Nelayan dedah sesuatu tentang MH370 sampai sanggup bersumpah atas Al Quran, Ini yang dia cakap buat ramai terkedu

Viral

Baru baru ini muncul saksi warga Indonesia, Rusli Khusmin yang mendakwa melihat sendiri pesawat MH370 terhempas di lautan Sumatera membuat akuan sumpah dengan al-Quran pagi ini. Menurutnya, dia yang berada di tempat kejadian pada pagi 8 Mac 2014 menyaksikan pesawat itu rosak, asap hitam dan bau busuk asid daripada pesawat berkenaan. “Saya melihat sendiri pesawat itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yang patah, tiada bunyi, hanya asap hitam seperti berpunca daripada kebakaran sebelum terhempas ke dalam air,” katanya yang diterbangkan khas dari Indonesia, dalam sidang media di Lake View Club, di sini, hari ini. Turut menyaksikan akuan sumpah itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Seri Nadzim Johan. “Namun saya hampa kerana selama dua hari meninjau perkembangannya, tiada apa-apa yang timbul dari laut, tiada serpihan, hanya asap hitam dan bau busuk asid,” katanya yang juga merupakan nelayan dari Pengkalan Susu Indonesia.

Bagaimanapun katanya, dia berjaya merakam kejadian pesawat tersebut bersama bacaan sistem pengesanan global (GPS) termasuklah badan atau bayangan kejadian pesawat yang tenggelam di dalam lautan itu. Susulan itu Rusli hari ini menyerahkan data GPS , bukti di tapak kejadian dan impak kepada Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Dr Jacob George. Sementara itu, Dr Jacob berkata oleh itu pihaknya secara rasmi akan menghantar hasil bukti ini kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menunggu tindakannya untuk menyelesaikan perkara ini.

‘Sumpah kami nampak MH370, tapi konsulat gak percaya’

Di Indonesia, sekumpulan nelayan terlihat sebuah pesawat dalam keadaan berasap sebelum seolah-olah ‘mendarat’ di laut dekat perairan Sumatera, dekat Selat Melaka pada pagi 8 Mac 2014. Pada tarikh sama, pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 orang terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan Ketiga-tiga kejadian berkenaan berlaku pada tarikh sama dan pada waktu yang hampir sama dan dua daripadanya di lokasi sama iaitu Selat Melaka. Timbul persoalan adakah pesawat MH370 benar-benar terhempas di lokasi berkenaan seperti disaksikan wanita warga Malaysia ketika berada di dalam pesawat dan sekumpulan nelayan warga Indonesia yang sedang menangkap ikan di laut.

Katanya lagi “Ketika kejadian saya sedang mengangkat bubu bersama tiga lagi awak-awak di laut. Saya berada di dalam rumah bot sebelum dipanggil seorang awak-awak mendakwa ternampak sebuah pesawat dalam keadaan berasap. “Pesawat berkenaan dalam keadaan ke kiri dan ke kanan, namun tiada bunyi seolah enjinnya mati. Saya melihatnya dengan mata saya sendiri pesawat itu mendarat di laut sebelum tenggelam, ia tidak terhempas,” kata nelayan dari Pangkalan Susu yang terletak di Kabupaten Langkat, Sumatera Utara, Indonesia, Rusli Kusmin, 77, ketika ditemui, hari ini.

Rusli berkata, jarak antara bot dengan lokasi pesawat berkenaan terhempas kira-kira 1.5 kilometer sebelum dia bersama awak-awak mendekati lokasinya dan mencari titik sebenar pesawat itu tenggelam menggunakan sistem komputer untuk mengesan ikan, namun gagal. “Ketika itu, tiada sebarang objek yang timbul. Selepas beberapa kali mencari, kami kemudian meninggalkan lokasi kerana perlu menangkap ikan, dan selepas tiga hari, kami kembali. Kali ini kami menemui titiknya selepas ternampak satu imej objek besar dan padu dalam sistem komputer kami. “Saya berpesan kepada rakan kru supaya tidak menghebohkan perkara itu, namun sebaik pulang ke darat, perkara berkenaan tersebar dengan cepat dan bagi mengelak sesuatu yang tidak baik, saya membuat aduan di pejabat Konsulat Malaysia Medan.

Katanya lagi “Bagaimanapun, aduan saya itu seolah tidak diendahkan kerana saya tidak mempunyai sebarang bukti berhubung insiden. Tiada untung, tiada rugi kepada saya jika mereka tidak percaya kerana saya tidak membuat apa-apa tuntutan,” katanya. Ketika di akhir pertemuan itu, Rusli memegang sebuah al-Quran sebelum bersumpah dia dan tiga lagi kru menyaksikan insiden berkenaan yang dipercayai pesawat MH370. “Saya bersumpah dengan al-Quran, saya menyaksikan sendiri pesawat berkenaan dalam keadaan berasap dan bergerak ke kiri, ke kanan sebelum seperti mendarat di air lalu tenggelam,” katanya.

Sementara itu Pengerusi International Intelligence Task Force 370 (IIT370) Datuk Dr Jacob George berkata, selepas mendarat di Johor Bharu, wanita berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden yang disaksikan. “Manakala nelayan warga Indonesia berkenaan turut membuat aduan kepada wakil pemerintah Malaysia di Medan. “Selepas melakukan siasatan, Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Malaysia turun padang ke Pangkalan Susu di Indonesia dan berjumpa dengan nelayan berkenaan, Rusli Kusmin, 77. Kami juga pernah ke lokasi berkenaan untuk meninjaunya pada tahun 2017. “Ketika itu kami tidak mempunyai aset atau teknologi untuk melihat sendiri objek yang didakwa Rusli.

Katanya lagi “Malah, pada 2014, sebuah kapal dari Greece yang sedang belayar di sekitar Lautan Sumatera diberi amaran oleh pihak berkuasa Indonesia supaya berhati-hati kerana terdapat objek terapung tidak jauh dari lokasi pesawat berkenaan terhempas. “Dengan bantuan imej dari satelit Tomnod milik syarikat DigitalGlobe, mereka mengesan objek pesawat MAS di tempat yang sama,” kata Presiden CASSA itu. Beliau berkata, dia meminta supaya kerajaan melakukan siasatan menggunakan maklumat dan petunjuk itu dengan menggunakan kelengkapan yang ada selain bantuan dari Indonesia kerana pihaknya mempunyai titik pesawat berkenaan tenggelam bagi merungkai tragedi yang masih menjadi misteri kepada dunia dan rakyat negara ini sendiri. Sumber, murai

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.