Dijangka kes Covid 19 akan meningkat selepas raya, KKM siap sedia nak ambil tindakan ni

berita

Terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVlD-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata jumlah jangkitan COVlD-19 itu berisiko kembali meningkat berikutan warga kota akan pulang menyambut hari raya di kampung mereka. Katanya, ini merupakan tahun pertama keluarga yang ramai akan balik serentak selepas lebih dua tahun negara dilanda COVlD-19. Bagaimanapun, Khairy berkata pihaknya telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan rawatan kepada pesakit. “Ya memang betul raya ini kita jangka akan meningkat kes terutamanya bila balik nanti akan bergaul antara saudara mara, tak akan pakai pelitup muda, jadi ada risiko (kes COVlD-19) naik. “Jadi, kita KKM bersedia untuk memberi rawatan kepada mereka. Kalau gejala teruk, kita dah sedia, tapi kita memang jangkakan akan ada (peningkatan kes COVlD-19),” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Sabtu. Dalam pada itu, Khairy turut memohon golongan warga emas untuk mengambil dos penggalak bagi untuk melindungi diri mereka. Katanya setakat ini hanya 77 peratus golongan tersebut telah menerima dos penggalak dan pihaknya mensasarkan lebih 90 peratus golongan itu akan mengambil suntikan itu. “Saya harap sebulan dua ni dapat capai ke peringkat 90 peratus,” katanya lagi. Sumber, rose merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terkini Agong Dan Tunku Azizah Disahkan Positif Covd19, Ini Keadaan Terkini Buat Ramai Yang Risau. Istana negara hari ini menyampaikan satu khabar duka yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disahkan positif covid19. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif covid19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara masing-masing hingga Khamis dan Jumaat ini.

Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja iaitu Datuk Ahmad Fadul Shamsuddin turut memaklumkan Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga dijangkiti virus tersebut. “Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan.” “Kesihatan Seri Paduka Baginda, secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.” Susulan itu, Sultan Abdullah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara sehingga 7 April. Manakala, tempoh kuarantin Permaisuri Agong pula adalah sehingga 8 April depan. SUMBER, Portal majoriti/Redaksi

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau ke semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Masak Tak Letak Air, Permaisuri Agong Dedahkan Tips Untuk Msk Ini Buat Ramai Yang Teruja

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sudi mencemar duli bagi menyantuni mereka yang terlibat dengan banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentol, Maran. Difahamkan, Tunku Azizah telah bersama-sama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan anakanda-anakanda baginda berdua bagi melihat sendiri kawasan-kawasan yang terlibat dalam bencana banjir.

Dalam lawatan tersebut, permaisuri kesayangan rakyat ini sanggup menyingsing lengan baju semata-mata bagi menyediakan makanan kepada mereka yang terlibat dengan banjir. Malah, Tunku Azizah berkesempatan memberi titah nasihat kepada tukang masak di PPS berkenaan mengenai cara-cara yang betul memasak sardin yang enak sambil dibantu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

“Saya tak letak air dalam sardin saya” “lain kali awak goreng dekat orang macam ini, tak letak air. Orang kampung suka sardin letak air, tak payah” pesan Tunku Azizah. Rata-rata mereka yang menonton video tersebut berasa terharu dengan keprihatinan tuanku berdua yang berhati rakyat selain mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. Sumber, Murai.my

Bakal Jadi Dato Tak Lama Lagi. Tular Video Shuib Main Golf Dengan Permaisuri Agong. Sekali Ini Pulak Respon Warganet. Semalam, pelawak dan usahawan terkenal Shuib telah berkongsi sepotong video ketika menyertai pertandingan golf pada Sabtu lalu. Namun apa yang menarik perhatian ialah, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli turun ke padang golf bersama Shuib.

Kejohanan Tunku Azizah Golf Challenge itu telah berlangsung di Mahkota Golf & Country Club, Kuantan, Pahang. Menyimpan kenangan tersebut di Instagram (IG)nya, rata-rata pengikut Shuib di laman sosial itu termasuk rakan-rakan artis menganggap Shuib bertuah kerana dapat bersantai bersama permaisuri kesayangan rakyat. “Next level!”, tulis pelakon Hairul Azreen di ruangan komen. “Sikit lagi Ib, dekat dah tu…Alhamdulillah, tahniah!,” kata Mawi pula.Selain itu ada juga pengikut yang mengusik Shuib bakal mendapat gelaran Datuk selepas bermain golf bersama Permasuri Agong.

“Tak lama lagi dapat Dato’ la ni Shuib! “Tan Sri Shuib! “Wah! Bukan kaleng-kaleng ni…hebat!” Antara komen dan usikan nakal warganet kepada Shuib. Selain itu, ramai juga yang mengagumi Raja Permaisuri Agong kerana sikap rendah diri dan sentiasa ramah dengan rakyat. Malah ketika bersama Shuib di padang golf, baginda kelihatan ceria dan tidak kekok bersembang, seperti sudah lama mengenali di antara satu sama lain. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.