Tayang barang kemas bernilai ratusan ribu, Ifa Raziah akui ambil 5 bodyguard untuk keselamatannya

Viral

Ifa tak ambil peduli kalau ada katakan dia pakai barang kemas tiruan. Sering memperagakan barangan kemas bernilai ratusan rubu ringgit, pastinya soal keselamatan turut diutamakan oleh penyanyi Ifa Raziah agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Justeru itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, mengupah seramai lima orang pengawal peribadi setiap kali keluar menghadiri majlis sebagai langkah keselamatan.

“Bukannya saya pakai barang kemas ini setiap hari. Hanya akan pakai ketika menghadari majlis tertentu sahaja. Saya akan lima orang pengawal peribadi yang akan pantau keadaan sekeliling apabila saya keluar dengan mengayakan barang kemas bernilai tinggi,” katanya.Kata Ifa yang juga merupakan seorang usahawan, memakai barang kemas adalah salah satu strategi pemasaran untuk membuktikan kejayaan dalam perniagaan.

Ifa ambil langkah selamat pasang pengawal peribadi

Sementara itu, Ifa juga tidak mengambil peduli jika ada pihak yang mengatakan barang kemas yang dipakainya adalah palsu. “Mungkin saya tidak tunjukkan duit yang banyak atau memiliki kereta mewah, tetapi dengan ada barang kemas begini ia merupakan satu cara pemasaran supaya orang melihat kejayaan saya. Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan… biarkanlah. Apa yang penting masing-masing hidup bahagia,”ujarnya.

Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan… biarkanlah

Ifa ditemui ketika sidang media Starvendors Mega Fest Raya 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis. Acara jualan raya ini merupakan kali keempat anjuran Ifa sendiri dan ia bakal berlangsung pada 22 hingga 25 April bertempat di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (WTCKL). Sementara itu, Ifa memberitahu dia mengalami waktu sukar tahun lalu selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur sehari sebelum acara berlangsung. “Disebabkan PKPD saya terpaksa pulangkan semula semua wang sewa peniaga dan saya berjaya bayar kembali dalam tempoh 90 hari. Disebabkan itu juga mereka percaya kepada saya untuk teruskan pada tahun ini dan semakin ramai peniaga baharu yang mahu turut sama,” ujarnya. Sumber, Mstar

5 Tahun Bermasam Muka, Kini Roslan Shah Tampil Mohon Maaf Pada Ifa Raziah Gara Gara Termimpi Sesuatu

Ibarat ‘sinar kemaafaan’ menjelang bulan Ramadan ni, persengketaan berlarutan hampir lima tahun mungkin berakhir apabila pengacara dan selebriti serba boleh, Roslan Shah mahu memohon maaf secara terbuka dengan bekas teman baiknya, Ifa Raziah. Menurut Roslan, dia mahu meleraikan salah faham dan sengketa antara mereka memandangkan usia semakin lanjut selain turut berusaha bermuhasabah diri. “Sejak Allah SWT duga saya dengan sakit baru-baru ini, banyak yang membuatkan saya terfikir dengan mendalam. Satu daripadanya ialah bila-bila masa sahaja m.4ti itu akan tiba. Sakit baru-baru ini juga membuatkan saya rasa seperti Allah SWT telah beri peluang kedua buat diri.

Jadi dengan kesempatan yang ada, saya nak mohon maaf dengan sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan saya. Juga kepada Ifa Raziah, saya mohon maaf dan memaafkan awak,”katanya. Tambah Roslan, dia tidak menganggap satu tindakan memohon maaf itu sebagai satu kekalahan atau kesalahan. Jelasnya, ini kerana memohon maaf pada setiap insan itu adalah satu perbuatan yang mulia. “Saya tak rasa malu untuk mohon maaf. Biarlah orang nak cakap apa, cakaplah. Saya dah tak mahu kisah apa orang nak cakap sebab nak jalani hidup yang tenang saja sekarang. “Saya pun nak m.4ti dalam keadaan tenang. Tak mahu bermusuh dengan sesiapa dan tak nak berdendam Saya tak nak di akhirat nanti akan disoal,”katanya.

Dalam pada itu, Roslan mengaku akan cuba berhubung dengan Ifa bagi membuat permohonan maaf secara peribadi. Bagaimanapun, terserah kepada Ifa sama ada mahu menerima permohonan maafnya itu atau tidak. “Saya pernah mimpikan Ifa, dua kali. Masih saya ingat, dalam mimpi itu kami nampak mesra sangat dan buat persembahan sama-sama. Saya juga ingat kebaikan dia. Masa arw.4h ibu saya pergi buat selamanya pada tahun 2019, dia ada hantar pesanan kepada seorang kawan untuk sampaikan salam takziah kepada saya.”Dari situ saya semakin menghormati dia kerana walaupun tahu kita bermusuh, tapi dia tetap ingat akan arw.4h ibu saya,” katanya. Roslan berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan Aisel dan perlantikan Didie Alias sebagai duta jenama tersebut di ibu kota, baru-baru ini. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.