Niat nak kongsi momen berbuka puasa dengan anak, sekali ada pulak warganet komen macam ni

artis

Baru-baru ini perkongsian pelakon Fiza Halim menjadi perhatian ramai apabila berkongsi kegembiraan bertemu dengan dua anak gadisnya selepas beberapa bulan tidak berjumpa. Bagaimanapun, perkongsiannya itu dicemari dengan komen negatif warganet di Instagram serta facebook. Ianya dipercayai apabila ada warganet menyentuh tentang aurat anak-anaknya yang tidak memakai tudung apabila mengakui rambut mereka kelihatan tidak cantik. Bengang dengan komen negatif warganet, menerusi satu perkongsian di Insta Story Fiza berkata dia tidak memerlukan khidmat ustaz dan ustazah jadian.

“Maaf ya, saya tak perlukan ustaz atau ustazah jadian dalam ruangan komen saya!. Saya kongsi gambar anak-anak hanya untuk peminat yang rindukan perkembangan saya dan anak-anak. Bukan untuk komen jadi ustazah dalam Instagram saya,” katanya. Fiza turut menegur warganet supaya tidak membuatkan dia dan anak-anaknya kecil hati kerana komen seperti itu lebih elok jika diberikan melalui kiriman mesej DM. “Kalau tak suka, sila unfollow. Jangan kecilkan hati saya dan anak-anak. Bukan tak boleh menerima teguran, tapi kalau nak tegur, boleh mesej DM saya. Bukan secara umum macam ini, Insya-Allah saya akan balas.

“Bila tak kongsi gambar anak, cakap macam-macam. Bila dah kongsi, macam ini pula. Memang susah nak puaskan hati semua orang. Tapi ada aku kisah?. Aku tak kisah langsung!” tulisnya. Untuk rekod, dua anak gadisnya itu iaitu Ferra Aryana, 14, dan Feeya Adyrra, 13 merupakan anak hasil perkahwinan Fiza dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza turut memiliki seorang lagi anak perempuan, Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 4, hasil perkahwinan ketiga pada Disember 2016 bersama bekas suami, Aizat Al Jefri. Cantik anak2 fiza muka sama dua beradik . Fiza pun masih cantik. Mcm adik dgn kakak cantik sgt anak ii kak fiza mcm kak fiza. Lagi cantik, lagi anak solehah, lagi ayu, lagi manis klu mengenakn hijab. Elok jika anak-anak ada rasa malu moga sentiasa dalam peliharaan Allah.

Di Instagram, rata-rata warganet terpukau melihat wajah anak kepada pelakon, Fiza Halim iaitu Feera Aryanna Ahmed Farriq dan Feeya Adyrra Ahmed Farrid. Wow cantiknya. Walaupun usia mereka baru mencecah 13 dan 12 tahun, Feera dan Feeya dilihat sudah mempunyai aura tersendiri yang mampu membuatkan orang ramai terpikat dan menoleh dua kali. Kedua-dua mereka turut mewarisi kecantikan ibu tersayang yang pernah menganggotai kumpulan penyanyi wanita terkenal era 90an, Elite. Buat pengetahuan korang, Feera dan Feeya merupakan zuriat hasil perkahwinan pertama di antara Fiza dan bekas suami iaitu Ahmed Farriq Zainul Abidin.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji kecantikan yang dimiliki oleh Feera dan Feeya. Di samping itu, ada juga yang sempat berseloroh dan meluahkan hasrat mahu menjadi menantu. Selain Feera dan Feeya, Fiza turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Aleena. Aleena merupakan anak hasil perkahwinan ketiga Fiza dan bekas suami iaitu Aizat Al Jefri. MasyaAllah, cantik dan manisnya ketiga-tiga anak perempuan Fiza Halim! Walau masih kecil dan dua daripadanya sedang meningkat remaja tapi sudah terserlah kejelitaan mereka. Seperti ibu tersayang, mereka juga mempunyai aura tersendiri yang mampu membuatkan orang ramai terpikat dan menoleh dua kali. Beruntung tiga anak ini kerana mewarisi kecantikan ibu tersayang yang pernah menganggotai kumpulan penyanyi wanita terkenal era 90an, Elite.

