Sampai beli hadiah untuk tambat hati ibu, Aliff Syukri luah rasa kecewa ibu tak menghargai sesuatu

artis

Umum lagi memang sudah kita ketahui dengan Usahawan sensasi ini. Jutawan kosmetik, Dato Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila ibunya, Rozita Ibrahim dikatakan tidak menghargai bakat nyanyian dan sering mencarut padanya setiap kali dia mahu menyanyi.

Setiap Kali Nak Nyanyi Mak Asyik Carut Saya

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Ibu Aliff dilihat mengelakkan diri apabila aliff mahu menyanyikan lagu raya terbaharunya. “Mak..Bukan sekali dua mak tak hargai bakat saya. Setiap kali saya nak nyanyi mak asyik carut saya. Mak patut tahu bakat saya ni anugerah luar biasa. Kenapa orang luar lagi hargai bakat saya dari mak @bondarozitaibrahim.”-Aliff Syukri. Titip Harapan Dapat Ambil Hati Ibu. Tambahnya lagi, Aliff turut menceritakan bahawa dia telah membeli hadiah dengan harapan dapat ‘membeli’ jiwa ibunya itu namun tidak berjaya. “Ingat datang bawa hadiah mak akan support rupanya beli hadiah tak mampu beli jiwa mak untuk puji lagu saya.”-Aliff Syukri

Pelbagai Reaksi Warganet

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa lucu melihat gelagat Aliff Syukri bersama ibunya yang dikatakan tidak menghargai bakat nyanyiannya itu. Katanya warganet “Bonda tak restu tu”,“Jujur betul maknya”, “Serius lawak”,“Best ja dengan lagu Dato”,“Terhibur pulak aku”,“Lucu lah awak”. Sekadar info, Aliff Syukri dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah. Selain itu, pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat perempuan yang dikenali sebagai Ameena. Sumber, murai

Kecoh Pasal Ada Asap Dalam Rumah, Sekali Dato Aliff Tampil Bongkarkan Punca Sebenar Rumah Besar Dia Berasap. Rumah usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri terbakar gara-gara ‘power bank’ yang ditinggalkan di atas tilam di dalam bilik oleh salah seorang pekerjanya. Kejadian yang berlaku pada malam tadi membuat mereka sekeluarga dan pekerja yang tinggal di rumah berkenaan panik, namun bersyukur kerana terselamat selepas menyedari kebkran tersebut lebih awal. “Pengalaman yang menakutkan saya apabila mendengar jeritan daripada anak-anak, pengawal, pembantu peribadi, pembantu rumah dan tukang kebun.

“Melihat asap naik ke atas ketika saya sedang berada dalam tandas, tidak perasan langsung ada kebkaran. Orang ketuk-ketuk pintu dan menjerit, saya lintang pukang lari sampai tidak cukup tanah. “Sudahlah rumah saya besar sangat, saya lari sampai tidak jumpa jalan keluar, waktu itu Tuhan saja tahu,” ujar Aliff Syukri yang turut memuat naik video kebakaran dalam Instagramnya. Tambah Aliff, ketika kejadian dia hanya terfikir untuk menyelamatkan diri dan keluarganya sahaja.

“Waktu itu saya hanya terfikir hendak selamatkan nyawa keluarga saya. Sudah tidak fikir jam tangan mahal, rumah mahal. Saya buntu dan menggelabah,” ujar Aliff lagi. Dalam pada itu, isterinya Datin Shahida atau nama sebenarnya Nur Shahida Mohd. Rashid berharap kejadian tersebut menjadi pengajaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati menggunakan ‘power bank’. “Kalian hati-hati, kadang-kadang kita tidak sangka benda kecil pun menjadi punca, jangan pula kata saya gimik hendak bkr rumah untuk buat ‘content’.

“Bilik pekerja saya Idris yang terbakar, selepas ini ‘power bank’ kalau tengah panas lepas cas jangan letak atas katil. “Alhamdulillah, kami semua selamat. Paling kecoh Aliff, api sudah padam baru hendak telefon bomba,” kongsi Shahida. Jelas ibu kepada lima orang anak itu lagi, paling penting adalah jangan panik ketika kebakaran berlaku kerana boleh menyebabkan terlupa semua perkara asas untuk menyelamatkan diri. “Pemadam api ada tetapi apabila sudah panik kita pun lupa rumah kita ada, ingat air saja dalam kepala,” tulis Shahida dalam Instagramnya. Sumber,  KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.