Tampil dedahkan identiti perosak rumah tangga, dah lama berdiam Puteri Sarah tampil dedah segalanya

artis Uncategorized

Empat tahun menahan sabar, pelakon Puteri Sarah akhirnya memberi amaran secara terbuka kepada individu yang didakwa mengganggu rumah tangganya. Dakwa Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, wanita yang merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar masih mengganggu hubungan rumah tangganya dengan suami, Syamsul Yusof sejak tahun 2019.

“Daripada dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu, diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Anda kacau mental saya sejak 2019 lagi. Sampai kami (Puteri Sarah dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Apabila kami berbaik, anda ugvt suami saya pula. Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga. Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur. Apa yang berlaku sekarang anda dan orang luar cuma tahu luaran sahaja,” katanya menerusi Instastory pada Sabtu.

Puteri Sarah dedah gangguan diterima di Instagram.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberi amaran kepada Ira supaya berhenti menganggu hidupnya lagi. “Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Berhati-hati doa orang yang teraniaya, Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini. Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah,” ujarnya.

Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda masalah menarik perhatian warganet. Puteri Sarah mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan mendkwa suaminya itu tahu punca hubungan mereka dingin.

Puteri Sarah bersama dua cahaya matanya.

Dalam hantaran berbeza, Puteri Sarah turut mempertikaikan tindakan Ira yang dikatakan tidak putus asa menganggu suaminya. “Tak silap saya, anda dah ada teman lelaki kan Ira Kazar? Semuanya tak kekal. Malah baru-baru ini pun anda ada teman lelaki? Mana pergi semua teman lelaki anda? Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang tiada maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri. Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahun saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya,” katanya. Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata. Sumber, MSTAR ONLINE

Tular Rakaman Pensyarah Di UITM, Kini Puteri Sarah Pulak Tampil Dedah Pengalaman Yang Sama

Pelakon Puteri Sarah Liyana mengulas mengenai video yang tular semalam mengenai seorang profesor di UiTM yang didkwa mempersoalkan seorang pelajar golongan B40 kerana tidak memiliki komputer riba atau laptop. Berkongsi pengalamannya ketika menyambung pengajian di sebuah pusat pengajian tinggi, Puteri Sarah memberitahu dia juga mengenali seorang pensyarah yang sering memperlekehkan dirinya kerana sering tidak hadir ke kelas kerana menjalani penggambaran lakonan.

“Amboi h.1na pelajar tak ada laptop. Adalah kenal satu pensyarah ni dulu, taka da salah pun nak cari salah. Sampai dah habis belajar pun masih bercakap buruk tentang saya. Itu pelajar lain lah yang beritahu. Kesalahan sebab asyik shooting tapi saya berjaya ‘grad’,” katanya. Isteri kepada pengarah dan aktor Syamsul Yusof itu berkongsi pandangan serta ceritanya di InstaStory akaun Instagram (IG) miliknya. Kata Puteri Sarah lagi, dia bersyukur kerana meskipun dih.1na pensyarah tetapi dia berjaya menggenggam segulung ijazah. “Alhamdulilah dapat ijazah juga. Doesn’t mean that selalu shooting tak boleh grad,” katanya lagi.

Semalam tular video seorang pensyarah menempelak pelajar yang dilihat tidak berusaha untuk memiliki komputer walaupun sudah berada dalam semester lima. Malah pensyarah itu turut menyoal latar belakang keluarga pelajar berkenaan dan mengesyorkan kalangan ahli keluarganya agar “berk.0rban” barang kemas untuk tujuan pendidikan. Pensyarah berkenaan turut mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah memperlekeh golongan B40. Video tular itu dipercayai dirakam ketika sesi pembelajaran secara dalam talian. Klip video berkenaan mendapat pelbagai respons dan kritikan daripada kalangan warganet. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.