Tampil ucap selamat tinggal, kini Sarah Hildebrand umum sesuatu buat peminat terkejut

Viral

Pelakon juga pengacara Sarah Hildebrand membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya daripada industri seni hiburan. Pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand membuat pengumumam tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

“Saya ingin membuat pengumuman bahawa saya telah bersara daripada industri seni hiburan Malaysia. Saya sudah lama menolak pelbagai tawaran untuk berlakon dan juga mengacara. Saya minta maaf kerana menolak banyak tawaran daripada produksi. Saya minta maaf kerana tidak memberikan respons. Saya mengumumkan bahawa saya telah bersara,” katanya.

Ujar pelakon berusia 32 tahun itu lagi, dia berharap pengumuman tersebut dapat ditularkan supaya ramai pihak tahu bahawa dirinya sudah pun bersara daripada industri seni hiburan tempatan. Dalam video tersebut, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut mengucapkan penghargaan kepada ramai pihak kerana memberi peluang kepadanya untuk bergelar pelakon selama lebih kurang 10 tahun bertapak dalam industri.

“Selamat tinggal semua. Terima kasih kerana menerima dalam industri selama lebih kurang 10 tahun dan mencipta pelbagai memori manis ketika bergelar seorang pelakon. Saya akan abadikan pengalaman indah ini sebagai kenangan. Terima kasih kerana pengalaman sebagai pelakon dan pengacara ini membantu saya untuk menjadi lebih matang. Jumpa anda di lain masa,” jelasnya sambil memberi hadiah ‘flying kiss’ dihujung video tersebut.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, baru-baru ini Sarah tampil berkongsi kenyataan apabila memerli sikap sesetengah pihak yang dirasakan ‘acah-acah’ baik hanya pada bulan Ramadan. Sarah dikatakan tidak berpuas hati dengan amalan hidup berkenaan dan berpendapat, orang Islam seharusnya berkeperibadian positif bukan hanya pada bulan Ramadan yang dianggap paling mulia dalam agama Islam. “Kalian tahu tak apa yang saya rasa kelakar tentang orang Islam pada bulan Ramadan adalah mereka fikir, itu sahaja bulan nak buat benda-benda baik.” Sekadar info, Sarah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat bernama Otto Gillen pada 3 November 2019. Pada 2020, media tempatan melaporkan bahawa Sarah tidak lagi bertudung dan penampilan terbaharunya itu mendapat sokongan daripada suaminya. Sumber, KOSMO! ONLINE

Selamba Gelar Golongan Acah Acah Baik Di Bulan Ramadhan, Kini Sarah Hilderbrand Tampil Beri Teguran

Pelakon Sarah Hildebrand memerli sikap sesetengah pihak yang dirasakan ‘acah-acah’ baik hanya pada bulan Ramadan, Pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand itu tidak berpuas hati dengan budaya hidup berkenaan dan berpendapat, orang Islam seharusnya berkeperibadian positif bukan hanya pada bulan Ramadan yang dianggap paling mulia dalam agama Islam.

“Kalian tahu tak apa yang saya rasa kelakar tentang orang Islam pada bulan Ramadan adalah mereka fikir itu sahaja bulan nak buat benda-benda baik. Macamlah itu sahaja waktunya kita nak jadi Muslim paling terbaik. No, anda kena teruskan apa-apa sahaja yang anda buat pada bulan Ramadan untuk sepanjang tahun,” kata Sarah, 32, menerusi muat naik video dalam Instastory.

Bagaimanapun, menerusi semakan Kosmo! Online, video berkenaan telah dipadam daripada laman sosial pelakon drama rantaian, Pujaan Hati Kanda itu. Sarah dalam keadaan beremosi turut menegaskan bahawa, orang Islam sepatutnya meninggalkan kelakuan menyibuk hal orang lain atau dalam istilah masyarakat sekarang bermaksud ‘mak cik bawang’ dan memberi perhatian terhadap kehidupan diri sendiri.

“Jangan jadikan satu bulan dan konon terus jadi orang warak dan apabila kalian meny.rang orang, anda sebenarnya layak dim.ki juga. Jangan kacau hidup orang. Biarlah mereka nak buat apapun yang mereka inginkan sama ada ketika Ramadan atau bulan-bulan lain. Anda kumpul sahaja pahala dan biarkan orang lain nak buat apa yang mereka nak buat. Jangan menyibuk dan masuk campur urusan orang lain. Itu sangat-sangat menyakitkan hati dan menjengkelkan,” katanya yang dilihat turut menggunakan bahasa kurang sopan saat memberikan pandangan.

Sekadar info, Sarah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat bernama Otto Gillen pada 3 November 2019. Pada 2020, media tempatan melaporkan bahawa Sarah tidak lagi bertudung dan penampilan terbaharunya itu mendapat sokongan daripada suaminya. Sumber, KOSMO! ONLINE

Pendakwah bebas lukakan hati Sarah Hildebrand

Pelakon Sarah Hildebrand melahirkan rasa terkilan dengan seorang pakar motivasi terkenal yang meninggalkan komen berbaur perli dalam satu hantaran Instagramnya kelmarin. Kekecewaan tersebut dikongsi Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 31, dalam InstaStorynya. Malah, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut memuat naik beberapa tangkap layar akaun dan komen yang ditulis oleh pendakwah bebas tersebut yang berbunyi; “Sangat sedih.”

Susulan komen berkenaan, isteri kepada Otto Gillen itu meluahkan rasa kecewa dan mempersoalkan bagaimana seorang pakar motivasi boleh menulis perkataan sedemikian.

“Anda tahu apa yang lebih menyedihkan? Apabila anda gelar diri sebagai pakar motivasi tetapi ‘menembak’ emosi orang lain. Apa yang saya telah lakukan pada anda? Sebelum ini saya sangat menghormati anda,” ujarnya panjang lebar dalam perkongsian tersebut. Meskipun dilayan sebegitu, namun Sarah mengakui dia tetap menghormati wanita berkenaan. “Tanpa sedar, anda telah memperkecilkan dan melukakan hati orang lain dengan sikap sombong. Tolong nilai diri sendiri dahulu sebelum beritahu saya siapa yang menyedihkan. Jika anda ingin memberi motivasi kepada orang ramai, meninggalkan komen sebegitu dalam profil individu lain adalah tindakan yang salah. Sangat hipokrit, saya tak tahu bagaimana anda boleh tidur pada waktu malam,” katanya.

Menyedari perkara tersebut, pakar motivasi berkenaan sekali lagi meninggalkan komen terhadap Sarah dengan berkata, pelakon itu hanya salah faham. “Kepada Sarah, awak telah salah faham maksud saya. Hanya Allah SWT yang tahu,” tulisnya. Biarpun komen tersebut sudah dipadam, namun peminat Sarah dilihat menyerang Instagram pakar motivasi itu dengan menulis kapsyen sama kepadanya. Sehingga kini, usaha pihak media mendapatkan penjelasan lanjut daripada Sarah tidak berhasil apabila pelakon itu tidak menjawab panggilan dan membalas mesej. Sumber, K!online

Leave a Reply

Your email address will not be published.