Baru je diarahkan tutup gara gara ada ulat, tapi ada sesuatu yang warganet dapat tahu buat ramai yang pelik

Viral

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengeluarkan notis penutupan terhadap peniaga mee tonggek yang tular kerana terdapat ulat dalam makanan dijual. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana didapati tidak bersih. Katanya, pemilik gerai perlu mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

“BKKM sudah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap gerai yang menjual mee tonggek berkenaan. Selain tindakan penutupan, kompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerja yang didapati tidak mengambil suntikan anti-tifiod.

Tiga sampel turut diambil di gerai terbabit bagi tujuan analisis mikroorganisma dan bendasing. “Siasatan oleh pihak KKM juga mendapati peniaga berkenaan mempunyai sebuah premis makanan yang beroperasi di Cyberjaya di mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dipasarkan di bazar itu. KKM akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengendalian keselamatan makanan di premis itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Warganet Rasa Kedai Mee Tonggek Kena Shr

Segelintir mendakwa perniagaan mi goreng itu mungkin dishr akibat hasad dengki pihak tertentu selain bersimpati dengan pemilik gerai.

Takde kena mengena dengan shr?

Terdahulu, video mee goreng bersama sotong yang dibeli di Bazar Ramadan Putrajaya mempunyai ulat tular di media sosial. Dalam pada itu, mengenai isu gumpalan rambut dalam kuih limas, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan ke atas pengeluar kuih limas berkenaan bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983.

Beliau turut memaklumkan sehingga kini, menerusi Operasi Ramadan 2022 di seluruh negara, 4,362 premis Bazar Ramadan sudah diperiksa dan 77 notis kompaun dengan nilai RM38,500 dikeluarkan bagi kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Sumber, HMETRO ONLINE / OMM

Wanita Dedah Beli Mee Goreng Sotong Untuk Berbuka Di Bazar Ramadhan, Terkedu Bila Nampak Sesuatu Dalam Makanannya

Bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan sudah tentu menjadi tarikan utama orang ramai untuk membeli juadah berbuka sepanjang bulan mulia ini. Namun di sebalik kemeriahan itu, timbul beberapa isu seperti puding berbuih yang menjadi punca kerac.vnan makanan serta pertikaian harga nasi Arab hasil air tangan Cef Ammar Ali. Pada Khamis, muncul pula satu rakaman tular melibatkan penemuan ulat dalam makanan yang dibeli di Bazar Ramadan Putrajaya.

Ada Benda Bergerak Masa Nak Berbuka

Menurut pemilik akaun TikTok M.exsimustakasima33, dia mend.kwa membeli sebungkus mi goreng ketika berkunjung ke gerai Mee Tonggek di Bazar Ramadan Putrajaya. Namun apa yang mengejutkan, dia menemui beberapa ekor ulat di dalam hidangan itu ketika hendak berbuka puasa pada hari keja.dian.

“Assalamualaikum, tadi aku dah call Perbadanan Putrajaya PPj dan aku dah masuk w.ebsite dia. Sebab semalam ada satu kejadian selepas aku pergi kedai paling viral iaitu Mee Tonggek. So kau tengok Mee Tonggek ni, viral tau, sebab kau tengok, dia orang ramai pekerja dan ramai pembeli. Portion dia besar-besar tapi disebabkan ramai pekerja, dia smooth la, line tu smooth. Portion dia banyak, dan aku beli satu juadah, aku tak nak membazir. Aku minta cili lebih lagi. Kau tengok sotong dia sebesar alam, panas-panas weh tak tipu. Pukul 5.20 aku kat sana. Harga RM 30. Ada ulat. Kalau RM 30 tak sedap aku boleh terima. RM 30 kau dapat ulat, nak berbuka puasa. Kepada Perbadanan Putrajaya, tolong check kedai, kesian pengguna yang lain kesian kat budak-budak kalau makan. Nasib baik aku pasang lampu terang. Tengok-tengok ada ulat,” ujar pemilik video itu.

Video itu yang dikongsi ke aplikasi TikTok pada Khamis meraih lebih 3.6 j.uta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam. Ekoran tular k.es berkenaan, PPj turut mengeluarkan satu kenyataan dan memaklumkan pihaknya sudah mengambil t.indakan ke atas gerai tersebut.

“Susulan daripada tular video berhubung keadaan kebersihan makanan di gerai bazar Ramadan Putrajaya, Bahagian Kesihatan Persekitaran Perbadanan Putrajaya telah membuat pemantauan dan pemeriksaan rapi di keseluruhan kawasan dan gerai Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3. Ia termasuk gerai yang terlibat dengan isu kebersihan seperti yang viral di laman sosial media. PPj mengeluarkan notis amaran dibawah UUK 30, U.ndang-U.ndang Kecil Pelesenan Penjaja WP Putrajaya 2016 bersabit dengan kesalahan di mana pemegang lesen gagal memastikan kawasan tapak menjaja dalam keadaan bersih,” ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu, warganet turut memberikan pandangan masing-masing berkaitan k.es tular berkenaan. Selain menggesa peniaga bazar Ramadan menjaga kebersihan serta mutu makanan, ada yang turut membuat spekulasi kononnya k.es tersebut ada kaitan dengan unsur mistik. “Kadang-kadang masa beli kau tengok semua okey. Lepas balik ada ulat. S.ihir kedai pun boleh jadi. Kalau dia dah lama berniaga dan tiada m.asalah, tiba-tiba berulat kali ni macam pelik pula. Macam mana makanan panas-panas boleh ada ulat ek?. Saya rasa ulat tu dalam sotong. Mungkin ulat tu daripada cili jeruk,” tulis beberapa warganet. Kredit : Mstar/FB

Leave a Reply

Your email address will not be published.