Gara gara batu segi tiga dalam MV, tak pasal pasal Fieya Julia dikatakan pengikut illuminati dan ini jawapannya

artis

Fieya dikatakan sertai Illuminati gara-gara terdapat babak bentuk tiga segi dengan mata satu. Gara-gara terdapat babak memperlihatkan bentuk tiga segi dan mata satu dalam muzik video (MV) Mahligaimu Dari Airmataku, penyanyi Fieya Julia dikatakan mengamalkan unsur Illvminati. Terkejut dengan kata-kata tersebut, Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali mengakui dia tidak menyedari bentuk tiga segi tersebut terdapat dalam MV nyanyiannya bersama penyanyi Luqman Faiz.

Fieya tidak perasan dinding berbentuk tiga segi.

“Saya terkejut apabila baca komen tersebut sebab tak sangka warganet boleh berfikir sampai begitu sekali. Sejujurnya masa saya shooting MV itu pun saya tak perasan bentuk batu itu segi tiga. Bila orang komen, saya tengok balik barulah perasan rupa-rupanya batu itu bentuk tiga segi dan kebetulan pula ada babak mata saya kelihatan di tengah-tengah. Memang babak itu dibuat tanpa sengaja dan saya tegaskan ia tiada kena mengena dengan Illuminati. Saya sendiri tak pernah terfikir pun fasal Illuminati itu,” katanya. Terdahulu, Fieya menerusi laman Instastory miliknya pada Jumaat memuat naik paparan skrin komen warganet yang mengatakan dirinya menyertai pertubuhan Illvminati dengan menjual jiwa kepada syaitan.

Saya sendiri tak pernah terfikir pun fasal Illuminati itu.

Warganet tinggalkan komen tersebut di MV lagu Mahligaimu Dari Airmataku nyanyian asal kumpulan Lestari yang dinyanyikan semula Fieya dan Luqman Faiz. MV lagu tersebut kini menjadi trending nombor enam di saluran YouTube dan mendapat lebih 230,000 tontonan selepas dimuat naik pada 7 April lalu. Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini berkata dia menganggap warganet yang tinggalkan komen mengaitkan unsur Illvminati terlalu kreatif sehingga mampu berfikiran sebegitu.

Fieya dan Luqman Faiz merancang untuk keluarkan lagu duet bersama.

Menurut penyanyi lagu Perasaanku, dia tidak perlu lagi bekerja sekiranya sudah menyertai Illuminati yang merupakan pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order. “Saya tak marah tapi lebih kepada rasa kelakar pula bila ada beberapa warganet komen kaitkan iluminati. Bagi saya, tak semestinya bentuk tiga segi itu lambang Illuminati. Segi tiga itu juga melambangkan semangat… jadi, pelik juga warganet sampai fikir ke situ. Kadang-kadang warganet ini terlalu kreatif. Kalau betul saya join Illvminati itu, sudah tentu sekarang ini saya dah kaya, tak perlu lagi saya kerja. Buat apa saya kerja kalau dah kaya kan,” ujarnya. Sumber,Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.