Tak bekerja tetap tapi boleh bayar peguam hampir 10 orang, ini respon Fynn Jamal

artis

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengabaian dan pengani.4yaan terhadap anak istimewa, adik Bella. Malah, apa sahaja fakta yang keluar daripada mulut saksi yang juga bekas penghuni Rumah Bonda sememangnya mengejutkan ramai. Penyanyi Fynn Jamal hadir ke mahkamah bagi mendengar sendiri sesi perbicaraan yang berlangsung pada Rabu lalu. Memberikan pandangan mengenai kes tersebut, ianya perbicaraan kes tersebut sangat pelik jika dibandingkan dengan kes lain yang jauh lebih teruk.

Menerusi satu entri, Fynn turut meluahkan rasa pelik apabila tertdvh, Siti Bainun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi boleh membayar khidmat peguam hampir 10 orang. Kata Fynn lagi, agak mustahil jika tertdvh bergantung pada duit sumbangan untuk membayar peguam mereka melakukan pembelaan secara pronona iaitu percuma.

Lebih menjadi perhatian, Fynn turut memberi pandangan pembelaan untuk Bella amat mustahil di dunia ini. Perkongsian Fynn itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang berkata mereka juga tidak sanggup untuk mendengar jika berada di mahkamah serta berharap semoga ada pembelaan sewarnya untuk Bella. Sumber, rotikaya

Jangan ulang dosa silam orang yang dah pergi – Fynn Jamal

Selebriti media sosial, Fynn Jamal  menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu meromantiskan kematian seseorang. Fynn atau nama sebenarnya, Nur Affina Yanti Jamalludin memaklumkan, kalau benar kita sayangkan seseorang yang sudah menghadap Ilahi, tidak perlu diulang dosa silamnya.

“Kalau sungguh kita sayangkan orang baik yang dah ‘pergi’, kenapa masih diulang-ulang dosa-dosa silamnya? Pakaian yang tak syarie, bulu mata palsu yang jelas haramnya dan latar lagu-lagu muzik yang hakikatnya jelas hukumnya. Tidakkah kita cukup sayang orang-orang baik yang telah pergi? Kenapa dicacatkan penghujung keindahan pengakhirannya,” kata Fynn, 39.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, tidak salah mengenang kematian seseorang namun nasihatnya, tidak usah berlebih-lebihan dalam melakukan perkara sedemikian. “Berpada. Puji tak salah dan mengingat tak salah. Tapi berpada. Ingat sentiasa, syaitan sentiasa ada di luar garis berpada-pada itu. Jangan kita lupa, berhala pertama atas dunia ini terjadi apabila mengagungi orang-orang soleh secara berlebih-lebihan. Dibinakan tugu, dipuji puja, dibuat ‘tribute’ segala. Kalau sungguh kita kasihkan orang baik yang dah pergi, kita takkan rosakkan keindahan yang Allah SWT dah beri kepadanya,” kata Fynn dalam sesi Q&A dalam menerusi Instagram Storynya.

Menjawab persoalan sama ada dia akan berasa gembira apabila suatu hari nanti tidak lagi berada di dunia namun orang masih menunjukkan apresiasi terhadap karya seninya, pelantun lagu Arjuna Beta itu berkata: “Kita perlu berhenti meromantiskan dunia dan berhenti hidup dalam penafian. Kita ada barzakh untuk difikirkan. Langkah terakhir di liang lahad, datang terus permulaan dunia abadi. Sekecil-kecil dosa tak basuh kemaluan lepas kencing pun kena ‘balun’.” Tidak lagi aktif dalam dunia nyanyian, sejak 2012, Fynn yang mula berhijab sejak 2016 dan terus istiqamah dengan berniqab sehingga kini bagaimanapun tidak merujuk teguran dan jawapan-jawapan pertanyaan peminat tersebut kepada mana-mana pihak. Sumber, K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.