Harith Iskander ulas isu berkenaan Sam Ke Ting, Sekali ini komen berani dari TMJ

artis

Baru baru ini tular di media sosial berkenaan kes langgar mti 5 tahun lepas. Kes langgar mti 8 remaja berbasikal lajak mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, pelawak dan pengacara, Harith Iskander yang mempersoalkan keadilan di antara pemandu wanita dan 8 remaja basikal lajak yang telah mti akibat pemandu wanita itu.

“Tidak Faham Di Mana Terletaknya Keadilan”

Menerusi hantaran di Instagram, Harith menyatakan bahawa dirinya tidak memahami di manakah keadilan dan meminta orang ramai yang memahami dengan kes tersebut untuk memberi penjelasan padanya bagaimana pemandu wanita itu didapati bersalah. “Minta maaf, Dalam isu ini saya tidak faham di terletaknya ‘justice’ atau keadilan. Seberapa yang saya tahu dari laporan yang ada Cik Sam Ke Ting tidak membawa kenderaan dengan cara ‘reckless’ atau cuai. Minta tolong siapa-siapa yangt faham dengan kes ini cuba terangkan bagaimana dia didapati bersalah.?”-Harith Iskander. Tambahnya lagi, dia turut berpendapat kanak-kanak itu tidak sepatutnya keluar menunggang basikal dengan cuai di atas jalan pada lewat malam. “Bagi ibubapa mangsa. saya pun tidak tahu nak cakap apa. Warganet dah banyak cakap dah. Kanak-kanak tidak sepatutnya keluar menunggang basikal di atas jalan pada lewat malam.”-Harith Iskander

TMJ Beri Komen ‘Padu’

Hantaran yang dimuatnaik oleh Harith mendapat pelbagai reaksi warganet termasuklah Tunku Mahkota Johor, TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut memberikan pendapat di ruangan komen. “Ibu bapa perlu bertanggungjawab dan mendidik anak-anak kita. Kepada pemandu pula mereka harus berhati-hati dan memperbaiki kesedaran mereka.”-TMJ. Dalam pada itu, TMJ turut berpendapat kanak-kanak itu tidak seharusnya berada di situ dan meminta orang ramai untuk berfikir secara rasional berdasarkan fakta dan bukan memberikan kenyataan mengikut trend. “Kanak-kanak itu tidak sepatutnya berada di situ, saya setuju. Tetapi untuk melanggar 8 orang kanak-kanak, bukan seorang, apa yang anda akan gelar? ‘Memandu secara cuai’.

Pada masa kini mengenai setiap isu, semua orang merasakan keperluan untuk membela pihak yang menuduh. Bagaimana pula dengan mangsa? Siapa yang membela mereka? Berfikir secara rasional dan bukan membuat kenyataan mengikut trend.”-TMJ. Dipetik dari laporan Harian Metro, Mahkamah Tinggi memerintahkan kerani wanita ditahan enam tahun dan didenda RM6,000 kerana memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu. Responden, Sam Ke Ting,27, turut diperintah menjalani hukuman enam bulan pnjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuatkuasa selepas selesai hukuman pnjara. Sumber, murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.