Kes takut lipas, kini akhirnya Yuna tampil maafkan pemuda ni setelah 6 tahun kena block di Twitter

artis

Jawapan warganet itu membuatkan Yuna menyekat akaun Twitter individu tersebut. Selepas enam tahun akaun Twitter disekat oleh Yuna kerana terlanjur bergurau kasar, akhirnya seorang lelaki meluahkan rasa gembira kerana penyanyi itu sudah memaafkan tindakan yang dilakukan sebelum ini. Individu dikenali sebagai Akeem Sharyzal berkata Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai menyekat akaunnya itu sejak tahun 2016 kerana soalan serta jenaka yang ditujukan kepada penyanyi itu menerusi laman berkenaan. Menyedari kesilapan yang dilakukan, Akeem memohon maaf kepada penyanyi lagu Crush itu kerana bersikap tidak matang ketika bertanyakan soalan.

Jangan buat lagi! Tahniah atas perkahwinan anda.

“Sampai aku dah kahwin, Yuna masih block aku. Entah-entah sampai aku tua. Tolong perasan saya Yuna. Saya minta maaf, masa itu saya masih budak-budak yang nakal dan tak pandai fikir dengan baik. Sekarang saya dah insaf, kalau ada konsert Yuna, saya datang bawa isteri saya,” tulis Akeem menerusi Twitter.

Pada tahun 2016, Yuna menyekat akaun seorang pengguna Twitter yang bertanyakan soalan sama ada dia takutkan lipas atau tidak. Bagaimanapun jawapan balas yang diberikan lelaki itu mengundang rasa kurang senang Yuna. “Yuna takut lipas tak?,” tanya Akeem. “Takut,” jawab Yuna.

Individu tersebut berkongsi perkara itu di Twitter.

“Saya tak takut sebab saya lagi takut Allah,” balas Akeem lagi. Gara-gara gurauan itu, Yuna bertindak menyekat akaun berkenaan selama enam tahun dan dibuka semula pada Jumaat. Dalam pada itu, Yuna turut tinggalkan pesanan kepada Akeem supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama selain mengucapkan tahniah atas perkahwinannya. “Jangan buat lagi! Tahniah atas perkahwinan anda,” tulis Yuna. Perkongsian individu tersebut menerima lebih 8,000 retweets dan 25,000 tanda suka. Sumber, Mstar

Yuna Jelaskan 6 Punca Utama Followers Kena Block

Yuna bukan sahaja berjaya mengharumkan nama negara dengan kejayaannya, malah dia juga telah mengangkat namanya sendiri di satu level yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Secara tidak langsung ramai peminat yang berlumba untuk follow Yuna di Instagramnya. Namun tidak semua benar-benar menjadi peminatnya, ada juga individu mengambil kesempatan untuk menghentam penyanyi Crush ini.

Oleh kerana sangat mementingkan privasi dan keamanan di akaun miliknya, Yuna telah memuat naik satu peringatan khas buat pengikut barunya di Insta stories . Menurut Yuna, walaupun ada sesetengah pihak langsung tidak kisah untuk block atau tapis pengikut di Instagram kerana mahukan bilangan followers yang tinggi, tetapi dia tidak.

“SOME PEOPLE DON’T CARE ABOUT FILTERING / BLOCKING COZ THEY WANT MORE FOLLOWERS. BUT IM DIFFERENT. IT’S NOT ‘THE PRICE THAT U PAY FOR BEING AN ARTISTE’. I’M A HUMAN BEING AND I JUST WON’T ALLOWANY FORM OF NEGATIVITY ON MY IG. I’M PROUD TO HOST A LOT OF KIND HEARTED, NON-JUDGMENTAL PEOPLE IN MY ‘HOME’. I SHARE PHOTOS WITH YOU AND I ASK NOTHING IN RETURN BUT YOUR KINDNESS & UNDERSTANDING,” TERANGNYA.

Okay, tak nak cakap banyak. Ini dia 6 perkara yang harus kamu tahu bila masuk ke ‘rumah’ Yuna. Yuna akan chek komen setiap hari. Sekiranya komen-komen tersebut buatkan Yuna tidak selesa atau terasa, dia tidak teragak-agak untuk block akaun tersebut. Yuna juga akan block page-page perniagaan yang selalu tumpang promote di akaunnya. Malah, individu yang mencurigakan seperti stalker dan suka beri komen-komen yang menakutkan akan disekat. Individu yang bersikap perkauman juga akan menerima nasib yang sama. Yuna juga tidak teragak-agak block individu yang sering komen tentang gaya tudungnya. Terakhir, oleh kerana Yuna seorang pencinta keamanan, dia sendri akan block peminat yang bergaduh sesama peminat. Sumber, Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.