Ebit Lew menjalankan misi dakwah ke Indonesia, Rupanya kini merancang bersama Baim Wong jalani misi kemanusiaan di benua Africa

artis

Memang tak asing lagi kita dengan pendakwah ini. Pendakwah selebriti terkenal, Ustaz Ebit Lew yang kini sedang menjalankan misi dakwah dan kemanusiaan di Indonesia berkesempatan bertemu dengan pelakon dan juga YouTuber terkenal, Baim Wong, hari ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, Ebit melahirkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Baim yang disifatkan seorang dermawan Indonesia. “Syukur sangat bertemu dengan Baim Wong, seorang dermawan di Indonesia yang suka memberi dan bersedekah. Baik orangnya. “Cita-cita dan sudah menjadi sifatnya mahu melihat orang lain gembira, bangunkan rumah makan (restoran) percuma. Beri rumah, kereta dan hadiah buat ramai orang,” ujarnya.

Kata Ebit lagi, dia begitu mengagumi dan terkesan dengan kemuliaan hati Baim yang dermawan, malah mengakui menjadikan selebriti itu sebagai individu terawal untuk dijadikan contoh dalam memberi sedekah kepada masyarakat. Menerusi hantaran sama juga, Ebit memaklumkan bahawa pelakon yang turut mencipta nama di Malaysia menerusi drama berjudul Bukan Cinta Aku itu turut menyatakan minat untuk sama-sama menjalankan misi kemanusia bukan sahaja di Indonesia, bahkan ke seluruh dunia. “Syukur katanya juga ingin bersama-sama misi di Indonesia dann seluruh dunia. Kami ada bercadang untuk sama-sama menjayakan misi ke Afrika. “Tadi kami sama-sama menangis melihat anak-anak kelaparan dalam kesusahan. Sama rasa jiwa. Bila kita membantu orang di jalanan, kasihan melihat mereka tiada tempat tinggal. Bagaimana kita balik tidur lena sedangkan ada orang dalam kesedihan dan kesusahan. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan Baim Wong,” tulis Ebit. – KOSMO! ONLINE

Ramai Yang Sedih Lepas Tegok Video Adik Akid Menangis, Tak Boleh Berdiam Sekali Ebit Lew Datang Bantu. Sudah menjadi lumrah jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin yang dihadapi hampir ke semua negara, sama ada negara mundur, membangun atau maju. Namun, ia bukanlah tiket untuk mempersendakan taraf hidup seseorang seperti yang dialami oleh seorang budak lelaki dan keluarganya. Rumah Akid memang roboh. Semalam, kecoh di media sosial menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh MyFundAction yang melihatkan keadaan daif oleh keluarga adik Akid di negeri Kelantan. Dalam video tersebut, difahamkan bahagian dalam rumah adik Akid telah roboh disebabkan keadaan kayu yang digunakan semakin rapuh sejak Oktober tahun lepas.

Dorang cakap kami jenis meminta dan ambil duit orang

Lebih menyayat hati apabila budak lelaki tersebut mengatakan ramai individu menuduh keluarganya sejenis yang kuat meminta dan mengambil duit penduduk kampung. Walhal, dia sendiri perlu keluar mengambil upah seperti mencuci tandas untuk membeli barangan keperluan dapur seperti bawang dan tepung untuk dibuat alas perut seisi keluarga. Barangan yang dibelinya itu adalah hasil daripada upah sebanyak RM 6 yang diterima, dan itu pun ramai masih menuduhnya mengambil duit orang.

Perkongsian video tersebut telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna di laman Twitter dengan meluahkan kecewa, selain mempertikaikan peranan orang atasan dalam membela nasib masyarakat di negeri sendiri. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan perasaan yang sama atas sikap tidak bertanggungjawab itu kerana mengabaikan nasib rakyat. Semoga nasib golongan yang ditindas seperti adik Akid ini mendapat layanan yang sewajarnya seperti orang lain.

Ebit Lew Datang Tologn Bina Rumah Baru. Seperti biasa, jika ada rakyat dalam kesusahan, aktivis terkenal Ebit Lew merupakan antara ornag yang terawal akan turun padang memberi bantuan Menurut Ebit Lew dia terbang dari Subang terus ke Kota Bharu bagi melawat adik Akid. Perasaan sebak dan sayu mula menyelubungi Akid saat bertentang mata dengan Ebit Lew. Berikut catatan Ebit Lew di laman facebook rasmi milik beliau

“Adik akid menangis ye. Jangan sedih. Kita ada Allah. “Syukur kami akan bina rumah baru untuk akid. Terus beli semua barang untuk buat rumah baru. 2jam selesai beli dan bayar semua barang untuk buat rumah.” “Selepas Subuh terus keluar rumah. 7.30 pagi tadi terus fly dari Subang ke Kota Bharu. Terus ke rumah adik Akid.” “Adik Akid kenapa menangis? Saya tak sangka ustaz datang rumah saya. Saya suka sangat dekat ustaz. Selalu tolong orang. Saya nak tolong orang macam ustaz.” “Saya orang biasa je adik. Adik orang baik. Allah sayang adik. Ramai orang ambil berat pasal adik. Semua orang sayang adik.” “Tadi pun semua ada bersama. Terima kasih Penghulu, orang kampung, Imam, Ngo lain,kak Raja Anita, Abang Amran. Terima kasih My Fund Action viralkan video. Terima kasih Kru” @PertubuhanKasihUmatMalaysia” Sumber, TikTok @myfundaction , Twitter @naimazharrrr, FB Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published.