasan akan sosok peguam terbabit. Mereka juga turut mengeluarkan pendapat masing-masing dan kebanyakan daripada mereka menyedari yang peguam itu memang selalu mengambil kes berkaitan selebriti serta kontroversi. Dia juga aktif di media sosial berkongsi perihal-perihal kes yang sedang dikendali dan baru-baru ini dilihat sedikit ‘koyak’ selepas tindakannya bergambar bersama OKT mendapat kritikan ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.