Hampir sebulan kena banned, sekali ini tindakan yang Syatilla Melvin buat pada akaun miliknya dan berjaya

Viral

Syatilla seronok dapat balik akaun TikTok. Selepas sebulan akaun TikTok digantung tanpa sebab, pelakon Syatilla tidak menyangka tindakannya membuat aduan dalam loghat utara membuahkan hasil. Menurut Syatilla, dia bersyukur akaun yang mempunyai lebih 300,000 pengikut itu akhirnya aktif semula. “Weh TikTok aku dah sebulan kena banned. Dapat email beritahu kena banned permenantly. Tapi tadi tergerak hati nk buat report! So aku ni tulis la report dalam bahasa Melayu utara sebab lagi confident tulis Melayu. Selepas berapa jam terus dapat balik akaun Tiktok aku” ujarnya.

Tapi tadi tergerak hati nk buat report! So aku ni tulis la report dalam bahasa Melayu utara sebab lagi confident tulis Melayu.

Menerusi aduan yang dibuat itu, Syatilla memberitahu kandungan yang dimuat naik dalam akaun tersebut hanyalah berkaitan kehidupannya sendiri. “Saya ni buat content jadi diri sendiri. Saya tak tau pasaipa (kenapa) orang pakat report TikTok saya. Tolong sat buat apa yang patut, saya ketaq kepala dah nak buat content ni” ujarnya dalam aduan berkenaan.

Syatilla bersama suaminya Shaheizy Sam.

Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian isteri kepada Shaheizy Sam itu dan menganggap pengendali aplikasi tersebut faham dengan dialek utara tersebut. “Lepas ni tulis bahasa Melayu saja la, jenuh nak tulis bahasa Inggeris. Cakap utara baru depa faham eh? Pengasas TikTok orang Kokdiang weh” tulis beberapa warganet. Namun ada juga yang memberitahu aplikasi tersebut mempunyai pejabat di Malaysia dan kakitangan berbangsa Melayu. “Office TikTok memang ada kat Malaysia, staf dia ada yang Melayu, sepatutnya memang tiada masalah kot” tulis warganet. Sumber, Mstar

Syatilla Melvin Dedahkan Sesuatu Yang Pelik Selalu Jadi Semenjak Hamil Anak Ketiga Ni. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Jadi.

Pelakon Syatilla Melvin tidak menyangka pndrahan yang kerap dialaminya sejak kebelakangan ini adalah petanda komplikasi kehamilan iaitu plasenta previa atau uri bayi berada di bawah rahim. Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 31, yang kini sedang hamil tujuh bulan anak ketiganya turut mengakui begitu banyak ujian dilaluinya untuk kehamilan kali ini.

“Tadi (semalam) pergi pemeriksaan, doctor beritahu kehamilan plasenta previa. Sebab kebelakangan ini asyik alami cairan merah keluar. Jalan banyak, angkat anak, kasar sedikit akan berlaku pndrhan. “Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tapi anak nombor tiga ini memang pelik. Dari awal memang pelik. Sampai sekarang tidak lalu hendak promosi produk sendiri.

“Sudah berapa lama tidak buat video (content) untuk produk. Bila pegang sahaja produk rasa meremang pening. Tidakkah aneh?” tulis Syatilla dalam Instagramnya malam tadi. Dalam pada itu Syatilla yang juga isteri kepada aktor Shaheizy Sam mendedahkan, disebabkan komplikasi kehamilan yang dialaminya, dia tidak mempunyai pilihan selain bersalin secara operasi.

“Jadi, nombor tiga ini pastilah doktor kena operasi perut aku. Baru rancang untuk cuba kelahiran VBAC (kelahiran normal untuk mereka yang pernah melakukan operasi). “Tidak ada rezeki sungguh. Tidak apalah, apa hendak jadi pada ibu sekalipun jadilah. Janji anak ibu selamat sempurna. Amin,” tulis Syatilla lagi.

Oleh sebab kehamilannya berisiko tinggi, Syatilla telah diminta oleh doktor untuk berada di hospital apabila kehamilan mencecah 36 minggu atau cukup lapan bulan. “Bagaimanapun doktor suruh masuk wad ketika kehamilan berusia 36 minggu.Tapi aku nak raya dan tidak mahu masuk wad lagi.

“Ya Allah, siapa lagi ada pengalaman kehamilan plasentra previa ini? Boleh kongsikan pengalaman?” ujar Syatilla. Terdahulu pada peringkat awal kehamilan, dia berdepan dengan alahan yang teruk dan turut dijangkiti virus Covid-19 pada Februari lalu sebelum disahkan mengalami kehamilan plasenta previa. Sekadar info, kehamilan Syatilla kali ini merupakan kandungan keenamnya selepas pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.

Pelakon yang popular dengan drama Sha & Shah itu berdepan keguguran kali terakhir pada April tahun lalu ketika usia kandungannya lapan minggu. Syatilla dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 2. Sumber – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.