Terkena tempias gara gara Yasin Sulaiman, kini Yasin Senario syukur nama dah boleh naik semula siap jadi sebutan ramai

Viral

Yassin memahami situasi yang menimpa Yasin. Gara-gara memiliki nama sama, ahli kumpulan Senario iaitu Yassin berkata dia turut terkena tempias kes melibatkan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang didkwa atas pertdvhan bahan terlarang pada Mac lalu. Ketika kes itu menjadi perbualan hangat warganet, Yassin atau nama sebenar Yassin Yahya, 43, mendedahkan dia turut menerima kritikan di media sosial kerana ada yang menyangka dirinya adalah individu yang ditahan itu. Dia bagaimanapun tidak melatah sebaliknya bersyukur kerana nama kembali menjadi sebutan ramai.

“Saya rasa bersyukur kerana nama saya naik semula. Bila orang tanya, saya kata Yasin dah betul tapi itu bukan saya… saya ‘brader Yasin’, sana ‘Yasin brader’. Nama saya baru sahaja naik selepas Gegar Vaganza dan tiba-tiba nama Yasin naik lagi… saya rasa bersyukur! Mula-mula ada orang kritik sebab mereka ingat itu saya. Tapi saya tak kisah dan tak ambil hati pun. Lagipun benda ini saya dah pernah lalui. Saya ambil dari sudut positif. Saya bersyukur Allah bagi nama saya disebut-sebut,” katanya.

Yassin tak melatah dengan kritikan warganet.

Yasin ditemui ketika majlis pelancaran video muzik (MV) Suasana Di Hari Raya oleh Famili Kita di Wedding Studio, Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini. Untuk rekod, Yassin pernah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam pergad.vhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2019 dan dia juga disahkan positif g.nja ketika itu. Dalam pada itu, ahli kumpulan Sa.Ya ini menganggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku kepada Yasin yang juga merupakan rakan sepejuangannya.

Kumpulan Sa.Ya. yang dianggotai oleh Yassin dan Saiful Apek.

“Bagi saya, apa yang berlaku mungkin sebab Allah nak jentik hati dia supaya bertenang dan berehat sebab kuat bekerja. Macam saya dulu pernah rasai benda yang sama, jadi saya tahu la. Orang nampak macam musibah… tapi bagi saya sendiri, saya mencari hikmah disebalik musibah itu. Saya ambil perkara positif apa yang Allah nak berikan. Saya dah lalui, dahulu saya mengharapkan kepada makhluk, siapa nak tolong saya tapi sampai satu tahap, tak boleh berharap kepada makhluk, saya berharap kepada yang di atas (Allah),” ujarnya. Sumber, Mstar

Ramai puji isteri Yassin Senario

Pelakon dan pelawak popular, Yassin Yahya, 44, memang tidak berhajat mendedahkan isterinya, Farah Waheeda Maharidan, 43, kepada umum selepas mereka berkahwin pada 2011. Bagaimanapun, Yassin yang juga anggota Senario mengakui tidak dapat menghalang kuasa tular media sosial ketika ini apabila isterinya menjadi perbualan netizen, baru-baru ini.

“Sebenarnya itu permintaan saya untuk tidak mendedahkan mengenainya. Nak dedahkan kena ada masa yang sesuai. Sekarang masanya sesuai selepas saya masuk Gegar Vaganza (GV). Sebelum ini memang orang kenal saya tapi buat apa saya nak gembar-gemburkan mengenainya (isteri). Saya beritahu isteri, sekarang memang zaman siapa-siapa pun boleh jadi tular. Bagi saya, nikmatilah zaman media sosial sekarang. Bahaya atau tidak, kita sendiri mengawalnya. Saya tidak halang dia pun kerana semua kena merasainya,” katanya.

Yassin berkata, kuasa media sosial sekarang pun ada manfaatnya juga. Dia sendiri tidak sangka akaun TikTok yang diwujudkan secara senyap kini sudah mendadak pengikutnya. “Saya cuba buka akaun TikTok selepas saya masuk GV. Orang tak tahu saya ada TikTok dan saya cakap kepada isteri untuk lihat kuasa penangan GV. Alhamdulillah, tak sampai tiga bulan, daripada lebih 400 pengikut, sekarang sudah lebih 97,000. Yang penting kita main isu semasa dan kebetulan saja ia naik untuk saya kerana GV,” katanya.

Kemunculan Yassin dalam video di TikTok isterinya baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai. Ramai memuji kejelitaan isterinya dan ramai juga tidak tahu dia sudah berkahwin. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Aulia Zawarda, 5. Sumber, Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.