Sejak mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang, Aizat Al Jefri Abdul Kudus, Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim agak jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Pun begitu, Fiza aktif mengemaskini dan berkongsi aktiviti harian bersama keluarga di laman media sosial miliknya. Sebagai seorang public figure, pastinya perkongsian Fiza mencuri perhatian peminat dan warganet. Rata-rata mereka yang melihat perkembangan terbaru Fiza memuji penampilan selebriti berkenaan dan antara yang paling mencuri tumpuan tentunya dua anak gadis Fiza yang kian meningkat dewasa.

Feera Aryanna Ahmed Farriq kini meniti usia 12 tahun sementara adiknya, Feeya Adyrra Ahmed Farriq pula berusia 11 tahun. Mengintai wajah terbaru Feera dan Feeya, masing-masing memiliki tarikan tersendiri. Feera misalnya dikurniakan kulit putih kemerahan manakala Feeya pula mempunyai rupa paras manis menawan. Tidak kurang juga cahaya mata terbaru Fiza hasil perkahwinannya bersama Aizat iaitu Siti Aleena Adra atau lebih dikenali sebagai Baby Aleena.

Seperti kakak-kakaknya, Baby Aleena yang dilahirkan pada 24 September 2018 juga tidak terkecuali mendapat perhatian kerana kecomelan yang dimiliki. Berkongsi perkembangan Aleena, Fiza ketika dihubungi berkata anak ketiganya ini makin bijak dan menghiburkan mereka sekeluarga. “Sekarang ni dah masuk 1 tahun 7 bulan. Ragam Aleena ni macam-macam. Dia dah pandai ikut gaya orang terutamanya buat gaya Tok marah dan mummy marah. Lepas tu kalau kita marah dia, lakonan ratu air mata tu hebat sangat. Tapi bila kita ambil dia dukung, automatic akan stop dan dia senyum balik. Rupanya semua tu hanya lakonan semata-mata.

Sampai suami pun sempat gurau kata, “Tengoklah mak dia siapa, pelakon kan.” Kami panggil dia dengan nama manja Baby Aleena tapi kalau dia merajuk saya akan panggil dia Annina.” Ditanya bagaimana penerimaan kedua-dua kakaknya sejak kehadiran Aleena, aktres ini memberitahu semuanya dalam keadaan baik. “Syukur alhamdulillah, mereka dibesarkan dalam keluarga yang balk. Jadi semua tak ada masalah langsung. Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra sayang sangat-sangat dengan Baby Aleena. Kalau tak video call sehari tak sah. Wajib VC. Saya bersyukur Baby Aleena dikelilingi oleh ramai kakak-kakak dan adik-anak yang sayangkan dia. Dia memang rapat dengan kakak dia termasuklah dengan anak baru (bekas suami pertama). Mereka sayang dengan Baby Aleena. Kalau VC tu, semua nak cakap dengan Baby Aleena, siap mereka reka cipta lagu BABY ALEENA untuk dia lagi. Panggil saya pun mummy.

Jadi saya tak rasa kekok langsung malahan saya Iebih happy sebab macam saya punya ramai anak. Lepas ni kalau keluar, pasti ramai yang confuse berapa orang anak saya,” ujarnya sambil ketawa. Tambahnya lagi, “Jujur saya katakan, saya memang suka budak-budak dan sayang anak-anak syurga ni. Saya happy bila semua panggil saya mummy dan kami seumpama satu family. Saya pun kerap berulang-alik dan rapat dengan semua. Jadi saya rasa sayalah wanita yang paling bertuah dan beruntung sebab mempunyai hubungan sebegini. Syukur sangat-sangat.” Ferra dan Feeya merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kini, Fiza ialah isteri Aizat Al-Jefri Abdul Kudus dan rumah tangga mereka bertambah bahagia sejak kehadiran Baby Aleena. Kredit, Kosmo/IG, nona

Leave a Reply

Your email address will not be published.