Tular rakaman teaser lagu raya Aliff Syukri berpakaian tak senonoh, Sekali ini komen daripada warganet

Viral

Memang tak asing lagi kita dengan usahawan yang penuh kontroversi ini, Kalini usahawan, penyanyi dan pelakon Datuk Seri Aliff Syukri tampil lagi dengan lagu raya terbaharu tahun ini berjudul Kepelak Kelepuk Raya. Menerusi sepotong video teaser lagu rayanya yang dimuat naik di Instagram, hampir kebanyakan komen yang ditulis warganet menunjukkan rasa kurang senang terhadap penampilan tiga penari lelaki dalam muzik video itu. Video, klik link

Kata warganet, penampilan penari lelaki yang bersongkok namun mengenakan pakaian yang kurang bersesuaian serta pergerakan tarian ‘vogue’ yang meliuk lentok seakan-akan mencabar budaya dan agama Islam.”Rosak habis dah, tarian mengarut tapi pakai songok. Memang Dato’ minta dikecam.”Macam beruk mat yeh penari aku tengok.”Apa ni, penari macam tu. Bulan Ramadan ni Dato’,. Cukup-cukuplah pening tengok Sajat. Matlamat tak menghalalkan cara, risau Allah murka bila kita reda dengan kejahilan. Maafkan saya menegur.”Untung ada orang tu tak payah puasa sebab syarat sah puasa kena berakal.”Menari eloklah pakai baju yang elok, tarian tradisi. Mesti cantik.”Ya Allah tolonglah jangan rosakkan keindahan dan kesopanan lagu raya. Lagu raya sepatutnya penuh sopan santun lagi pakaiannya, bukan macam tu,” tegur beberapa pengguna di Instagram.Untuk rekod, Aliff Syukri pernah menggunakan khidmat penari sama untuk muzik video raya tahun lalu berjudul Lala Raya.Sehingga artikel ini ditulis, teaser lagu raya Kelepak Kelepuk Raya telah dihujani lebih 4,000 komen dan 25,000 tanda likes. Sumber, Gempak

Dikritik Warganet Pakai Baju Ketat, Sekali Ini Respon Padu Dari Rozita Ibrahim. Siapa tak kenal dengan pengasas kosmetik Rozita Ibrahim ibu kepada usahawan terkenal Alif Syukri. Baru baru ini tular di mana pengasas kosmetik Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim atau lebih mesra di sapa Bonda Rozita terpalit dengan fitnah gara-gara gambar yang dimuatnaik di Instagram nya malam semalam.

Minta Orang RamaI Tak Keruhkan Fitnah

Bagi menjawab tuduhan dan fitnah segelintir pengguna media sosial yang mengatakan dia memakai pakaian ketat semasa berbuka puasa di hotel Grand Dorsett Subang Jaya, Rozita memuatnaik video bagi menjelaskan keadaan. Melihat dalam video yang kongsikan, pakaian yang dipakai oleh ibu kepada Aliff Syukri ini tidak kelihatan ketat seperti yang didakwa orang ramai. Selain video, Rozita juga menulis kapsyen bagi menjawab isu berbangkit dan minta agar orang ramai tidak mengeruhkan lagi ftnah tersebut. “Baju ni longgar, jangan keruhkan ftnah saya pakai ketat sebab gambar saya pos malam tadi dengan anak bongsu tu”. Sebab ada yang komen kata saya pakai ketat !! Ni saya tunjuk videonya !! Menjelaskan keadaan.

Insya Allah saya ada ramai guru agama saya buat rujukan, saya insya Allah masih tahu malu pada umur – penat nak menjawab. Kesihatan aman itu adalah nikmat termahal kalau cantik adalah ujian berat tentang hati masuk 60 tahun tu hujung-hujung usia. Ukhuwah sesama staf dan muslim menjadikan kami bahagia walau kami bekerja dihutan -” tulisnya. Melihat video yang dikongsikan ramai yang memberi komen dengan mengatakan pakaian yang dipakai Rozita tidak ketat dan sesuai dengan penampilan usahawan tersebut. “Elok cantik.. Tak ketat pun” .“Tak tahulah tang mana orang cakap ketat tu.. Bagi saya ok je bonda.. Tahu lah bonda tu nak jaga penampilan dia.. Ada-ada je warganet ni.. Makin muda ada lah bonda” komen mereka.

Minta Tips Kurus

Dalam pada itu, melihat perubahan Rozita semakin cantik dan langsing ramai yang meminta tips serta rahsia usahawan kosmetik tersebut menjaga bentuk badannya. “Saya nampak bonda pakai pun tahu dah baju tu tak ketat dan longgar.. Kurusnya bonda.. Tapi kenapa saya susah sangat nak turunkan berat badan.. Tengok orang lain mudah je turun berat badan” ucap salah seorang warganet. Bagi menjawab soalan yang diajukan, Rozita mendedahkan dia menjaga cara pemakanan dan elak pengambilan gula serta perlu rajin bersenam. “Cara pemakanan dan juga elakkan ambil yang bergula puan dan jangan pernah tinggal untuk bersenam setiap hari” ujar Rozita. Patutlah cantik sebab jaga pemakanan dan rajin bersenam. Sumber, murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.