Berjaya kenalpasti sesuatu, Rupanya ini yang Chef Ammar buat bila tengah ramai orang beratur

Viral

Dulu kena kritik harga ‘Tel Aviv’, sekarang nasi Arab Chef Ammar laku teruk sampai terpaksa buat peraturan ketat pada pelanggan. Selepas tular nasi beriani Chef Ammar Ali yang dikritik mahal seperti ‘Tel Aviv’, tak sangka pula kini makin ramai pelanggan yang beratur untuk mendapatkan menu nasi Arab lamb shank air tangan chef Ammar.

Bagaimanapun timbul pula isu baru apabila tular di media sosial satu video pembeli yang merungut tidak dapat membeli Nasi Arab susulan ia habis lebih awal walaupun ada yang telah beratur hampir 3 jam demi mendapatkan juadah tersebut untuk berbuka puasa. Justeru itu, tukang masak asal Palestin itu memaklumkan bermula hari ini, setiap orang dihadkan untuk membeli 4 set sahaja.

“Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15, 20, 25 pax. Saya faham ada yang beli untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat. Kami juga telah bercakap dengan pihak yang berwajib mengenai isu ini, dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana perkara ini di luar kawalan saya. Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk membeli dua pax kambing dan dua pax ayam… iaitu maksima empat pax. Ini peraturan dari kami demi berlaku adil kepada pelanggan,” katanya. Menurut Chef Ammar, pihaknya akan letak kain rentang di bazar sebagai pemberitahuan kepada para pelangan mengenai ketetapan baharu itu.

Walaupun Sibuk Tetapi Solat Tetap Diutamakan

Satu video yang tular di sosial media tiktok dimana seorang individu ini telah pergi kebelakang gerai Nasi Arab Chef Ammar di Stadium Shah Alam. Disaat dia sampai ke belakang, kelihatan Chef Ammar sedang menunaikan solat fardhu. Perkara ini mendapat pujian warganet kerana walaupun sibuk Chef Ammar tetap tidak lupa tunaikan kewajiban. Ada didalam komen dimana warganet pula mempersoalkan pelanggan yang beratur lamanya adakah mereka solat? Sumber, iwanchannel05

Pemuda Ni Datang Tegur Chef Ammar Di Bazaar Stadium Shah Alam, Sekali Rupanya Ada Sesuatu Yang Dia Mintak

Bulan puasa tahun ini jika anda perasan seperti biasa sebelum kita diperkenalkan dengan PKP. Jumlah pengunjung yang datang untuk membeli juadah berbuka puasa sangat ramai. Tidak kira di bazaar ramadan mana, memang ramai yang datang. Alhamdullilah, setelah 2 tahun peniaga kurang pendapatan tetapi tahun ini mereka dapat merasa pendapatan seperti dulu.

Tetapi satu nama yang tular sejak dari awal ramadan dan ianya tentang Chef Ammar dan nasi arabnya. Tular di media sosial baru baru ini tentang satu video dimana Chef Ammar naik angin apabila ada orang labelkan makanan dia mahal seperti harga TelAviv. Ramai yang menyokong kenyataan tersebut tetapi ramai juga yang menyokong Chef Ammar kerana produk makanan yang dikeluarkan adalah berkualiti dan bahan bahan adalah mahal premium.

“Saya tidak paksa sesiapa untuk beli. Berbelanjalah ikut kemampuan, tapi apa yang buat saya sedih dan sakit hati ialah bila mereka cakap orang Palestin jual makanan harga Tel Aviv (mahal).” Demikian luahan hati Chef Ammar Al-Ali atau dikenali sebagai Chef Ammar yang tersinggung dengan kata-kata warganet yang melabel warga Palestin tersebut menjual makanan Tel Aviv atau dimaksudkan sebagai terlampau mahal di Malaysia.

Ammar berkata, harga salah satu hidangan popularnya iaitu Nasi Arab lauk betis kambing (lamb shank) naik sebanyak seringgit menjadi RM50 berbanding harga RM49 pada tahun lalu. “Kita nak jual makanan, cuma lebihkan seringgit sahaja selepas ia dikurangkan daripada harga asal iaitu RM53. Selebihnya saya terpaksa tanggung (kos) kerana semua barang naik harga sebab saya nak beri semua orang merasa.”

Ingat Ramai Orang Tak Datang Tapi Sejak Viral Makin Ramai

Siapa sangka viral video tersebut membuatkan ramai yang ingin merasa air tangan Chef Ammar sendiri. Mereka sanggup beratur panjang dalam tempoh yang lama semata mata untuk merasa. Harga tidak menjadi masalah kerana menurut Chef Ammar sejak dari 1 Ramadan makanan selalunya habis. Jadi setiap makanan pada keesokkan harinya adalah dimasak baru dan segar.

Chef Ammar Ditegur Supaya Kawal Orang Beli

Hari ini tular di Tiktok tentang seorang lelaki datang berjumpa dengan Chef Ammar. Video ini dimuat naik oleh pengguna Tiktok @mrbukhari46. Dia meminta Chef Ammar untuk mengawal pembelian setiap pelanggan supaya orang lain yang beratur dapat merasa dan tidak pulang hampa apabila tiba tiba makanan habis. Apa yang disuarakan oleh lelaki itu kepada Chef Ammar ada benarnya. Tetapi agak susah nak kawal kerana kebiasaanya yang beratur munkin mengambil pesanan dari keluarga atau rakan rakan. Anda lihat sendiri video tersebut. Kuatkan volume untuk dengar perbualan mereka. Video, klik link Dibawah adalah komen komen warganet:

Sumber : Tiktok @mrbukhari46 & Awattsyeikhnetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published.