Bapa tengah sakit tnat di Malaysia, Sajat dedah kenapa dia tak boleh balik Malaysia dan ini yang dia minta

KESIHATAN Viral

Bapa usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kini berada dalam keadaan tenat. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh adik Nur Sajat, Mustika menerusi perkongsian di Instagram Storynya hari ini. “Minta semua doakan ayah saya, ayah dah makin tenat,” tulisnya ringkas. Sementara itu, Nur Sajat dalam satu hantaran di Instagramnya mengesahkan bahawa kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas lagi.

“Minggu lepas lagi ayah tak sihat, Sajat kat sini ‘video call’ dan dapat kirimkan duit belanja untuk keluarga.“Apa-apa pun, Kak Long dan Mak selalu ‘update’ pasal hal ayah saya. Doakan baik-baik untuk keluarga saya. Harap semunya okey,” tambahnya. Dalam pada itu, dia memaklumkan tidak boleh balik ke Malaysia walaupun sudah menerima passport untuk terbang keluar daripada Australia. “Terima kasih kerajaan Australia. Akhirnya dapat passport saya. OMG gembira dapat terbang ke awan biru, now Sajat bolehlah terbang business trip dalam masa terdekat ni. Kalau nak balik Malaysia tu, memang tak boleh,” ujarnya. Terdahulu, Nur Sajat kini menetap di Australia sejak tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa. Sumber, Gempak

Ada Pula Yang Kaitkan Dengan Sajat Bila Australia Banjir Teruk Sampai Diisytihar Darurat. Sekali Ini Pula Komen Warganet.

Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengumumkan darurat akan diisytiharkan susulan banjir buruk yang melanda kawasan timur laut negara itu. Morrison mengumumkan perkara itu pada Rabu ketika melawat komuniti yang terjejas di utara New South Wales (NSW), lapor Xinhua.

Pengisytiharan itu akan memberi kerajaan persekutuan lebih kuasa untuk menempatkan Pasukan Pertahanan Australia (ADF) dan sokongan kewangan ke kawasan terjejas. Ini adalah kali pertama darurat diisytiharkan selepas undang-undang berkaitan perkara itu digubal susulan krisis kebakaran belukar 2019/20. “Saya telah membuat keputusan ini hari ini, dengan berunding dengan Perdana Menteri.

“Ia akan memastikan Menteri dan agensi kita tidak menghadapi sebarang birokrasi yang tidak perlu semasa mereka melaksanakan apa yang diperlukan masyarakat,” katanya. Sekurang-kurangnya 20 orang pergi menghadap illahi dan beribu-ribu bangunan msnh atau rosak sejak banjir melanda pada akhir Februari selepas kawasan timur laut negara ini menerima curahan hujan luar biasa dalam masa seminggu.

Morrison mengumumkan AUS$25 juta (AS$18.2 juta) dalam bentuk pembiayaan untuk bantuan kecemasan, makanan dan perkhidmatan kaunseling serta AUS$31.2 juta (AS$22.7 juta) untuk perkhidmatan jangka panjang bagi kesihatan mental. “Kami tidak boleh memandang rendah soal kesihatan mental jangka panjang yang akan dihadapi komuniti.

Kerajaan akan memantau dengan teliti keadaan untuk memahami bantuan lain yang diperlukan orang ramai apabila mereka pulih daripada bncna ini,” kata Morrison. Berita tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang turut sama-sama mendoakan keselamatan rakyat negara itu.

Australia Banjir Teruk Sampai Diisytihar Darurat, Warganet Dakwa Sajat Bawa Bala

Bagaimanapun, diruangan komen perkongsian berita itu di Facebook, ada pula warganet mendakwa musibah akan melanda di mana sahaja usahawan sensasi Sajat berada. Malah, ada yang mempersoalkan adakah musibah itu berlaku disebabkan Sajat berada di sana. Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaan Sajat yang kini sudah berhijrah ke negara itu.

Oktober tahun lalu, Sajat sudah pun berhijrah ke Australia untuk memulakan kehidupan baru disana. Baru-baru ini, Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia. Sajat berkata dia meraskan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan. SUMBER, CARI FORUM

Leave a Reply

Your email address will not be published.