2 kali gagal dalam perkahwinan, Enot akui tiada rasa nak berumah tangga sampaikan ada yang gelar dirinya macam ni

artis Uncategorized

Selepas dua kali gagal dalam perkahwinan, pelakon Enot tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah berkata, hampir lebih sedekad bergelar ibu tunggal, dia seronok menjalani kehidupan bersama anak-anak dan cucu.

“Masa usia belum masuk 40 tahun, adalah rasa nak kembali bersuami. Tapi lepas dah ada cucu, keinginan itu terus hilang. Saya tiada rasa nak berumah tangga sampailah ramai cop saya lesbian. Anak-anak pun seperti keberatan membenarkan saya kembali mencari pasangan hidup. Mereka selalu minta saya fikir baik-baik kalau saya beritahu nak kahwin semula,” katanya.

Menerusi perkahwinan yang pertama, Enot dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina. Dalam masa sama, Enot turut menjawab tdvhan sesetengah pihak yang melabelkannya sebagai wanita lesbian. Tampil menafikan tuduhan tidak berasas itu, Enot berkata, barangkali perwatakannya yang kasar serta berkawan dengan ramai wanita menyebabkan ramai berfikiran sebegitu.

“Tidak dinafikan memang ramai yang sangkakan saya seorang l.3sbian. Mungkin ada yang tak tahu saya dulu belajar di Sekolah Menengah Convent Seremban. Jadi¬†¬†rakan sekolah termasuk saya ramai yang perwatakan macam lelaki, sedikit kasar. Selain itu, saya juga aktif bersukan. Antara sukan yang saya ceburi adalah softball. Rakan-rakan juga memanggil saya dengan gelaran ‘Abang Ali’ ketika di sekolah. Bagi saya, setakat panggil ‘sayang’ sesama kawan wanita tu normal,” katanya. Sumber, hmetro

Enot goyah disahkan positif CVDI9

Pelakon dan pelawak, Enot disahkan positif CVDI9, Ahad lalu enggan menjadikan ujian penyakit dihadapinya sebagai tekanan dalam hidup. Reda dengan apa yang berlaku, Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah berkata, dia berfikiran positif untuk terus kuat melawan ujian sakit itu.

“Saya pernah mengeluarkan kenyataan. Jika saya mampu menghadapi brh selama tiga tahun, pastinya saya boleh tahan selama 14 hari untuk berdepan dengan jangkitan CVDI9 ini. Apabila saya meluahkannya bukan bermakna saya cakap besar atau berlagak seperti disangka warganet, tetapi ia lebih kepada strategi dari aspek psikologi untuk saya terus kuat berdepan dengan situasi ini. Hakikatnya, saya tetap goyah, tetapi saya tidak mahu nampak lemah dan bangkit berjuang melawan perasaan negatif,” katanya.

Bagi membuktikan kata-katanya itu, pelakon berusia 43 tahun itu gigih berdikari menguruskan diri walaupun dalam keadaan tubuh yang masih lemah. “Meskipun lemah, saya berusaha melawan kesakitan yang dihadapi. Saya akan melakukan pemeriksaan sendiri seperti tekanan darah, setiap hari. Saya memastikan makan ubat dan amalkan kaedah alternatif yang disarankan untuk pesakit CVDI9 berdasarkan pembacaan sebelum ini,” terangnya.

Berkongsi asbab sakitnya itu, dia memaklumkan jangkitan virus itu diperoleh di sebuah lokasi penggambaran. “Saya menjadi kontak rapat kepada seorang kru di lokasi penggambaran, minggu lalu. Ketika ujian saringan dijalankan keputusan adalah negatif. Bagaimanapun, saya tetap menjalani kuarantin kendiri di rumah. Keadaan saya sangat lemah dan mengalami demam yang teruk, selain batuk dan muntah sepanjang minggu lalu. Saya tidak mahu menuding jari pada sesiapa dan anggap apa yang berlaku disebabkan kecuaian saya. Mungkin sikap saya ambil mudah dari segi penjagaan kebersihan seperti tidak sanitasi tangan selepas mengambil barangan. Apa yang berlaku dijadikan satu pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang,” kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Mat Despatch ini.

Dalam pada mahu kelihatan kuat, Enot berkata, ada ketika jiwanya rapuh apabila tidak dapat bersama insan tersayang disebabkan keadaannya itu. “Saya tinggal bersama anak dan sepupu. Mujur, keputusan ujian saringan mereka negatif. Saya hanya mampu memandang mereka dari jauh dan tidak dapat nak memeluk mereka seperti sering dilakukan. Jika nak tengok pun, mereka akan naik ke atas dan hanya setakat di depan pintu bilik sahaja. Kucing saya pun begitu, tidak dapat nak manjakan. Apapun, saya bersyukur kerana kawasan kejiranan sangat prihatin. Mereka mengambil berat terhadap kebajikan dan keluarga dengan menghantar makanan ke rumah saya,” cerita Enot. Sumber, BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published.