Tular dkwaan Siti Bainun anak angkat dan dilindungi Zahid Hamidi, sekali Nurulhidayah tampil dedah perkara sebenar

Viral

Kecoh di media sosial mengenai dkwaan yang mengaitkan tertdvh dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom down bernama Bella dengan ahli politik. Tersebar gambar tertdvh, pengasas Rumah Bonda yang menempatkan Bella iaitu Siti Bainun Ahd Razali bersama keluarga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Gambar tersebut menunjukkan Siti Bainun bergambar secara berkumpulan yang turut disertai Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Gara-gara foto yang tular itu, timbul dkwaan bahawa Siti Bainun merupakan anak angkat kepada Ahmad Zahid. Susulan itu, anak kandung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah menafikan dkwaan tersebut, malah menegaskan bahawa dia sekeluarga juga menentang sekeras-kerasnya pend.3r.44n ke atas remaja istimewa berusia 13 tahun itu.

Kes pnd.3r.44n Bella menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Nurulhidayah turut mempersoalkan sumber yang mengaitkan tertdvh dengan keluarganya. “Buat yang provoke dan ftn.4h. Cukup saya beritahu yang saya dan seluruh ahli keluarga menentang keras kes yang melibatkan pend.r44n ke atas Bella. “Asal usul cerita yang mengaitkan kami dengan SB (Siti Bainun) pun saya tak pasti dari mana. Saya berdoa agar Allah mengampunkan dosa mereka yang memftn.4h dan menyebarkan ftn.4h ini,” tulisnya menerusi satu posting di laman Instagramnya pada Sabtu malam.

Menerusi ruangan komen, Nurulhidayah yang juga dikenali sebagai Kak Long menjawab satu pertanyaan warganet mengenai sama ada Siti Bainun merupakan anak angkat kepada bapanya berdasarkan foto yang tular.

“Kalau semua orang yang bergambar dengan abah (panggilan Ahmad Zahid) dan keluarga Kak Long ni ada kena-mengena ke? Anak angkat celah mana tu tanya diaorang. Sia-sia je depa (mereka) ni puasa,” katanya yang turut ke mahkamah bagi mengikuti kes Bella.

Foto yang tular menunjukkan Siti Bainun (duduk, kanan) bersama Ahmad Zahid (tengah) dan isteri (duduk, dua kanan).

Dalam posting yang berasingan, Nurulhidayah turut membuktikan dirinya juga prihatin dan memperjuangkan nasib Bella sejak tahun lalu. “Tiada siapa yang akan terlepas daripada undang-undang penderaan dan melindungi kes penderaan. Selama saya hidup saya dibesarkan dengan bapa saudara sindrom down (telah pergi buat selamanya empat tahun lalu). Mereka bukan agresif. Mereka manja. Bella perlu dibela,” ujarnya.

Nurulhidayah menyifatkan dakwaan mengaitkan Siti Bainun dengan keluarganya sebagai ftn.4h.

Nurulhidayah juga mendedahkan sedutan klip audio yang didakwanya merupakan perbualannya bersama bekas penghuni Rumah Bonda yang mendakwa Bella diberi layanan buruk sehingga terpaksa minum air paip. Susulan itu, Nurulhidayah menolak dakwaan keluarganya cuba melindungi tertdvh. “Jadi celah mana kami sekeluarga cover atau back up orang kena tuduh (OKT)? Tak masuk akal. Tak pandai tak apa, jangan memandai-mandai,” katanya sambil turut bersedia untuk membantu dan bekerjasama membela nasib mereka yang teraniaya. Sumber, Trending Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published.