Isteri meronta ronta tahan sakit, Raja Syahiran sebak sampaikan rasa diri tak berguna

Viral

Syahiran tidak dapat menahan sedih melihat isteri dalam keadaan sakit. Sedih melihat isteri, Uyaina Arshad menahan sakit selepas pembedahan apendiks dan keradangan pada rahim, penyanyi Raja Syahiran juga merasakan seperti dirinya tidak berguna. Menurut Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 29, dia berharap kesakitan yang ditanggung Uyaina itu dapat dipindahkan kepadanya. “Memang sedih apabila melihat isteri meronta-ronta tahan sakit, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk bantu. Hanya mampu berdoa sahaja. Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung. Saya rasa diri macam tak berguna kerana tidak boleh membantu,” katanya.

Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung

Uyaina menjalani operasi apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Isnin lepas. Bagaimanapun dia terpaksa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami keradangan pada rahim. Uyaina yang kini sedang hamil anak pertama sudah dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan berehat selama dua minggu.

Usia kandungan Uyaina hampir memasuki empat bulan.

“Syukur isteri dan kandunganya sihat dalam keadaan baik sekarang ini dan doktor nasihatkan supaya berehat selama dua minggu. Selepas melihat keadaan isteri barulah saya faham bagaimana perasaan seseorang yang kita sayang dalam keadaan sakit namun tidak boleh berbuat apa-apa,” ujarnya. Untuk rekod, Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu. Minggu lalu Uyaina berkongsi berita gembira dirinya dirinya sedang hamil dan meluahkan rasa teruja menyambut Ramadan pertama sebagai pasangan suami isteri. Sumber, Mstar

Kali Ni Suami Pulak Dedah Keadaan Terkini Uyaina Arshad Makin Merosot, Rupanya Ini Yang Terjadi

Sebelum ini pelakon serta pengacara Uyaina berkongsi gambar dia di dalam wad kerana menjalani operasi apendiks. Berkongsi dalam hantaran di Instagram, Uyaina menceritakan dia menjalani operasi pada pukul 10 malam Isnin selepas dimasukkan wad kerana mengalami gejala sakit di bahagian bawah kanan perut. “Saya baru menjalani operasi apendiks. Saya beruntung kerana apendiks itu masih belum pecah, kalau pecah tidak tahu apa yang akan terjadi. “Semuanya bermula pagi Isnin semasa bangun tidur terus rasa sakit sangat-sangat di bahagian bawah perut sebelah kanan, kalau bergerak lagi sakit,” katanya.

Tambahnya lagi, ekoran itu suaminya mengajak dia ke h.ospital untuk membuat pemeriksaan.
Katanya lagi, selepas diperiksa doktor memaklumkan dia perlu dib.edah segera dan ditempatkan di dalam wad. “Alhamdulillah operasi berjalan lancar, terima kasih kepada doktor dan jururawat kerana menjaga saya sebaik mungkin. “Mohon doa daripada semua supaya Uyaina cepat sembuh dan semoga bayi juga sihat,” ujarnya yang kini sedang mengandung tiga bulan. Uyaina juga sebelum ini pernah di masukkan ke h.ospital kerana di ja.ngkiti Covid19.

Terbaru, keadaan bakal ibu Uyaina Arshad dimaklumkan masih belum berapa baik selepas menjalani operasi ap.endiks. Menurut suaminya Raja Syahiran, keadaan isterinya semakin merosot selepas pada hari ini Selasa dan dia masih menunggu perkembangan selanjutnya daripada doktor. “Hari ini dia Uyaina kurang okay sikit. Saya sedang menunggu perkembangan terkini daripada doktor,” katanya. Tambahnya, Uyaina menjalani operasi pada pukul 10 malam Selasa dan tamat 45 minit selepas itu. Katanya lagi, meskipun risau akan keadaan isterinya, dia bersyukur kerana tiada sebarang k.omplikasi yang berlaku semasa operasi dan bayi dalam kandungan juga selamat.

Berkongsi detik semasa isterinya sakit, Raja Syahiran memberitahu dia sangat risau akan keadaan isterinya. Kongsinya lagi, ketika ini dia mengetepikan semua perihal kerja dan mengutamakan keluarganya. “Semasa sebelum operasi doktor memaklumkan jika operasi tidak dilakukan segera ia akan memudaratkan kandungan. “Ini pertama kali Uyaina kena apendik dan saya bersyukur operasi berjalan lancar,” ujarnya. Kredit, MJRT/IG

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dalam Diam Rupanya Ada Isi, Akhirnya Uyainaa Tampil Bongkarkan Tengah Hamil Anak Pertama. HAMPIR empat bulan mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengumumkan bahawa dia kini hamil cahaya mata pertama. Melahirkan rasa syukur atas nikmat Allah, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia dan suaminya iaitu penyanyi rap Raja Syahiran teruja bakal bergelar ibu bapa. “Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran dan Uyaina. Insya-Allah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah. We are pregnant! “Syukur pada-Mu Ya Allah. Sejujurnya, kami masih tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can’t wait to see you our Little One,” kongsi Uyaina.

Pelakon berusia 30 tahun itu berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto Raja Shahiran meletakkan kepala di perutnya di laman Instagram pada Sabtu. Rata-rata warganet serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan. Dalam pada itu, Uyaina berharap semua orang dapat mendoakan keselamatannya bersama bayi sepanjang tempoh kehamilan hingga kelahiran.

“Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan dan keselamatan Uyaina serta baby sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan nanti. “Semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin. Ramadan kali in imembawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina. “Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa. Semoga kita semua memperoleh keberkatan dalam bulan mulia ini,” katanya. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur selepas lebih tahun pengenalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.