Suami makan hasil ludh isteri, sekali ini respon padu PU Amin

Viral

Sama ada suami mahupun isteri, tetap ada adab dan tatacara yang perlu dihormati antara satu sama lain. Namun tidak sedap dilihat apabila sebuah video yang tular menunjukkan seorang wanita dipercayai si isteri ‘meludah’ sisa makanan ke dalam pinggan pasangannya. Tidak dipastikan bila dan lokasi kejadian, apa yang pasti video tersebut merupakan rakaman daripada siaran langsung (live) di laman sosial.

Menerusi sebahagian klip rakaman berdurasi 11 saat itu menunjukkan kedua-duanya sedang menikmati hidangan sebelum wanita berkenaan mengeluarkan sisa ketam yang dikunyahnya dan ‘meludahkannya’ ke dalam pinggan lelaki di sebelahnya. Wanita berkenaan kelihatan selamba melakukannya ketika suaminya masih menikmati makanan menggunakan pinggan yang sama. Dia kemudian kembali mengunyah ketam sambil tersenyum di hadapan kamera.

Tangkap layar video wanita asyik mengunyah ketam. Si suami bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi dan menikmati makanan seperti biasa. Malah lelaki berkenaan dililhat selamba memakan makanan yang ‘diludahkan’ itu. Tindakan wanita tersebut membangkitkan kemarahan ramai yang menyifatkannya tidak beradab, meskipun kedua-duanya adalah suami isteri.

Rata-rata warganet yang bergelar isteri turut malu dengan aksi yang menjijikkan itu dan menegurnya kerana tidak menghormati suami yang sedang makan. “Makanan yang aku gaul-gaul pakai tangan atau makanan tak habis makan pun aku tak sanggup nak bagi laki (suami) makan, ini kan kunyah ludah macam tu. Yang nabi ajar kita adalah berkongsi makanan dalam keadaan yang baik dan tidak ada kotoran serta tidak menjijikkan.

“Aduhai sampainya hati buat macam tu. Selalu suami kita bagi yang terbaik tanda hormat. Ni sampai sisa diletak suruh suami makan. Lepas tu boleh lagi senyum. Mana boleh buat macam tu sisa makanan bagi kat laki… laki tu bersusah payah cari rezeki, kerja siang malam nak menyara anak bini. Laki ibarat bapa dialah tempat bergantung hidup anak beranak.

Komen mengaitkan rakaman dengan ‘content’ media sosial.

“Pada aku, apa yang bini dia buat biadab. Kalau bini makan tak habis okay lagi la lakinya tolong habiskan. Ni dah bekas mulut luah letak kat pinggan laki. Kurang ajar namanya. Muka cantik, tapi otak kat lutut. Kalau nak buat content pun agaklah. Sampai memalukan suami kau buat macam tu, serupa kau bagi makan nasi k4ngkang,” demikian antara komen warganet.

PU Amin mengulas mengenai video yang tular.

Sementara itu, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin ketika dihubungi mStar berpandangan bahawa ia merupakan kelakuan yang tidak mempunyai adab. “Tidak ada akhlak antara isteri dan suami sekiranya mereka benar-benar adalah suami isteri. Dalam sunnah pun, bukan makna kata suami kena makan hasil sisa kotoran daripada isteri. Jika kita makan dan letak atas pinggan suami, ia jadi sisa kotoran. Yang nabi ajar kita adalah berkongsi makanan dalam keadaan yang baik dan tidak ada kotoran serta tidak menjijikkan.

“Perkara ini perlu dielakkan, jangan sebab kita nak tunjuk paling sweet, paling baik dan paling romantik sehingga kita menyalahi adab dan akhlak sebagai suami isteri. Jika ia sisa kotoran, maka itu adalah penghinaan bagi suami. Bukan bermakna kita sayang isteri, kita kena buat benda-benda yang kotor. Itu kita kena elakkan,” kata PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim yang turut menasihatkan agar rakaman seumpama itu tidak wajar dibuat kerana tidak sopan dan hanya mengundang kritikan. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.