Tiba tiba dedah soalan tentang dikasari suami, kali ni ramai yang risaukan keadaan ibu Ainul Mardhiah

Viral

Masihkah anda ingat tentang adik Ainul Mardhiah yang pernah tular kerana menghidap ‘germ cell tvmor’ pada mulutnya sekitar 3 tahun lalu? Meskipun kisah penderitaan yang dilaluinya itu telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia, namun Alhamdulillah kini si cilik berkenaan telah menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain malah sudah bergelar kakak kepada seorang adik lelaki.

Kalau kena sepak terajang dengan suami apa korang buat…tinggalkan atau stay & reda?

Namun tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kisah keluarga adik Ainul Mardhiah kembali jadi sebutan ramai baru-baru ini. Ia tercetus apabila hari ini ibunya, Nurul Erwani Zaidi memuat naik status berbentuk soalan berkisar adakah perlu stay atau tidak sekiranya dikasari oleh suami. Selain itu, dia turut memuat naik emoji ‘broken heart’.

Will always love you…mama bukan yang terbaik untuk Ainul

Dalam pada itu, Erwani turut memuat naik satu hantaran berserta kapsyen bahawa dirinya bukanlah ibu yang terbaik untuk Ainul Mardhiah. Namun begitu, dia tetap yakin anak perempuannya itu akan membesar jadi seorang yang baik, lemah-lembut dan disayangi ramai. Di kesempatan itu juga, wanita tersebut juga menitipkan pesanan agar Ainul jaga dirinya baik-baik.

Mama Ainul ok tak, baca IG Story macam sesuatu…harap yang baik saja, pergi mana-mana jangan tinggal anak

Meninjau ke ruangan komen, para pengikutnya berteka-teki tentang permasalahan atau konflik rumah tangga yang mungkin sedang dihadapi oleh ibu dan bapa Ainul Mardhiah. Selain ada yang cuba menghulurkan bantuan, rata-rata mereka mendoakan agar tiada perkara buruk berlaku demi masa depan anak-anak keluarga ini. Kredit : IG _nrlerwani

Dr Nur Amalina bertemu Ainul Mardhiah selepas 3 tahun dioperasi

Pelatih pakar operasi, Dr Nur Amalina Che Bakri yang pernah terbabit dalam operasi kanak-kanak menghidap brh mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin di London tiga tahun lalu, meluangkan masa bertemu kanak-kanak terbabit, hari ini. Dr Nur Amalina yang pulang ke Malaysia, memuat naik gambar pertemuan itu di laman sosial Instagramnya dan meluahkan perasaan gembira bertemu Ainul Mardhiah dan keluarganya.

“Alhamdulillah Ainul is healthy and a happy little toddler (Ainul sihat dan kanak-kanak kecil yang riang),” tulisnya. Perkongsian Dr Nur Amalina itu mendapat 33,743 tanda suka setakat jam 7.41 malam ini dengan 313 komen daripada warganet yang turut gembira dengan perkembangan Ainul Mardhiah. Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ seberat 200 gram di mulutnya selamat menjalani operasi di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 2019 ketika berusia sembilan bulan.

Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway. Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, seorang daripada empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan itu, berkata ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar. Sementara itu, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi turut memuat naik pertemuan mereka bersama Dr Nur Amalina di laman Instagramnya. “Terima kasih Dr Nur Amalina luangkan masa dengan kami. Best dapat berjalan dan berborak dengan Dr dan suami. Insya-Allah, nanti kami pula akan ke London,” tulisnya. Sumber, BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published.