Wanita dedah beli mee goreng sotong untuk berbuka di bazar ramadhan, terkedu bila nampak sesuatu dalam makanannya

Viral

Bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan sudah tentu menjadi tarikan utama orang ramai untuk membeli juadah berbuka sepanjang bulan mulia ini. Namun di sebalik kemeriahan itu, timbul beberapa isu seperti puding berbuih yang menjadi punca kerac.vnan makanan serta pertikaian harga nasi Arab hasil air tangan Cef Ammar Ali. Pada Khamis, muncul pula satu rakaman tular melibatkan penemuan ulat dalam makanan yang dibeli di Bazar Ramadan Putrajaya.

Ada Benda Bergerak Masa Nak Berbuka

Menurut pemilik akaun TikTok M.exsimustakasima33, dia mend.kwa membeli sebungkus mi goreng ketika berkunjung ke gerai Mee Tonggek di Bazar Ramadan Putrajaya. Namun apa yang mengejutkan, dia menemui beberapa ekor ulat di dalam hidangan itu ketika hendak berbuka puasa pada hari keja.dian.

“Assalamualaikum, tadi aku dah call Perbadanan Putrajaya PPj dan aku dah masuk w.ebsite dia. Sebab semalam ada satu kejadian selepas aku pergi kedai paling viral iaitu Mee Tonggek. So kau tengok Mee Tonggek ni, viral tau, sebab kau tengok, dia orang ramai pekerja dan ramai pembeli. Portion dia besar-besar tapi disebabkan ramai pekerja, dia smooth la, line tu smooth. Portion dia banyak, dan aku beli satu juadah, aku tak nak membazir. Aku minta cili lebih lagi. Kau tengok sotong dia sebesar alam, panas-panas weh tak tipu. Pukul 5.20 aku kat sana. Harga RM 30. Ada ulat. Kalau RM 30 tak sedap aku boleh terima. RM 30 kau dapat ulat, nak berbuka puasa. Kepada Perbadanan Putrajaya, tolong check kedai, kesian pengguna yang lain kesian kat budak-budak kalau makan. Nasib baik aku pasang lampu terang. Tengok-tengok ada ulat,” ujar pemilik video itu.

Video itu yang dikongsi ke aplikasi TikTok pada Khamis meraih lebih 3.6 j.uta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam. Ekoran tular k.es berkenaan, PPj turut mengeluarkan satu kenyataan dan memaklumkan pihaknya sudah mengambil t.indakan ke atas gerai tersebut.

“Susulan daripada tular video berhubung keadaan kebersihan makanan di gerai bazar Ramadan Putrajaya, Bahagian Kesihatan Persekitaran Perbadanan Putrajaya telah membuat pemantauan dan pemeriksaan rapi di keseluruhan kawasan dan gerai Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3. Ia termasuk gerai yang terlibat dengan isu kebersihan seperti yang viral di laman sosial media. PPj mengeluarkan notis amaran dibawah UUK 30, U.ndang-U.ndang Kecil Pelesenan Penjaja WP Putrajaya 2016 bersabit dengan kesalahan di mana pemegang lesen gagal memastikan kawasan tapak menjaja dalam keadaan bersih,” ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu, warganet turut memberikan pandangan masing-masing berkaitan k.es tular berkenaan. Selain menggesa peniaga bazar Ramadan menjaga kebersihan serta mutu makanan, ada yang turut membuat spekulasi kononnya k.es tersebut ada kaitan dengan unsur mistik. “Kadang-kadang masa beli kau tengok semua okey. Lepas balik ada ulat. S.ihir kedai pun boleh jadi. Kalau dia dah lama berniaga dan tiada m.asalah, tiba-tiba berulat kali ni macam pelik pula. Macam mana makanan panas-panas boleh ada ulat ek?. Saya rasa ulat tu dalam sotong. Mungkin ulat tu daripada cili jeruk,” tulis beberapa warganet. Kredit : Mstar/FB

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.