Bersedia ke lapangan, ramai jangka Nik Ezanee bakal sertai PDRM kembali

Dunia

Dalam pada itu, beliau ada memaklumkan mengenai permohonan pertukaran itu kepada Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass. Jelas beliau lagi, keputusan pertukaran tersebut diambil selepas dia mengambil kira pengalaman dan kebolehan yang ada untuk dicurahkan kepada entiti seperti PDRM serta rakyat Malaysia. “Berhubung keputusan ini, saya merasai pengalaman dan kebolehan saya ini boleh saya sumbangkan kepada PDRM. Pengalaman yang ada mungkin boleh menambah baik pasukan PDRM. Buat masa ini, tiada sebarang keputusan mengenai permohonan itu dan saya sedia berkhidmat di lapangan,” katanya.

Sementara itu di laman sosial, hasrat tersebut disambut naik oleh wargamaya yang rata-ratanya cukup memandang tinggi pegawai polis tersebut. “Datuk Ayob – KPN, Tuan Ezanee – Timbalan KPN.. Insha Allah rakyat malaysia sokong,” ujar seorang wargamaya. “Alhamdulillah..tahniah..terbaik Tuan..saya juga isteri pegawai polis rasa bangga,” komen seorang wargamaya. “One of the most charismatic Police Officer. I hope he will be promoted to be the Selangor Deputy CPO soon. Datuk Ayob Khan and Nik Ezanee will make a good combination at the top,” puji seorang wargamaya.

“Tuan Nik Ezanee antara Pegawai Terbaik dalam PDRM,” luah seorang wargamaya. “Cari la org lain juruiring, dia sesuai lead pasukan dan tugasan kepolisan,” cadang seorang wargamaya lagi. Pada 21 Disember 2021, Nik Ezanee yang memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jnyh (JSJ) Selangor antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa serta-merta. Beliau dilantik sebagai juruiring polis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Jabatan Perdana Menteri. Sumber, Gempak

Jangan ‘tangisi’ pemergian Nik Ezanee, ada hikmah

“Saya akan merindui Selangor dan terus berkhidmat kepada Malaysia walaupun pentas berbeza. Doakan yang baik-baik dan bersangka yang baik-baik,” kata bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Beliau berkata demikian mengulas pelantikannya sebagai pegawai ‘Aide De Camp’ (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Pelantikannya itu sebelum ini mencetuskan perdebatan di kalangan warganet apabila ia dianggap satu kerugian kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jnyh.

Nik Ezanee bagaimanapun menyifatkan pelantikannya itu adalah rezeki dari Allah SWT yang tidak dijangka. Dalam satu mesej ringkas yang dihantar kepada kumpulan pengamal media Selangor menerusi aplikasi WhatsApp semalam, beliau menyatakan penghargaan atas segala doa dan ucapan yang diberikan di atas pelantikan itu.

“Pelantikan itu adalah suatu perkara yang tidak disangka-sangka. Terima kasih juga di atas segala sokongan anda kepada saya sepanjang tempoh saya bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor. Walaupun dalam tempoh singkat sebagai KJSJ, kita sudah berusaha melakukan yang terbaik. Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebaik mungkin sebagaimana semasa saya di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Petaling Jaya,” katanya menerusi Group Media IPK Selangor itu, hari ini. Nik Ezanee berkata, beliau juga percaya kejayaan operasi itu harus ditonjolkan oleh pegawai pemerintah, sama ada Ketua Polis Negeri atau Ketua Polis Daerah.

“Percayalah, pekerjaan itu bukan untuk dipandang indah dan ‘iring’ semata-mata, tetapi ia lebih kepada tanggungjawab yang digalas. Pelantikan ini juga adalah satu penghormatan besar bagi saya untuk berkhidmat sebagai ADC kepada pemimpin nombor satu negara. Rezeki dari Allah SWT. Alhamdulillah dan terima kasih di atas peluang dan kepercayaan Perdana Menteri,” katanya. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.